Rahsia kenapa mesti jadi Blogger terkenal

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “10 orang terkaya Malaysia 2017“.Kali ni Abang nak kongsi rahsia kenapa perlu jadi blogger yang ada jenama.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Seorang sahabat telah mencadangkan Abang bercuti di Ipoh. Sampai di hotel The Banjaran Hotsprings Retreat, Ipoh, kami diberitahu terlebih pax. Kalau ikut polisi hanya 3 pax untuk satu villa, kami datang 5 pax jadi sepatutnya tak boleh dan mereka akan refund. Abang kata tempah di Agoda jadi tak tahu polisi tersebut. Krew kata nak bincang dengan pengurus, Abang bagi bisnis kad kata kalau boleh nak jumpa pengurus.

Selepas menunggu 10 minit pengurus datang, dia terangkan polisi demi keselesaan tetamu tapi untuk kes kami dibenarkan dengan sedikit tambahan bayaran. Sepanjang tiga hari alhamdulillah khidmat yang diterima memang sangat baik dan Abang baru faham The Banjaran bukan seperti hotel biasa-biasa tetapi tempat beristirehat dan merawat diri.

Bila Abang kongsi di sosial media kami bercuti di Ipoh, kawan Abang pembekal seafood cadangan singgah restoran Mee Udang & Ketam Sempoiii Diraja. Kami usaha mencari di Tanjung Rambutan, alhamdulillah tak mengecewakan, tuan restoran kenal nama Denaihati, layanan memang baik dan hidangan memang sedap.


Seminggu sebelum bercuti di Ipoh, kami ada masalah di hotel Mutiara Johor Bahru, kami memang selalu menetap di hotel ini apabila ke Johor Bahru. Nak mudah kami tempah bilik yang besar dengan beberapa katil tambahan. Tapi kali ini kami dipaksa bayar untuk sarapan pagi sedangkan sudah termasuk dalam pakej dan tidak boleh bayar bil terus ke bilik. Berurusan dengan staff semua tak mahu layan tapi bila tunjuk bisnis kad pada pengurus semua berubah dengan layanan yang lebih sopan.


Rahsianya perkenalkan diri, saya Denaihati, blogger dan sosial media influencer. Banyak pengalaman jadi lebih mudah apabila mereka tahu kita adalah blogger yang ada jenama dan terkenal. Semua jadi lebih mudah tapi jangan sesekali salah guna kuasa nanti industri akan hilang hormat.

Abang Denaihati
Penulis Blog

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

57 Comments

  1. orang sekarang lebih hormat pada kedudukan dan title seseorang. kalaulah layanan sama rata sahaja kan bagus.seolah ambil kesempatan, polisi sekadar alasan.
    JanjiKita

  2. Untunglah DH dah ada nama. Kalau kami tentu terima layanan kurang memuaskan. Harap semua pengendali bisnes dapat mengutamakan ‘customer service’ yang terbaik pelanggan pasti akan ‘recommend’ ke kengkawan…

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!