Rahsia kejayaan dan magnet rezeki yang luar biasa

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Firman Allah Taala “Hanya dengan mengingati Allah Taala hati akan menjadi tenang” (Ar Rad:28)

Allah Taala menyebut dalam Al-Quran bahawa orang yang sentiasa ingat pada Allah hatinya akan menjadi tenang.

Dapatkan Ebook 21 cerita murah rezeki http://bit.ly/ceritamurahrezeki21

Kita sendiri mengatakan bahawa kita sentiasa mengingati Allah itu sangat mudah. Lalu bagaimana caranya? Salah satunya adalah dengan berzikir.

Zikir merangkumkan kedua-duanya, mengingati dan juga menyebut dengan lidah.

Rasulullah SAW bersabda : “Dua kalimat yang ringan diucapkan lidah, berat dalam timbangan (timbangan amal hari kiamat) dan disukai oleh (Allah) Yang Maha Pengasih, iaitu kalimat Subhanallah wa bihamdihi subhanallahil adzim (Maha Suci Allah dengan segala Puji bagi-Nya, Maha Suci Allah Yang Maha Agung).” (HR. Bukhari 7/168 dan Muslim 4/2072).

“Dari Juwairiyah (binti Al Harits, isteri Nabi SAW) R.A katanya : Nabi SAW keluar dari rumahnya pagi-pagi setelah selesai solat Subuh, dan Juwairiyah masih berada di tempatnya solat. Setelah waktu Dhuha Rasulullah SAW pulang sedangkan Juwairiyah masih duduk di tempatnya.

Rasulullah SAW bertanya kepadanya. “Apakah engkau sentiasa duduk (berzikir) seperti itu sejak ku tinggalkan tadi?” Jawab Juwairiyah. “Betul, ya Rasulullah!”

Sabda Nabi SAW, “Aku hanya mengucapkan empat kalimat sebanyak tiga kali semenjak itu yang kalau ditimbang dengan apa yang kau baca dalam zikirmu sejak tadi nescaya sama berat. Kalimat itu ialah: “Subhanallahi wa bihamdihi ‘adada khalqihi, wa ridha nafsihi, wa zinata ‘arsyihi, wa midada kalimaatihi “ (Hadis Riwayat Muslim)

Maksudnya; “Maha Suci Allah dan Maha Terpuji Dia sebanyak bilangan makhlukNya, sehingga diriNya redha, seberat arasyNya dan sebanyak kalimatNya”

Di samping itu, untuk kita menjadi insan yang berjaya serta dapat keluar daripada segala masalah yang ada, maka kalian haruslah lakukan tiga amalan ini.

Buatlah setiap hari secara istiqamah;

  1. Istifar sekurang-kurang 70 kali sehari
  2. Baca zikir pagi selepas Subuh
  3. Baca zikir petang selepas Asar

Tiga amalan inilah antara magnet rezeki yang paling hebat dan mudah untuk di buat. Kalau kalian tak percaya amalkan zikir pagi dan petang setiap hari selama 40 hari berturut-turut dengan sabar pasti kalian akan merasai hasil yang sangat hebat di samping hati akan menjadi lebih tenang.

Selain itu, kalian juga boleh amalkan ayat 55 daripada surah Ghafir sebanyak 40 kali setiap hari untuk membongkar dan mencari rahsia amalan harian yang terdapat dalam ayat ini untuk diamalkan dengan istiqamah. 

Dapatkan Ebook 21 cerita murah rezeki http://bit.ly/ceritamurahrezeki21

Ini juga adalah satu tips untuk selesaikan masalah hutang yang sangat banyak.

Akhir kata, perbanyakkanlah mengingati Allah Taala.


Spread the love

3 Comments

  1. alhamdulillah..

    dengan berzikir hati jadi tenang…

    tenang itu satu rezeki yang luar biasa kesanya kepada kita semua

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!