Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kerajaan disarankan menutup Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang diilhamkan BN sebelum ini selepas mengubah waktu operasi sehingga jam 7 malam sahaja.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tidak puas hati tentang masa perkhidmatan Pusat Transformasi Bandar (UTC) dipendekkan kepada jam 7 petang mulai awal tahun depan. Katanya, tindakan itu akan menyusahkan orang ramai, khususnya pekerja yang tidak mendapat pengecualian majikan untuk urusan peribadi pada waktu bekerja.
Surat makluman juga telah dikeluarkan tentang pertukaran waktu operasi UTC di seluruh negara bermula 1 Januari 2019 yang bermula jam 8 pagi hingga 7 petang. Sebelum ini, UTC seluruh negara beroperasi bermula jam 8.30 pagi hingga 10 malam.
Beribu orang berurusan di UTC setiap hari terutamanya di luar waktu kerja. Kini, waktu operasi UTC akan tamat pada jam 7 petang mulai 1 Januari 2019.
Perkara ini mengundang pelbagai reaksi netizen yang turut memberikan komen-komen persendirian. Ada yang tidak menyokong tindakan ini dan ada juga yang menyokong untuk kurangkan kos perbelanjaan negara.
Pengurangan waktu operasi ini dilakukan atas sebab hanya 11% sahaja kehadiran pelanggan yang direkod selepas jam 7 petang.
Di samping itu, ia juga bagi memastikan perbelanjaan kerajaan yang lebih efisien iaitu menyampaikan perkhidmatan dengan cekap tanpa pembaziran waktu dan tenaga.
Kenyataan itu turut berkata pertukaran waktu itu seharusnya tidak mengganggu penyampaian perkhidmatan di UTC.
40 Comments
Rasanya SSM di Pudu ni memang sudah tutup awal sejak zaman BN lagi. Tutup awal mungkin sebab orang boleh berurusan dengan mesin automatik di luar pejabat yang beroperasi 24jam.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Kurang Dua tahun Bisnes Di Ebay Sudah Kumpul RM145,291!
Kalau nak diikut saranan Dato Seri NR untuk tutup terus macam tak relevan juga.
Sebabnya, ianya kemudahan untuk rakyat.
Hanya dipendekkan masa sahaja.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Amalan Akhirat tetapi Dibayar di Dunia
harp tak tutup sebab utc ni banyak kebaikkannya. lebih banyak cawangan lebih bagus
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3
banyak juga urusan yang boleh menggunakan cara online..
jadi pergantungan kepada UTC tidaklah 100 peratus.
ada baik dan ada buruknya penutupan 7 pm..
cuma kebaikan lebih banyak dari keburukan
Curahan rasa mrhanafi @ ..Hati Seorang Perempuan Sukar Untuk Ditakluki
Ada baik dan buruknya juga ditutup selepas7 malam.
Kebanyakan pekerja juga memang ramai yang terus pulang ke rumah selepas jam 7.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Pokok Kunyit sudah Berbunga!
Mungkin 8 mlm lebih sesuai. Yalah 10 mlm lewat sangat. Tidak ramai orang pun waktu malam sebegitu, tetapi 8 malam masih ramai yang ingin berurusan.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Kurang Dua tahun Bisnes Di Ebay Sudah Kumpul RM145,291!
jam 10 memang trlalu lewat. kena fikir juga pada staff yang perlu luangkan masa dengan keluarga
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3
Betul.
Kalau swasta pun setakat jam 7-8 malam dah dikira lewat. Inikan pula pukul 10 malam.
Setakat 11% saja yang datang. Baik tutup awal.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
alaa! tp bagus jugak, kesian mereka pekerja yang sudah berkeluarga, anak bini laki nak makan ape, kalau hari2 kena kje balik lewat.
Curahan rasa cikzacom @ ..Nasi Goreng Gila Memang Gila Terangkat Di Cheese Banjir
Melalui pengurangan waktu operasi UTC,diharapkan isu kekangan perjawatan dan peruntukan belanja operasi khusunya pembayaran bil utiliti dan bayarankerja lebih masa dapat dikurangkan
Namun jika ini adalah satu inisiatif kerajaan utk mengurangkan kos, rakyat terpaksa akur dgn keputusan ini
pukul 7 malam dah okay kalau nak dibanding kan jam 5. kita keluar ofis pun pukul 5, mana sempat nak selesaikan urusan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai SEO Company di Malaysia
Ya, masih ada 2 jam untuk berurusan di UTC. Masih sempat. Tapi kalau lepas pejabat mengeteh dulu baru mahu berurusan di UTC, memang tak sempatlah.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Kurang Dua tahun Bisnes Di Ebay Sudah Kumpul RM145,291!
Harapnya kerajaan dapat mempertimbangkan semula waktu operasi baru UTC di seluruh negara yang mana akan berkuatkuasa 1 Januari 2019
Waktu yang dicadangkan dilihat memberi kesukaran kepada mereka yang bekerja mengikut syif untuk membuat urusan berkaitan kerajaan.
“11% sahaja kehadiran pelanggan yang direkod selepas jam 7 petang”… Berdasarkan statistik ni saya rasa ada betulnya tindakan kerajaan memendekkan masa perkhidmatan UTC kepada 7.00 malam… Cuma yang penting jangan tutup terus time hari Sabtu dan hari Ahad..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Setuju. Yang paling penting ialah sabtu dan ahad. Ini untuk mereka yang jauh dari UTC. Mereka yang dekat boleh berurusan selepas balik kerja pejabat. Keluar jam5 masih ada 2 jam berurusan kalau UTC tutup jam7.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Kurang Dua tahun Bisnes Di Ebay Sudah Kumpul RM145,291!
dah okay kot tutup pada jam 7.. pejabat kerajaan lain tutup lagi awal.. UTC ni banyak kebaikannya. semua urusan boleh buat
Curahan rasa nikkhazami @ ..9 Cara Tingkatkan Jualan di Shopee
Sekiranya UTC hanya dibuka sehingga 7 malam sahaja, orang ramai yang buat urusan pada sebelah petang terpaksa datang semula keesokan harinya untuk ambil dokumen
Sepanjang UTC diwujudkan, saya rasa baru sekali sahaja pernah menggunakan perkhidmatan ini.. Maklumlah saya duduk di kawasan kampung, nak pergi ke UTC agak jauh… Lagipun Alhamdulillah, sekiranya saya nak pergi urusan kerajaan boleh pergi masa waktu bekerja atau saya boleh ambil cuti…
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Saya sebagai penduduk luar bandar berasa terkilan sekiranya waktu operasi UTC ditukar kerana ada antara penduduk yang perlu mengambil masa perjalanan sekitar hampir sejam untuk datang ke bandar.
Pada pendapat saya semua orang mampu merancang masa dengan sebaik-baiknya… Kalau sebelum ni UTC beroperasi hingga jam 10.30 malam, kali ni jika masa dipendekkan kepada jam 7.00 malam saya rasa masih ok..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
ya. kalau kita plan elok lepas balik ofis pun sempat kalau tutup pukul 7.. antara nak dengn tidak je. hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..Ulasan The Haunting of Hill House di Netflix
Tutup awal tidak mengapa, tapi pastikan sabtu dan ahad beroperasi. Mereka yang tidak sempat pergi waktu pejabat boleh berurusan di waktu cuti.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Kurang Dua tahun Bisnes Di Ebay Sudah Kumpul RM145,291!
Betul sangat.
Rancang sebaik-baiknya.
Kalau selepas pukul 7 tak da pelanggan yang datang, maka rugi juga kerajaan nak bazirkan wang nak bayar semua fasiliti di sana.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Amalan Akhirat tetapi Dibayar di Dunia
Betul.
Ramai orang suka buat last minit. Itu lah yang bila cakap nak tutup pukul 7 semua pakat nak melatah.
Benda yang boleh dirancang awal, baik lah dibuat dengan terancang.
Lebih kepada mereka yang nak ke UTC slps waktu pejabt. je ni memang tak sempat.
Comments are closed.