Pusat Transformasi Bandar (UTC) tutup jam 7 malam

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kerajaan disarankan menutup Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang diilhamkan BN sebelum ini selepas mengubah waktu operasi sehingga jam 7 malam sahaja.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tidak puas hati tentang masa perkhidmatan Pusat Transformasi Bandar (UTC) dipendekkan kepada jam 7 petang mulai awal tahun depan. Katanya, tindakan itu akan menyusahkan orang ramai, khususnya pekerja yang tidak mendapat pengecualian majikan untuk urusan peribadi pada waktu bekerja. 

Surat makluman juga telah dikeluarkan tentang pertukaran waktu operasi UTC di seluruh negara bermula 1 Januari 2019 yang bermula jam 8 pagi hingga 7 petang.  Sebelum ini, UTC seluruh negara beroperasi bermula jam 8.30 pagi hingga 10 malam.

Beribu orang berurusan di UTC setiap hari terutamanya di luar waktu kerja. Kini, waktu operasi UTC akan tamat pada jam 7 petang mulai 1 Januari 2019.

Perkara ini mengundang pelbagai reaksi netizen yang turut memberikan komen-komen persendirian. Ada yang tidak menyokong tindakan ini dan ada juga yang menyokong untuk kurangkan kos perbelanjaan negara.

Pengurangan waktu operasi ini dilakukan atas sebab hanya 11% sahaja kehadiran pelanggan yang direkod selepas jam 7 petang.

Di samping itu, ia juga bagi memastikan perbelanjaan kerajaan yang lebih efisien iaitu menyampaikan perkhidmatan dengan cekap tanpa pembaziran waktu dan tenaga.

Kenyataan itu turut berkata pertukaran waktu itu seharusnya tidak mengganggu penyampaian perkhidmatan di UTC.


Spread the love

40 Comments

  1. Melalui pengurangan waktu operasi UTC,diharapkan isu kekangan perjawatan dan peruntukan belanja operasi khusunya pembayaran bil utiliti dan bayarankerja lebih masa dapat dikurangkan

  2. Namun jika ini adalah satu inisiatif kerajaan utk mengurangkan kos, rakyat terpaksa akur dgn keputusan ini

  3. Harapnya kerajaan dapat mempertimbangkan semula waktu operasi baru UTC di seluruh negara yang mana akan berkuatkuasa 1 Januari 2019

  4. Waktu yang dicadangkan dilihat memberi kesukaran kepada mereka yang bekerja mengikut syif untuk membuat urusan berkaitan kerajaan.

  5. “11% sahaja kehadiran pelanggan yang direkod selepas jam 7 petang”… Berdasarkan statistik ni saya rasa ada betulnya tindakan kerajaan memendekkan masa perkhidmatan UTC kepada 7.00 malam… Cuma yang penting jangan tutup terus time hari Sabtu dan hari Ahad..
    Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018My Profile

  6. Sekiranya UTC hanya dibuka sehingga 7 malam sahaja, orang ramai yang buat urusan pada sebelah petang terpaksa datang semula keesokan harinya untuk ambil dokumen

  7. Sepanjang UTC diwujudkan, saya rasa baru sekali sahaja pernah menggunakan perkhidmatan ini.. Maklumlah saya duduk di kawasan kampung, nak pergi ke UTC agak jauh… Lagipun Alhamdulillah, sekiranya saya nak pergi urusan kerajaan boleh pergi masa waktu bekerja atau saya boleh ambil cuti…
    Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018My Profile

  8. Saya sebagai penduduk luar bandar berasa terkilan sekiranya waktu operasi UTC ditukar kerana ada antara penduduk yang perlu mengambil masa perjalanan sekitar hampir sejam untuk datang ke bandar.

  9. Pada pendapat saya semua orang mampu merancang masa dengan sebaik-baiknya… Kalau sebelum ni UTC beroperasi hingga jam 10.30 malam, kali ni jika masa dipendekkan kepada jam 7.00 malam saya rasa masih ok..
    Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018My Profile

    1. Betul.

      Ramai orang suka buat last minit. Itu lah yang bila cakap nak tutup pukul 7 semua pakat nak melatah.

      Benda yang boleh dirancang awal, baik lah dibuat dengan terancang.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!