Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Siapa je yang tak kenal dengan aplikasi Telegram. Sekarang ini, kebanyakan usahawan-usahawan yang berjaya mempunyai channel telegram sendiri dan pengikutnya belas ribu malah ada yang cecah ratus ribu. Betul tak?
Selain itu, aplikasi Telegram juga terkenal dengan dunia download movie secara percuma. Kau orang boleh je search channel telegram yang beri kemudahan download movie secara percuma. Cuma saya tidak tahu ianya dibenarkan ataupun tidak.
Tambahan, aplikasi telegram mempunyai kemudahan ‘Bot’. Ini ada perkongsian daripada Puan Nur Aliah Mohd Nor tentang 5 senarai telegram bot yang kau orang perlu ada.
“kali ini Lia nak kongsikan lagi 5 Telegram Bot yang korang perlu ada. Let’s do it!”
1. Waktu Solat
Setiap kali masuk waktu solat dia akan bagi reminder dan akan keluar dekat notification HP kita.
2. Tracking Number / Whatsapp / Lain-lain
Fungsinya :- Boleh check tracking number- Boleh terus whatsapp tanpa save number. Maksudnya kalau kita nak whatsapp seseorang tanpa simpan nombor dia, boleh guna pandaibot ni.- Nak cari gambar, nak main teka teki, nak dapatkan idea pickupline, semua di bot inilah! Hehe.
3. Al-Quran MP3
Islamic Quran Bot ni kita boleh pilih nak dengar suara siapa dan surah apa. Ni memang Lia wajibkan untuk ada dalam telegram kita! Bukan apa, kelebihan pakai Telegram ni kalau kita play music MP3 dalam tu dan kemudian kita keluar dari apps, music tu still play dekat HP kita. So sambil buat kerja, boleh dengar ayat-ayat Al-Quran.
4. Download video from any website
Bot ni untuk download video from any website. Bagusnya Telegram ni dia tak makan space dalam HP kita. Cuma ada 1 kekurangan iaitu kita kena tunggu another 5 minutes baru boleh download video lain pula.
5. Kesan Identiti Scammer
Haa ni best! Lepas ni boleh la buat semakan pantas nombor telefon dan akaun bank daripada kenascambot dan CCID PDRM ni. Contoh baru je terjadi semalam kes scammer guna gambar kita dan dijadikan sebagai DP kemudian whatsapp kawan-kawan kita minta duit. So sebelum buat apa-apa, tolong cek dulu nombor telefon dan nombor akaun dekat telegram bot ni tau!
How is it? Best ke best sangat? Ahah! Ada banyak lagi sebenarnya.
Kau orang yang takde aplikasi telegram boleh download di sini. Semoga bermanfaat.
Sumber: Nur Aliah Mohd Nor
- Top 10 Facebook Page Malaysia
- Cara posting kisah peribadi yang betul di Facebook
- Rezeki Tanpa Sempadan, Pengasas Denaihati Network kongsikan kejayaan dalam dunia digital
- Pakar Sosial Media kongsikan cara bagaimana untuk sentiasa ada posting di sosial media walaupun ketika sibuk
- Menulis dengan perasaan sehingga menyentuh hati pembaca
6 Comments
Bagus juga ni
nanti boleh cuba satu persatu sebab banyak kelebihan telegram sekarang ni
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Selamat Tahun Baru 2021
menarik sungguh perkongsian beliau.
cuma saya jarang aktif di telegram.
,masa banyak untuk whatsapp dan sewaktu dengannya
Curahan rasa mrhanafi @ ..Selamat datang 2021, selamat tinggal 2020
Terus download Quran Bot lepas baca ni. Terima kasih bang kongsi ilmu.
kemudahan yang ada, tapi tak ramai yang tahu kepentingannya termasuk saya… pernah juga ternampak ikla kat telgram tapi tak berani nak guna … takut scammer
waaah, bagus lah dapat hari hari baca dan manfaatkan bot yang ada. Mudah dah sekarang
Curahan rasa Geng Borak @ ..Neelofa Jawab Spekulasi dan Status PU Riz
Betulkah ada ura-ura yang Telegram akan kenakan bayaran penggunaan? Tele ni makin lama makin banyak fungsinya. Agaknya lama-lama Whatsapp akan ditinggalkan.
Curahan rasa ahmadyani @ ..RM107,599.40 Je Ke Jualan Awak Tahun Lepas Di Shopee? Ingatkan Sampai Sejuta!
Comments are closed.