Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “pengalaman masam manis berniaga di bulan Ramadan“. Kali ini Abang nak berkongi kisah kehebatan sahabat Abang seorang pakar kelulut Malaysia.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Abang dan Prof Madya Dr Shamsul Bahri Abd Razak mula berkenalan dan jadi sahabat baik ketika belajar di UKM. Kami dalam fakulti yang sama tetapi Jabatan yang berbeza, Abang belajar di Jabatan Pemakanan manakala sahabat Abang belajar di Jabatan Botani. Di tahun satu kami tinggal di kolej yang sama iaitu Kamsis Ungku Omar tetapi bilik berbeza. kami mula berkenalan apabila sama-sama aktif dalm kem bina semangat. Kalau tak silap kali pertama bertemu ketika kelas pidato di Pantai Morib.
Setelah tamat pengajian masing-masing membawa haluan sendiri, ketika beliau mula bekerja di Lembaga Getah Malaysia (LGM) Sg Buloh selalu juga Abang menjengok. Pada tahun 2000 beliau menyambung pengajian Master dan PhD di University of Durham, United Kingdom dalam bidang Biologi Sel Tumbuhan. Kami tidak pernah berhubung semasa ini kerana masing-masing sibuk dengan urusan kerja dan pengajian. Lagi pun mungkin dalam hati Abang rasa dia lagi pandai sebab belajar sampai PhD.
Setelah bergelar doktor, sahabat Abang kembali ke Malaysia dan menyambung perkhidmatan di LGM sehingga beliau berpindah ke Univiersiti Malaysia Terengganu (UMT) pada tahun 2013. Dari dunia sel dan tisu tumbuhan berhijrah menjadi pakar lebah kelulut yang menjadi rujukkan penternak kelulut Malaysia juga Asian.
Alhamdulillah dengan izin ALLAH Dr Shamsul telah menerbitkan buku ilmiah kelulut di bawalh label UMT bertajuk “Repositori Kelulut Indo Malay Sekayu” yang boleh dibeli secara online di Denaisell (klik untuk belian).
Sahabat Abang ini memang hebat sebab telah menang berbagai anugerah antaranya :
- Gold medal, the 3rd International Invention, Innovation, Industrial Design and
- Technology Exhibition (ITEX 2002),, 2002, International
- Gold medal, (INPEX 2002), Monroeville Expomart, Pittsburg USA, 2002, International
- Bronze medal, the 30th International Exhibition of Inventions, New Techniques and Products, 2002, Palexpo, Geneva, 2002, International
- Rubber Research Best Technical Paper Award 2002, Malaysian Rubber Board, 2002, Department
- Silver medal, Malaysia Technology Expo (MTE 2011), 2011, National
- Bronze medal, The 2nd Exposition on Islamic Innovation (i-Inova 2011), 2011, National
- Gold medal, The 23rd International Invention, Innovation and Technology Exhibition ITEX 2012, 2012, International
- Gold medal, The 3rd Exposition on Islamic innovation (i-Inova 2012), 2012, National
- Silver medal, Seoul International Invention Fair 2012 (SIIF 2012), 2012, International
- Anugerah khidmat bakti, Microscopy Society Malaysia, 2013, National
- ITEX Silver medal, Malaysian Invention and Design Society, 2014, International
Akhir tahun lepas Dr Shamsul Bahri datang berjumpa Abang dengan harapan besar nak bersama berjuang dalam era ekonomi digital. Terharu Abang sebab nama besar terkenal dengan kepakaran kelulut seantaro Asia ingin belajar dengan seorang insan kerdil. Tak sangka juga sebab sudah lama kami tidak berjumpa tapi mungkin kehadiran doktor dan isteri di Sepetang Bersama Blogger edisi kedua pada tahun 2013 telah mengubah cara fikir.
Selain hasrat untuk memperkasa ilmu ekonomi digital, doktor juga ingin menerbitkan buku ekspidisi kelulut di bawah label Kumpulan Media Karangkraf. Dr Shamsul bersama rakan-rakan kelulut telah menganjurkan berbagai ekspidisi kelulut di dalam dan luar negara. Abang bawa sahabat bertemu Dato Hussamuddin pengasas Karangkraf. Soalan pertama Dato ketika bertemu, berapa jumlah follower FB Dr Shamsul Bahri. Ketika itu follower FB doktor baru 123. Dato Hussam bagi tips untuk menerbitkan buku sendiri mesti ada follower paling sikit 10K.
Video ekspidisi kelulut Kemboja
Sahabat pembaca tak salah menjadi follower insan hebat Prof Madya Dr Shamsul Bahri Abd Razak kerana banyak yang anda akan belajar. Jom kita ramai-ramai follow FB :
Prof Madya Dr Shamsul Bahri Abd Razak
Prof Madya Dr Shamsul Bahri Abd Razak
Prof Madya Dr Shamsul Bahri AbdRazak
Amir Denaihati
Founder Denaihati
(jangan lupa klik dan follower FB Abang ini untuk banyak lagi kisah motivasi)
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
39 Comments
Patutlah harga madu kelulut tak murah. Susah juga nak membela lebahnya ya? Banyak sumbangan Prof kepada masyarakat. Semoga terus diberi kekuatan untuk berkongsi manfaat madu kelulut kepada lebih ramai lagi yang belum tahu.
Curahan rasa Faezah @ ..Mengapa Shaklee Patut Menjadi Perniagaan Pilihan Anda?
Bagusnya ada pakar kelulut dari bangsa Melayu dan beragama Islam.
Senang menjadi rujukan para ilmuwan yang lain
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Diusia Muda Pun Dah Osteopenia!Bagaimana Nak Kurangkan Risiko Tulang Rapuh?
Hebat! Tumpang bangga dengan pencapaian beliau. insyaAllah ilmu dan kepakaran yang dimilikinya akan sangat bermanfaat dan boleh membantu lebih ramai orang.
Curahan rasa Oja Samid @ ..Barangan Eksklusif Sempena Promosi Shaklee Jun 2017
Haah kan Oja, kalau ada pakar dalam bidang makanan macam ni, amat mudah untuk dibuat rujukan oleh orang Islam yang lain
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Bahaya! Produk Shaklee TIDAK Mendapat Kelulusan KKM?
insyaAllah ilmu yg dikongsi akan memberi manfaat yg tidak ternilai untuk manusia lain..semoga Dr bertambah maju. Sukses sokmo!
Curahan rasa JMR @ ..SHELL OUT KAPAL PECAH || Menu Sedap di Restoran Rahsia Selera Pantai Timur Nasi Hungga
Ye, semoga akan menemui pelbagai lagi penemuan dalam kebaikan kelulut ni untuk manfaat insan lain
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Bahaya! Produk Shaklee TIDAK Mendapat Kelulusan KKM?
insyaAllah ilmu yg dikongsi akan memberi manfaat yg tidak ternilai untuk manusia lain..semoga Dr bertambah maju.
saya selalu nampak orang tulis posting pasal madu kelulut ni, tp sebenarnya sampai sekarang saya masih x tahu apakah maksud “kelulut” ini dan x pernah merasainya lagu, teringin juga nak tahu
Curahan rasa Beli produk murah online @ ..Alat Pemadam Kebakaran Yang Kecil Untuk Rumah Dan Kenderaan
Semoga lepas Prof semakin sukses di dalam bidang perushaan kelulutnya nanti 🙂
Curahan rasa Mohd Rasul @ ..10 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Untuk Dilawati
saya tumpang bangga dengan kejayaan Prof Madya Dr Shamsul..
kejayaannay mengujakan..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Selamat Hari Gawai Dayak 2017 Dan Alkisahnya
madu kelulut pun boleh dijadikan bisnes yang untung berlipat ganda.. hebat betul
Curahan rasa nikkhazami @ ..Resepi Kek Batik Sedap
madu kelulut memang berkualiti tinggi dan terbaik..
rasa pun boleh tahan..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Selamat Hari Gawai Dayak 2017 Dan Alkisahnya
Itulah kan.
Bila kita sendiri ada pakar madu kelulut, memang berbangga lah dengan pencapaian Dr Shamsul
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Bahaya! Produk Shaklee TIDAK Mendapat Kelulusan KKM?
kagum dengan semangat dan kejayaan yang ditunjukkan oleh Prof Madya Dr Shamsul Bahri Abd Razak sehingga menjadi pakar rujuk Kelulut di Malaysia dan juga Asean…
Curahan rasa Anuar @ ..Homestay di Seri Iskandar Perak hampir menjadi kenyataan
Tahniah Tuan Haji Amir kerana dikelilingi oleh insan-insan yang hebat… Betul kata orang tua-tua… kelau kita berkawat dengan penjual minyak wangi kita akan turut terkena tempiasnya…
Curahan rasa Anuar @ ..Homestay di Seri Iskandar Perak hampir menjadi kenyataan
Bila tuan Denaihati berkawan dengan pakar kelulut dan pakar penerbitan nombor satu di Malaysia… Tuan Denaihati terkena tempias kemanisan madu dan sumber rujukan blog di Malaysia..
Curahan rasa Anuar @ ..Homestay di Seri Iskandar Perak hampir menjadi kenyataan
begitulah bestnya kalau berkawan dengan orang yang hebat-hebat..tempiasnya pasti terkena dengan kita..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Selamat Hari Gawai Dayak 2017 Dan Alkisahnya
bercerita pasal madu kelulut ni buat rasa sedih pun ada..ada la letak tunggul kayu siap dah bersarang..kene rembat ngan penyangak…kene kenal prof ni la kalu nk start lg
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Gunung Mauna Kea Hawaii Gunung Tertinggi Di Dunia Bukan Gunung Everest Nepal
Nampak mudah, tapi nak bela lebah kelulut pun banyak cabaran, itu belum kena serang dengan semut lagi…
Curahan rasa Ikhwan @ ..Sudah Kerja Tapi Perlu Pendapatan Sampingan
Allah, penyangak ni memang semua nak dikebasnya ye.
Semoga tabah dan buat lagi, mana tahu rezeki boleh berjumpa dengan Dr Shamsul ni
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Bahaya! Produk Shaklee TIDAK Mendapat Kelulusan KKM?
seorang tokoh yang hebat bersama ikon blogger hebat..
terbaik la tuan bergabung dengan prof Madya Dr Shamsul
Curahan rasa mrhanafi @ ..Pengalaman Terima Duit Palsu RM100
Menarik entri ni bro
Semoga lepas ni Prof semakin sukses di dalam bidang perushaan kelulutnya nanti..Amin
Kelulut ni rasanya kata orang masam-masam manis. Teringin juga nak rasa sebab madu makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat.
Curahan rasa rahimah majid @ ..Adakah Perlu Sediakan Itinerary Ketika Bercuti Di Luar Negara
Pehh..
memang tak kenal.
hari ini baca, baru la tahu pasal prof nih.
Curahan rasa titan @ ..Melancong Jadi Lebih Mudah dengan Traveloka.
Banyak sekali sumbangan Prof. Madya dalam bidang pendidikan, semoga kajian beliau dalam bidang kelulut dapat dimanfaatkan oleh masyarakat.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Sudah Kerja Tapi Perlu Pendapatan Sampingan
Comments are closed.