PKPP: SOP yang perlu dipatuhi ketika anjurkan majlis perkahwinan

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Di musim PKPP mesti ramai ahli keluarga yang ingin mengadakan majlis perkahwinan dan juga majlis-majlis yang lain seperti majlis pertunangan, majlis sambutan hari jadi dan sebagainya.

Oleh kerana kita masih dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) perlu mengikut SOP yang telah dikeluarkan oleh kerajaan bagi memastikan adanya penjarakan sosial ketika majlis.

Kementerian Perpaduan Negara pada hari Isnin mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi penganjuran majlis sosial termasuk kenduri, majlis perkahwinan dan pertunangan.

Ia dikeluarkan selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bersetuju penganjuran majlis tersebut boleh dilaksanakan.

Menurut kenyataan media kementerian itu, garis panduan berkenaan dikeluarkan sebagai garis panduan untuk para penganjur yang ingin menganjurkan majlis-majlis sosial tersebut semasa tempoh Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Antara SOP yang perlu dipatuhi oleh penganjur majlis adalah had kapasiti kehadiran pengunjung seramai 250 orang (mengikut saiz ruang majlis) dengan mewajibkan penjarakan sosial dilaksanakan dan tempoh penganjuran  yang dibenarkan juga adalah selama tiga hingga lima jam. SOP ini juga terpakai untuk penganjuran kenduri atau majlis perkahwinan atau lain-lain majlis sosial di rumah ibadat bukan Islam.

Antara isi kandungan lain SOP ini adalah seperti berikut:

i. Majlis tidak dibenarkan sekiranya penganjur sukar untuk mengawal keadaan dan perilaku tetamu.

ii. Hidangan makanan dalam bentuk buffet atau layan diri adalah tidak dibenarkan.

iii. Penganjur perlu memastikan tetamu makan dalam kedudukan penjarakan sosial dan tidak berkumpul semasa makan.

iv. Tetamu dilarang berkumpul atau berhimpun di luar ruang majlis sebelum atau selepas selesai majlis

Sumber: Awani


Spread the love

3 Comments

  1. susah sebenarnya nak ikut sop ni. bila dah ramai, orang mula ambil mudah dan tak nak ikut peraturan. tuan rumah pula serba salah nak larang

  2. Cabaran besar buat tuan rumah untuk kawal tetamu. Sedia maklum, tetamu datang dari pelbagai lapisan umur. Namun, sebab nak menjaga kesihatan umum, perlu sangat patuhi arahan ni.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!