PKPB: Uncle Kentang terus menerus membantu orang lain

Spread the love

Assalamulaikum dan selamat sejahtera,

Sejak kebelakangan ini, banyak kisah yang dimuat naik oleh netizen tentang betapa murninya sikap Ustaz Ebit Lew yang tidak pernah putus-putus membantu orang lain dikala pandemik Covid-19.

Bukan sedikit yang beliau beri, malah terlalu besar pemberiannya. Alhamdulillah, murah rezeki beliau kerana banyak bantu orang yang susah.

“Uncle Kentang”

Menurut Bernama, soal kelangsungan hidup kumpulan masyarakat tidak bernasib baik yang amat memerlukan bantuan tatkala rutin seluruh rakyat tergendala susulan pelaksanaan Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) sejak Mac lepas, sering menganggu akal fikiran Kuan Chee Heng.

Ia benar-benar menyentuh hati dan menganggu fikiran Kuan, atau dikenali ramai dengan panggilan “Uncle Kentang”, sehingga beliau pernah mengalami kemurungan, dan takut untuk keluar membeli barang keperluan.

“Saya terbaring, tidak dapat bangun sehingga lima hari,” kata pesara polis berumur 57 tahun yang merupakan seorang dermawan yang cukup terkenal di media sosial Malaysia itu, dalam satu temu ramah dengan Bernama baru-baru ini.

Bagaimanapun Uncle Kentang bukanlah dermawan biasa yang menyampaikan sumbangan besar menerusi kutipan derma kebajikan, sebaliknya beliau biasanya bertindak ‘turun padang’ menyinsing lengan untuk berurusan terus dengan mereka yang kesempitan hidup.

Apabila sebuah keluarga tidak mampu menyediakan pengangkutan untuk majlis pengebumian, beliau melabur dalam perkhidmatan menyediakan van jenazah, walaupun beliau bukan seorang Muslim, dan beliau juga pernah melabur dalam membangunkan perkhidmatan ambulans kepada golongan miskin.

Pasar 10 Sen

Satu lagi sumbangan kebajikannya adalah pengenalan ‘Pasar 10 Sen’ yang dibangunkan beliau bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan untuk membeli barang tertentu dengan bayaran hanya 10 sen.

Apabila pandemik COVID-19 tercetus dan PKPB bermula, Kuan yang menghidap penyakit kencing manis menjadi bertambah bersemangat mencari jalan bagaimana beliau dapat terus membantu mereka yang memerlukan pertolongan, tanpa menjejaskan kesihatan beliau sendiri dan penerima sumbangan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, beliau akan memastikan semua bentuk bantuan termasuk bungkusan-bungkusan makanan disanitasi terlebih dahulu sebelum diagihkan.

Uncle Kentang berpandangan penting bagi rakyat Malaysia untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu bagi mengelak bahana virus berbahaya itu.

“Bagaimanapun masih ada yang dilihat tidak memakai pelitup muka di tempat awam, sekali gus membawa risiko besar kepada orang lain. Saya juga lihat mereka yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di restoran dan gerai,” katanya.

“Jika anda tidak sayangkan diri sendiri, bermakna anda juga tidak sayangkan keluarga anda,” tambahnya.

Sumber: Bernama


Spread the love

11 Comments

  1. Satu teladan yang baik sebab nak tolong ni tidak perlu pihak bangsa, agama, parti. Kadang-kadang boleh jadi pengajaran pada kumpulan yang suka tolong sebab nama.

  2. Uncle kentang ni memang bagus. Bantu orang tak kira bangsa dan pangkat. Inilah yang kena jadi contoh kepada yang lain untuk saling bantu membantu

  3. Bagus uncle kentang ni. Semoga dia diberi hidayah untuk peluk Islam. Harap lebih ramai yang mencontohi Ustaz ebit lew dan uncle kentang ni

  4. Teladan yang baik ditunjukkan Uncle Kentang akan terus diingati bagi sesiapa sahaja yang terdetik untuk menghulurkan bantuan dan yang menerima bantuan. Pasar 10sen besar ertinya bagi warga marhaen di tengah gelanggang pandemik.

  5. Allah akan membalas setiap kebaikan yang dilakukan manusia. Islam atau pun tidak. Bezanya kebaikan yang dilakukan atas nama Allah berterusan sehingga ke Jannah.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!