PKPB: SOP solat fardu di seluruh negeri di Malaysia

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Adalah dimaklumkan kepada rakyat Malaysia, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah dikuatkuasakan sehingga 6 Disember 2020 di seluruh negeri kecuali Pahang, Kelantan dan Perlis telah mengeluarkan beberapa SOP baharu yang melibatkan aktiviti keagamaan.

Antara yang disebut ialah SOP menunaikan solat fardu secara berjemaah di masjid dan surau seluruh negeri;

1 – Terengganu

Solat fardu berjemaah dibenarkan di kawasan zon hijau dan kuning dengan perlu mengikut keluasan masjid.

Untuk kawasan zon merah pula seramai 3 orang jemaah yang meliputi AJK masjid sahaja yang dibenarkan.

2 – Selangor

Masjid di kawasan zon hijau dibenarkan dengan jemaah seramai 23 orang sahaja yang merangkumi Pegawai Masjid.

Manakala, untuk surau di kawasan zon hijau pula, hanya 16 jemaah dibenarkan yang juga merangkumi Pegawai Surau.

Untuk solat fardu berjemaah di kawasan zon kuning dan merah, ia dibenarkan dengan bilangan seramai 6 orang Pegawai Masjid sahaja.

3 – Perak

Kawasan zon hijau dibenarkan dengan bilangan 40 jemaah sahaja. Manakala, zon kuning seramai 23 jemaah dibenarkan dan 6 orang untuk zon merah.

Bilangan jemaah ini merangkumi Pegawai Masjid, AJK dan Ahli Kariah.

4 – Melaka

Aktiviti solat berjemaah dibenarkan megikut kapasiti ruang solat dan mengambil kira penjarakan fizikal.

5 – Pulau Pinang

Kawasan zon hijau dan kuning dibenarkan dengan mengambil kira saiz ruang solat.

Untuk zon merah, ia adalah terhad dengan mengikut keluasan ruang solat. Jemaah yang dibenarkan hanya warganegara dan permastautin tetap sahaja dengan had umur 12 hingga 70 tahun.

6 – Kedah

Zon hijau dan kuning dibenarkan dengan meliputi 1/3 ruang solat sahaja. Untuk zon merah pula, hanya 12 orang jemaah yang dibenarkan.

7 – Wilayah Persekutuan

Kawasan zon hijau dan kuning dibenarkan dengan bilangan jemaah seramai 30 orang. Zon merah pula hanya 3 sahaja dari kalangan AJK masjid yang dibenarkan.

8 – Negeri Sembilan

Solat fardu berjemaah dibenarkan dengan mengambil kira ruang solat. Bagaimanapun, hanya jemaah yang berumur 15 tahun ke atas dan warganegara sahaja yang dibenarkan.

9 – Johor

Solat dibenarkan dengan 1/3 keluasan solat. Had umur jemaah pula hanya dari kalangan 10 tahun ke atas sahaja.

10 – Sarawak

Untuk zon hijau dan kuning, solat dibenarkan dengan megikut kapasiti ruang solat.

Untuk zon merah pula, semua aktiviti masjid dan surau ditangguhkan. Bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada Masjid Jamek Negeri Sarawak dengan had jemaah tidak melebihi 100 orang.

11 – Sabah

Kawasan zon hijau dan kuning dibenarkan dengan bilangan jemaah seramai 30 orang sahaja.

Manakala, untuk kawasan zon merah, hanya 3 jemaah sahaja yang dibenarkan.

12 – Pahang

Solat fardu berjemaah dibenarkan dengan perlu mengambil kira penjarakan fizikal. Penetapan had umur diberikan kepada mereka yang berumur 12 tahun dan ke atas.

13 – Perlis

Semua masjid dibenarkan menunaikan solat fardu berjemaah dengan mengambil kira kapasiti keluasan solat.

14 – Kelantan

Solat dibenarkan dengan mengambil kira keluasan ruang solat. Penetapan had umur juga diberikan kepada kanak-kanak yang berumur 12 tahun dan ke atas.

Kawasan masjid dan surau hanya akan dibuka 1 jam sebelum masuk waktu solat dan akan ditutup sejurus selesai solat.

Sumber: JAKIM, tzkrh


Spread the love

4 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!