Assalamualaikum dan Selamat sejahtera
POLIS dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengadakan rondaan di kawasan perumahan serta kediaman pada Hari Raya Aidilfitri bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dipatuhi.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bagi memastikan semua pihak mematuhi peraturan seperti penjarakan sosial ketika berhari raya.
“Sewaktu perayaan pihak polis akan meronda, jika didapati banyak kenderaan di luar rumah, mereka akan menyemak kediaman yang berkaitan daripada segi jumlah yang berada di rumah.
“Mungkin ada yang menganggap, takkan polis nak kawal rumah. Betul, tak mungkin semua tapi saya dimaklumkan Ketua Polis Negara, polis dan ATM bersetuju untuk bergerak bagi memastikan SOP dipatuhi,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.
Beliau berkata, semalam sebanyak 1,633 kenderaan cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung dan dijangka meningkat menjelang perayaan.
Katanya, ketika ini polis masih menggunakan budi bicara dan tidak mengambil tindakan seperti kompaun sebaliknya hanya mengarahkan mereka berpatah balik.
“Saya percaya akhirnya polis pasti akan mengenakan tindakan udang-undang yang lebih keras lagi,” katanya.
Katanya, setakat ini SOP rentas negeri masih sama dan kebenaran dikeluarkan polis meliputi darat dan udara.
“Hanya yang mempunyai hal kecemasan sahaja akan dibenarkan. Bukan sahaja darat, malah udara juga, termasuk rentas negeri ke Sabah dan Sarawak kecuali dengan kebenaran polis. Saya nak ingatkan, sebelum beli tiket, dapatkan kebenaran polis dulu.
“Saya takut selepas beli tiket, tidak ada kebenaran polis, mereka akan disekat untuk terbang atau pun di sekatan jalan raya berhampiran lapangan terbang, mereka diarahkan berpatah balik oleh polis,” katanya.
Sumber: Hmetro
6 Comments
setuju. sebab masih ramai yang degil dan akan pergi beraya. mereka masih ambil mudah soal ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Naikkan Sales di Shopee
Kalau PDRM dan ATM kata nak buat rondaan, mereka buat betul betul, bukan sekadar bercakap.
Kampung saya betul betul sebelah kem askar.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Dropship Shopee Sebulan RM8 Ribu Tanpa Henti
sapa ada bajet nak bayar sama atau sanggup tidur lokap, bolehlah cuba langgar perintah ni. hehe
Curahan rasa JMR @ ..Selepas Covid-19, Penyakit Kawasaki Mengancam Kesihatan Ramai Terutama Kanak-kanak.
di Malaysia ada berjuta rumah..
jika ada yang engkar memang berat untuk periksa rumah dan ini memang membeban ramai pihak
Curahan rasa mrhanafi @ ..Belajar bersangka baik atau husnuzon
Ada satu kenyataan lawak yang dikeluarkan nitizen, kita sibuk hendak balik beraya di kampung hingga melupakan kesihatan diri, konon rindu ibubapa. Tetapi hakikat sebenarnya, bila balik kampung kita asyik dengan HP di tangan bukan untuk bersilaturrahim sangat pun.
Curahan rasa ahmadyani @ ..6 Langkah Mudah Bagaimana Memulakan Bisnes Di Ebay
strategi yang salah. patutnya hari raya dua hari tu, jangan benarkan ziarah langsung. 60 hari boleh, takkan dua hari lagi tak boleh.
kesian polis dan askar nak check satu2 rumah yang ingkar.
Curahan rasa izwan @ ..ANDA BERMINAT NAK BERNIAGA DI SHOPEE
Comments are closed.