PKPB: Polis dan ATM akan periksa rumah ketika hari raya

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera

POLIS dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengadakan rondaan di kawasan perumahan serta kediaman pada Hari Raya Aidilfitri bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dipatuhi.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bagi memastikan semua pihak mematuhi peraturan seperti penjarakan sosial ketika berhari raya.

“Sewaktu perayaan pihak polis akan meronda, jika didapati banyak kenderaan di luar rumah, mereka akan menyemak kediaman yang berkaitan daripada segi jumlah yang berada di rumah.

“Mungkin ada yang menganggap, takkan polis nak kawal rumah. Betul, tak mungkin semua tapi saya dimaklumkan Ketua Polis Negara, polis dan ATM bersetuju untuk bergerak bagi memastikan SOP dipatuhi,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, semalam sebanyak 1,633 kenderaan cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung dan dijangka meningkat menjelang perayaan.

Katanya, ketika ini polis masih menggunakan budi bicara dan tidak mengambil tindakan seperti kompaun sebaliknya hanya mengarahkan mereka berpatah balik.

“Saya percaya akhirnya polis pasti akan mengenakan tindakan udang-undang yang lebih keras lagi,” katanya.

Katanya, setakat ini SOP rentas negeri masih sama dan kebenaran dikeluarkan polis meliputi darat dan udara.

Kredit gambar: Bernama

“Hanya yang mempunyai hal kecemasan sahaja akan dibenarkan. Bukan sahaja darat, malah udara juga, termasuk rentas negeri ke Sabah dan Sarawak kecuali dengan kebenaran polis. Saya nak ingatkan, sebelum beli tiket, dapatkan kebenaran polis dulu.

“Saya takut selepas beli tiket, tidak ada kebenaran polis, mereka akan disekat untuk terbang atau pun di sekatan jalan raya berhampiran lapangan terbang, mereka diarahkan berpatah balik oleh polis,” katanya.

Sumber: Hmetro


Spread the love

6 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!