PKPB dilanjutkan selama 4 minggu sehingga 9 Jun

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Kerajaan mengambil keputusan untuk melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pegerakan Bersyarat (PKPB), selama empat minggu lagi, iaitu sehingga 9 Jun, 2020.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas hari ini berkata, keputusan itu dilakukan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), kerana usaha memerangi COVID-19 masih belum berjaya sepenuhnya.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, dari segi pandangan umum, beliau dapati rata-rata rakyat mahukan supaya kerajaan terus mengambil langkah-langkah yang wajar untuk memerangi wabak ini.

“Ini bermakna, semua peraturan dan SOP yang dilaksanakan sepanjang tempoh PKPB pada masa ini akan kekal berkuatkuasa sehingga 9 Jun 2020.

“Sebarang perubahan mengenai peraturan, SOP atau senarai sektor yang dibenarkan beroperasi akan dimaklumkan dari masa ke semasa,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Tan Sri Muhyiddin berkata, beliau ingin menzahirkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua petugas barisan hadapan yang telah banyak berkorban sepanjang tempoh dua tiga bulan ini untuk memastikan semua rakyat Malaysia terselamat daripada wabak COVID 19.

Selain itu, beliau juga mengucapkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah yang sentiasa berdisiplin mematuhi arahan PKP dan PKPB sehingga memudahkan para petugas barisan hadapan menangani krisis ini.

“Hasil daripada usaha bersungguh-sungguh yang dilakukan oleh para petugas barisan hadapan dan disiplin saudara-saudari sepanjang tempoh PKP dan PKPB dilaksanakan, kita telah berjaya menjadikan hampir seluruh mukim atau zon di negara kita berstatus hijau,” katanya lagi.

Sumber: Awani


Spread the love

5 Comments

  1. sedih bila pkp di lanjutkan sebab masa tu nak kawin, macam-macam fikir. kadang rasa taknak kawin pun ada masa tu.

  2. semoga kondisi seperti saat ini cepat berlalu dengan segera sehingga kita semua dapat beraktivitas kembali seperti biasanya

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!