PKPB berkuatkuasa 14 Oktober di KL, Putrajaya dan Selangor

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

PUTRAJAYA: Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor berkuat kuasa pukul 12.01 tengah malam, 14 Oktober ini.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPB itu akan berkuat kuasa sehingga 27 Oktober.

Menurut beliau, keputusan itu diambil selepas mengambil kira pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), serta peningkatan kes positif COVID-19 sejak kebelakangan ini.

“Selepas mendapat nasihat KKM dan mengambil kira kes peningkatan dan penularan yang berlaku seperti di Klang di Petaling dan kes dilihat meningkat di Gombak dan daerah-daerah lain,” katanya dalam sidang media pada Isnin.

Dengan pelaksanaan PKPB, Ismail Sabri berkata, pergerakan keluar masuk/ merentas daerah adalah tidak dibenarkan.

“Bagaimanapun, bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan. Hanya dua orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan,” katanya lagi.

Selain itu, beliau berkata, semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, tahfiz, taman awam, masjid dan rumah ibadat, pusat rekreasi, serta pusat hiburan dan kelab malam ditutup.

Larangan itu, katanya, termasuk semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial, budaya, dan termasuk majlis perkahwinan tidak dibenarkan.

“Walaubagaimanapun, semua kegiatan ekonomi di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa.

“Senarai SOP lanjut dan lebih terperinci akan diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat,” katanya lagi.

Sumber: Awani


Spread the love

5 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!