Pihak Berkuasa Sedang Mencari Warga Asing ditemubual Al Jazeera

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Pihak berkuasa sedang mengesan seorang lelaki warga Bangladesh yang ditemubual media antarbangsa, Al Jazeera dalam berita yang mendakwa Malaysia mendiskriminasi pendatang asing ketika menangani wabak Covid-19.

Perkembangan ini ketika polis berkata Al Jazeera akan dipanggil untuk disoal selepas menerima laporan berkaitan.

Imigresen menamakan individu yang dikehendaki itu sebagai Md Rayhan Kabir, 25.

“Bagi tujuan membantu siasatan bawah Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam kenyataan.

Baru-baru ini Al Jazeera telah mengluarkan satu video yang berdurasi 26 minit mengenai keadaan PKPD di kawasan warga asing dan menyatakan bahawa kerajaan Malaysia menindas warga asing (PATI).

Malaysia mengecam laporan media antarabangsa, Al Jazeera yang membuat tuduhan membuta tuli terhadap usaha negara ini dalam mengawal penularan COVID-19, membabitkan warga asing.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata laporan media berkenaan jelas tidak tepat dan berniat memburuk-burukkan nama baik Malaysia.

Katanya, tuduhan Malaysia tidak memberi layanan yang adil kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan adalah tidak benar, sebaliknya tindakan yang dibuat berdasarkan undang-undang.

“Tuduhan kita kurung secara tidak adil PATI adalah tidak benar. Bukan setakat PATI, tapi PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat) di kawasan lain seperti pusat tahfiz di Hulu Langat dan perkampungan di Hulu Langat juga dikurung. Bukan saja membabitkan warga asing semata-mata.

“Warga tempatan kita pun buat kawalan untuk pastikan tidak ada mereka yang keluar dari dalam dan individu dari luar mudah masuk ke dalam. Ini semua untuk pastikan mereka diselamatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat khas menteri berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Putrajaya.

Beliau berkata, setiap individu dalam PKPD akan dilakukan saringan termasuk PATI dengan kos saringan mereka ditanggung kerajaan.

“Menuduh tindakan kita bersikap rasis juga tidak benar. Apa yang dilakukan berdasarkan undang-undang. Kita gunakan akta Imigresen untuk tangkap mereka yang tiada dokumen sah.

“Tanya Al Jazeera. Berikan mana-mana negara yang membenarkan warga asing yang tiada dokumen boleh bebas di negara mereka. Saya cabar Al Jazeera tunjukkan negara mana yang berikan kebebasan mutlak. Setahu saya tidak ada,” katanya.

sumber : bhonline


Spread the love

4 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!