Ketua Polis Daerah Labuan, Muhamad Farid Ahmad mengesahkan beberapa rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan pegawai kesihatan dan polis memakai topeng muka dan menahan seorang lelaki di sebuah flat di Labuan.
Polis telah menahan seorang lelaki yang dikatakan tidak memberi kerjasama untuk menjalani ujian saringan Covid-19 di Labuan, Sabah. Polis dan pasukan kesihatan dari Hospital Labuan telah menahan individu berusia 68 tahun itu bagi memaksanya membuat ujian saringan.
Kekerasan secara minimum digunakan bagi menahan individu itu, seperti peruntukan di bawah Seksyen 15 (2) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang membenarkan pihak berkuasa untuk menggunakan kekerasan sekiranya perlu.
Lelaki tersebut merupakan kontak pertama kepada salah seorang jemaah tabligh yang menghadiri ijtimak Malaysia di Masjid Jamek Sri Petaling. Beliau sangat diperlukan untuk hadir ke Hospital Labuan untuk tujuan ujian saringan dan seterusnya menjalani sesi kuarantin.
Lelaki tersebut tidak mengendahkan sebarang arahan dan perintah untuk menghadirkan diri ke hospital pada 17 Mac. Dua hari kemudian, pasukan pegawai perubatan Hospital Labuan telah pergi ke alamatnya untuk membawa lelaki itu ke hospital bagi menjalani ujian saringan Covid-19, tetapi dia enggan memberikan kerjasama.
Ekoran daripada kejadian itu, Jabatan Kesihatan Labuan telah meminta bantuan polis untuk melaksanakan perintah dan tugas tersebut. Video penangkapan lelaki tersebut telah tular di media sosial.
Setakat 19/3/2020, Malaysia mencatatkan 900 kes positif Covid-19 dengan dua kematian. Daripada jumlah itu, 513 kes dan satu kematian mempunyai kaitan dengan program perhimpunan tabligh. Daripada jumlah itu juga, lima individu dari Labuan disahkan positif Covid-19.
Semuga semua warga Malaysia yang perlu buat saringan tidak melarikan diri supaya wabak Covid-19 dapat dihentikan. Berani lari berani juga di tangkap oleh pihak berkuasa.
- Kes pertama Covid-19 Brunei setelah pulang dari himpunan tabligh bersama 10,000 orang di masjid Seri Petaling
- Covid-19 tiga pemain Juventus dijangkiti dan banyak perlawanan liga dibuat dalam stadium tertutup
- Tiada Solat Jumaat di Malaysia, Singapura dan Brunei ekoran penularan covid-19
- Bagaimana Nak Meraikan Majlis/Kenduri Semasa Suasana Wabak COVID19
- Pasar Malam, Pasar Tani dan Dobi layan diri dilarang beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan
4 Comments
Harus kita belajar dari sikap masyarakat liberal Itali yang sangat degil hingga menyebabkan negara runtuh dek sikap terlalu mementingkan diri sendiri. Patuhilah arahan dan ingatlah orang lain yang kita sayangi.
masih ada manusia yang engkar dan degil..
mereka hanya mementingkan diri sendiri.
cara terbaik guna sahaja kekerasan agar mereka lebih sedar kesilapan tersebut
Curahan rasa mrhanafi @ ..Perintah Kawalan Pergerakan: Berjaya atau sia-sia ?
Disaat situasi seperti ini masih saja banyak oknum-oknum yang melanggar peraturan pemerintah
Aduhai. Saat macam ni pun ada juga yang berdegil. Prihatin sikit pada orang lain.
Curahan rasa Mia @ ..Ibu Ini Kongsi Tips Meluang Masa Bersama Keluarga Dengan Aktiviti Menarik Sepanjang Cuti Sekolah
Comments are closed.