Pihak berkuasa akan tangkap mereka yang degil tidak mahu buat saringan Covid-19

Spread the love

Ketua Polis Daerah Labuan, Muhamad Farid Ahmad mengesahkan beberapa rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan pegawai kesihatan dan polis memakai topeng muka dan menahan seorang lelaki di sebuah flat di Labuan.

Polis telah menahan seorang lelaki yang dikatakan tidak memberi kerjasama untuk menjalani ujian saringan Covid-19 di Labuan, Sabah. Polis dan pasukan kesihatan dari Hospital Labuan telah menahan individu berusia 68 tahun itu bagi memaksanya membuat ujian saringan.

elak-saringan-covid-19

Kekerasan secara minimum digunakan bagi menahan individu itu, seperti peruntukan di bawah Seksyen 15 (2) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang membenarkan pihak berkuasa untuk menggunakan kekerasan sekiranya perlu.

Lelaki tersebut merupakan kontak pertama kepada salah seorang jemaah tabligh yang menghadiri ijtimak Malaysia di Masjid Jamek Sri Petaling. Beliau sangat diperlukan untuk hadir ke Hospital Labuan untuk tujuan ujian saringan dan seterusnya menjalani sesi kuarantin.

Lelaki tersebut tidak mengendahkan sebarang arahan dan perintah untuk menghadirkan diri ke hospital pada 17 Mac. Dua hari kemudian, pasukan pegawai perubatan Hospital Labuan telah pergi ke alamatnya untuk membawa lelaki itu ke hospital bagi menjalani ujian saringan Covid-19, tetapi dia enggan memberikan kerjasama.

Ekoran daripada kejadian itu, Jabatan Kesihatan Labuan telah meminta bantuan polis untuk melaksanakan perintah dan tugas tersebut. Video penangkapan lelaki tersebut telah tular di media sosial.

Setakat 19/3/2020, Malaysia mencatatkan 900 kes positif Covid-19 dengan dua kematian. Daripada jumlah itu, 513 kes dan satu kematian mempunyai kaitan dengan program perhimpunan tabligh. Daripada jumlah itu juga, lima individu dari Labuan disahkan positif Covid-19.

Semuga semua warga Malaysia yang perlu buat saringan tidak melarikan diri supaya wabak Covid-19 dapat dihentikan. Berani lari berani juga di tangkap oleh pihak berkuasa.


Spread the love

4 Comments

  1. Harus kita belajar dari sikap masyarakat liberal Itali yang sangat degil hingga menyebabkan negara runtuh dek sikap terlalu mementingkan diri sendiri. Patuhilah arahan dan ingatlah orang lain yang kita sayangi.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!