Pesanan untuk ibu yang rasa bersalah buat bisnes bimbang anak terbiar

Spread the love

Terdengar beberapa keluhan dan rungutan dari ibu-ibu yang risaukan kebajikan dan keperluan anak-anak terabai di saat ibu gigih buat duit.

Anak mula buat perangai pelik-pelik, tantrum tak tentu pasal, melawan tanpa sebab. Ibu yang niatnya membina perniagaan untuk membesarkan dan beri keselesaan pada anak-anak menjadi serba salah.

Walau macam mana pun hebat seorang bapa melayan anak-anak, mereka tetap perlukan belaian si ibu. Ya, itu tidak boleh dinafikan.

Namun begitu wahai ibu-ibu, jangan sesekali dikau rasa bersalah. Kerana perasaan itu boleh diatasi. Ada juga situasi yang mengakibatkan kebocoran wang berlaku akibat dari fighting fires pada seorang ibu dari anak-anak.

Ada yang mula rasa kesilapan melakukan bisnes, ada yang mula rasa bersalah sebab sibuk fokus pada bisnes anak terabai.

Relax wahai ibu, jangan mudah mengalah. Seorang ibu dan usahawan harus kental jiwanya. Ramai juga ibu-ibu yang membina perniagaan di luar sana tapi anak-anak mereka “menjadi”.

Pasti ada rahsianya bukan. Pasti ada jalannya.

Yang pertama, betulkan nawaitu kita wahai ibu-ibu. Apa niat yang tertanam di dalam kolam jiwa?

Betulkan matlamat, buat bisnes bukan kerana mahu bermewah-mewah beli rumah besar, beli kereta mewah semata.

Tapi tanam dalam jiwa, aku berniaga kerana Allah Taala. Aku berniaga kerna mahu berikan yang terbaik untuk anak-anak. Bukan sahaja anak-anak aku tapi ramai lagi anak-anak di luar sana yang sepatutnya dapat kan kehidupan dan pendidikan yang jauh lebih sempurna.

Aku berniaga kerana aku mahu bantu ekonomi bukan sahaja ekonomi keluarga aku tapi ekonomi islam. Untuk keluarkan zakat lebih banyak untuk kesejahteraan seluruh umat.

Sebab tu niat tu penting. Dengan niat serta visi dan misi yang besar kerana Allah Taala insyaAllah semuanya akan terpelihara.

Yang kedua, jangan sesekali ada dalam diri rasa bersalah sebab buat bisnes. Jangan rasa bersalah terpaksa tinggalkan anak. Ini kerana rasa bersalah ini yang akan buat ibu-ibu tidak keruan. Rasa bersalah ini yang akan trigger pelbagai masalah lain kerana kita tak cukup jelas niat kita berbisnes itu.

Di situ masalah demi masalah akan bertandang.

Seterusnya, ibu ketahuilah bahawa sebenarnya anak bukan perlukan 24 jam yang kita ada untuk mereka sepenuhnya.

Tapi apa yang mereka perlukan ialah masa yang berkualiti bersama kita. Apa maksud masa yang berkualiti?

Cuba mulai hari ini ambil masa 5-10 minit. Lihat mata anak. Beritahu mereka yang mereka adalah lebih utama dan penting dalam kehidupan kita. Beri tahu mereka, mama keluar bekerja sebab cari rezeki untuk kita bersama.

Mata ke mata, hati ke hati, pelukan berbalas pelukan. Hadirkan perasaan yang jelas dari sudut hati yang paling dalam.

InsyaAllah mereka boleh faham dan sama sekali tidak rasa diabaikan.

Ingat ibu, jangan sesekali rasa bersalah. Jelaskan nawaitu, dan peruntukan masa yang benar-benar berkualiti antara kita dan anak.

InsyaAllah anak-anak menjadi perniagaan juga terus suksess!

Salam Sayang
Zura Betty
Ikon Wanita Bahagia & Berjaya


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!