Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
masanya telah hampir tiba. Ramai yang telah mendaftar Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015 sejak pengumuman yang dimaklumkan pada 19 Mei 2015 dan tidak kurang juga yang mendaftar di hari-hari terakhir ini. Majlis Sepetang Bersama Blogger pada tahun ini akan diadakan di
- Tempat : Taman Cabaran, Presint 5, Putrajaya
- Tarikh : 13 Jun 2015
- Masa : 8.00 pagi – 5.30 petang
Bagi mereka yang datang dari luar lembah klang, boleh rancang perjalanan untuk ke Taman Cabaran Putrajaya. Sekiranya ada yang datang dengan menggunakan pengangkutan awam ERL, boleh hubungi Shakiddo di talian 019-2372347. Inshaa Allah akan diuruskan transport dan kami akan ambil di stesen ERL Putrajaya.
Bagi yang menggunakan kenderaan sendiri, boleh menggunakan aplikasi Waze dengan menaip “Taman Cabaran Presint 5 Putrajaya“. Taman Cabaran ini ada dua bangunan. Semua peserta perlu berkumpul di bahagian WALL CLIMBING pada sebelah pagi.
Kelainan dibuat pada tahun keempat penganjuran Sepetang Bersama Blogger ini dengan berkonsepkan outdoor. Aktiviti treasure hunt pada sebelah pagi dan sesi perkongsian pada sebelah petang. Tidak seperti tahun-tahun lepas, kali ini semua akan bersantai di ruang legar Kompleks Sukan Lasak Putrajaya ini. Diharap agar rakan-rakan blogger dan aktivis sosial media akan lebih beramah mesra di antara satu sama lain dengan konsep baru ini.
Bagi sesi treasure hunt, dinasihatkan untuk memakai pakaian yang sesuai. Jika difikirkan lebih selesa untuk pakaian tracksuit, maka sesuai dipakai oleh peserta. Aktiviti treasure hunt kali ini lebih banyak kepada BERJALAN KAKI dan menduga akal di samping perkongsian sosial media secara berkumpulan dan individu. Sehelai Tshirt untuk setiap seorang peserta yang mendaftar juga akan diberikan sewaktu pendaftaran.
Bagi menambahkan suasana Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015, pihak Yeos Malaysia sudi menaja 3 unit GoPro Hero 4 Silver untuk Contest Sitkom Yeos. Berdasarkan maklumat terkini, tidak ramai yang menyertainya dan keputusan dibuat dengan hanya 1 unit hadiah GoPro Hero 4 Silver diberikan untuk contest ini. Baki DUA unit lagi akan dibawa ke hari Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015 pada 13 Jun 2015 nanti.
Jangan lupa untuk sertai di Contest Sitkom Yeos
Kepada peserta #SBBYeos2015 ini, jangan risau mengenai makanan kerana Bakarlah BBQ & Rental akan menghidangkan sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang. Kesemuanya dihidangkan juga dengan minuman segar dari Yeos Malaysia. Kemudahan lain seperti bilik persalinan baju, tandas dan surau juga terdapat di Kompleks Sukan Lasak, Taman Cabaran Putrajaya ini.
Aktiviti santai ini akan diisi dengan perkongsian cerita dan kisah dari individu-individu yang telah berjaya di dalam bidang masing-masing. Kehadiran beberapa rakan blogger dari Indonesia juga pasti akan memeriahkan suasana di samping dapat bertukar-tukar cerita dan idea di dalam arena berblogging.
Kepada yang hadir, ada maklumat terbaru mengenai program Kem Ramadhan Yeo’s 2015 yang akan diadakan pada 11 Julai 2015. Program ini akan dilakukan seperti tahun lepas di mana rakan blogger berpeluang bersama artis-artis seperti Ajak Shiro, Nad Zainal, Heliza Helmi untuk meraikan mereka yang kurang bernasib baik. Jadi, untuk menyertainya cuma perlu membeli sekarton air Yeos yang akan dijual pada hari Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015.
Sekirannya ada pertanyaan segera, boleh maklumkan kepada Team Denaihati untuk maklumat lanjut.
74 Comments
Ikut mendukung terus program denaihati. Semoga sukses mas … Sudah lama ga main sini … 🙂
Curahan rasa One’s Excellent @ ..Cara Pasang Halaman Facebook Terbaru Di WordPress
Sape la yg bertuah menang iphone dgn go pro tu. Best nye kalau dpt pegi sbb
Curahan rasa nikkhazami @ ..Semak Baki PTPTN Melalui SMS
Ntahlah… siapalah agaknya yang bertuah yer.. sama-samalah kita nantikan pada hari Sabtu nanti..
Curahan rasa anuar @ ..Tak Dapat Big Hero, Dapat Mini Darwin Robot Pun Jadilah
Setakat ini belum ada peserta yang bagi respon datang dari Sabak Bernam atau Sungai Besar… Nampaknya, saya kena drive sendirilah kalau macam tu…
Curahan rasa Anuar @ ..Tak Dapat Big Hero, Dapat Mini Darwin Robot Pun Jadilah
Berdasarkan jadul tu, nampaknya para peserta kena datang siap memakai seluar Tracksuit dan baju T-Shirt lah yer… Lepas selesai Treasure Hunt baru tukar pakaian…
Curahan rasa Anuar @ ..Tak Dapat Big Hero, Dapat Mini Darwin Robot Pun Jadilah
Yelah kan, treasure hunt ni mesti letih dan keluarkan peluh. Kena pakai baju yang sesuai 🙂
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kencing Manis Ketika Hamil- Apa Yang Ibu Perlu Ketahui?
semoga majlis sepetang bersama blogger ini berjalan dengan baik, saya tak dapat hadirkan diri.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Rahsia Bayar PTPTN Secara Percuma
Alahai… tuan Ikhwan Fahmi tak dapat dtg.. nampaknya tak dapat kita jumpa di SBB2015
masih tak tahu dapat pergi ke tidak sabtu nih.
takut-takut kena tukaq pampers anak lagi nanti..
risau la plakk kalau takde orang nak tukaq pamperss anak..
Curahan rasa titan @ ..Yeo’s Sitkom Blog Contest
Oooo lupa.. cikgu Titan baru dapat baby.. eloklah utamakan mana yang patut diutamakan. .. tapi kalau dah ada org boleh tlg tukarkan pampers, bolehlah dtg ke SBB2015. ..
Curahan rasa anuar @ ..Kenapa ramai peniaga sanggup keluarkan duit semata-mata nak dapatkan senarai pembekal?
bawa sekali anak tu, pengalaman tukar pampers semasa SBB dengan kawan-kawan 🙂
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Rahsia Bayar PTPTN Secara Percuma
haha, anak pak Titan kecik lagi. Kesian kalau dibawa ke sana.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Minuman Tenaga Berkhasiat Untuk Bulan Puasa
nampak macam kali ni akan jadi lebih meriah, dapat kenalan baru untuk kenal kenal
Curahan rasa myrujukan @ ..Kos Upah Tukang Paip Plumbing Mahal Atau Murah
tinggal beberapa hari je lagi sebelum event ni bermula. yang dah plan nak pergi mesti exited
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kelebihan Pengiklanan Revenuehits
best jugak kalau ada gopro.. tapi kalau boleh tak nak guna utk selfie. nak berbalik pada tujuan asal gajet tu dicipta
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kelebihan Pengiklanan Revenuehits
saya pun tak suka selfie..macam penyakit zaman moden pulak rasanya.kalau selfie pun untuk koleksi sendiri je.Malu nak tunjuk kat orang.
Curahan rasa rahimah @ ..10 Perkara Yang Anda Kena Waspada Semasa Bercuti Di Vietnam.
pergh.. ada grilled lamb la pulak… adoi! ruginya tak dapat join. hhaha!
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kelebihan Pengiklanan Revenuehits
Ada tak geng-geng Sabak Bernam atau Sungai Besar yang join SBBYeos2015… Kalau ada saya ofer naik sekali kereta dengan saya… Boleh teman saya bersembang dalam kereta… Bosan juga nak memandu sorang-sorang ke Putrajaya…
Curahan rasa Anuar @ ..Kenapa ramai peniaga sanggup keluarkan duit semata-mata nak dapatkan senarai pembekal?
Buat sesiapa yang join sbb nanti, pastikan stamina ckp yea.. jangan semput tepi tasik lak hehehhee
Curahan rasa dkna abza @ ..Viet-Thai Canteen Cyberjaya | Masakan Thailand Dan Vietnam
Alamak… Saya dah lama tak bersenam ni… Harap tak ada masalah untuk menyertai Treasure Hunt…
Curahan rasa Anuar @ ..Kenapa ramai peniaga sanggup keluarkan duit semata-mata nak dapatkan senarai pembekal?
Tak sabarnya. 😀
Ini kali pertama join SBB. Harap2 tahun depan dan tahun2 akan datang, masih dianjurkan SBB ni.
Curahan rasa bearyblossom @ ..Contest Sitkom Yeos – Nak, Sila Beli Sendiri!
Samalah….Saya pun baru pertama kali nak join SBB 2015… Harap segala urusan dipermudahkannya….
Curahan rasa Anuar @ ..Kenapa ramai peniaga sanggup keluarkan duit semata-mata nak dapatkan senarai pembekal?
Treasure Hunt yang killing sikit buat macam Amazing Race.Ramai surrender kot 🙂
Curahan rasa rahimah @ ..10 Perkara Yang Anda Kena Waspada Semasa Bercuti Di Vietnam.
Rahimah, janganlah request macam tu… Takut ramai yang pancit jer… hehehe 😉
Curahan rasa Anuar @ ..Kenapa ramai peniaga sanggup keluarkan duit semata-mata nak dapatkan senarai pembekal?
Sesekali apa salahnya. Memang best kalau dapat buat yang lain sikit.Baru tau badan fit ke tak 🙂
Curahan rasa rahimah @ ..10 Perkara Yang Anda Kena Waspada Semasa Bercuti Di Vietnam.
Tengok kepada aktiviti yang diberikan, ada scara ysng memerlukan peserta berjslan. berlari dan berkayuh. Itu kalau betullah tekaan saya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2015
Harap berjalan jerlah… Kalau nak berlari dan berkayuh, boleh… Tapi janganlah jauh sangat…. hehehe 😉
Curahan rasa Anuar @ ..Kenapa ramai peniaga sanggup keluarkan duit semata-mata nak dapatkan senarai pembekal?
Comments are closed.