Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Selepas Proton X70 dalam bentuk SUV, kini giliran Perodua pula mengumumkannya.
Hari ini, risalah spesifikasinya telah bocor di laman media sosial, dan sahih Perodua telah menamakannya sebagai Perodua Aruz, SUV tujuh-tempat duduk, yang sebelum ini dikatakan sebagai kembar kepada Toyota Rush.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Walau bagaimana pun, ternyata wajahnya adalah jauh berbeza daripada SUV tujuh-tempat duduk keluaran Toyota itu.
Perodua Aruz, didatangkan dalam dua varian utama, iaitu X dan juga AV, SUV ini dikuasakan enjin 2NR-VE 1.5 liter empat silinder yang menghasilkan 104 PS dan 136 Nm daya kilas, unit yang sama digunakan pada Perodua Myvi.
Enjin berkod 2NR-VE ini telah digunakan pada Toyota Avanza dan Daihatsu Xenia sejak 2015, selain turut dipadankan pada model Daihatsu Terios yang dilancarkan di pasaran Indonesia pada November 2017.
Lima warna utama ditawarkan iaitu Amazon Green, Ivory White, Glittering Silver, Electric Blue dan juga Granite Grey.
Menurut sumber dalaman, proses tempahan bagi SUV Perodua ini telah bermula dengan harga yang cukup menarik dan mampu milik.
Bahagian hadapan Aruz agak mirip dengan Terios Custom iaitu varian tertinggi Terios yang dilancarkan pada Ogos tahun lalu. Menurut risalah spesifikasi yang tersebar ini, Aruz ditampilkan dengan lampu utama LED dengan fungsi “Follow-Me Home” (dengan varian AV menerima lampu automatik), rim aloi 17-inci dan rel bumbung sporty.
Untuk bahagian kabinnya, ia ditampilkan dengan tempat duduk semi bucket dengan material fabrik bagi varian X dan balutan kulit untuk AV, ventilasi penyaman udara di bahagian belakang, stereng boleh laras dengan kawalan audio (kemasan kulit dan kawalan terima panggilan untuk varian tertinggi).
Harga Perodua Aruz
Selain itu, ada akses pintar dengan butang mula/henti enjin, kamera undur selain port pengecas di semua barisan tempat duduk. Untuk varian AV, ciri tambahan termasuk perakam video pemanduan bersepadu (DVR) dan port HDMI turut ditampilkan.
Perodua Aruz sudah berada di cawangan Perodua berdekatan anda mulai 15 Januari 2019.
No related posts.
8 Comments
Setakat ni agal puas hati memiliki Aruz.
Opsss bukan sqya, tapi suami.
Mesra ekonomi.
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Aku dan Intermittent Fasting (IF)
Perodua nak all in masuk market SUV dengan Aruz. Inspirasi dari Lambo Urus yek? 😀
Curahan rasa Mommysado @ ..Soalan Yang Biasa Ditanya Ketika Diet Dan Kurus
sesuai dengan harga dan keadaan ekonomi rakyat Malaysia sekarang. cantik dan menarik.
Curahan rasa encikhafiz.my @ ..Harga Perodua Aruz SUV 2019
inilah pesaing kepada X70 dalam segmen SUV…
sejujurnya persaingan ini memberi kelebihan kepada Perodua kerana unjuran harga yang jauh lebih rendah.
SUV paling mampu milik abad ini bro. Sangat berbaloi memilikinya. Namun keupayaan enjin 1.5cc mungkin agak sedikit kurang.
Curahan rasa encikhafiz.my @ ..Gambar Perkahwinan Elfira Loy & Muhammad Faris 1 januari 2019
wow.cantiknya kereta perodua baru ni. tak lama lagi banyak la di atas jalan ni. Tahniah Perodua!
Info menarik, bestnya dapat naik kereta ni. kena pergi cuba ni. insyaallah.
Curahan rasa Wan syahida @ ..Masalah Keputihan Wanita Yang Kerap Dirahsiakan
Best nya kalau dapat try naik kete ni. Produa dah bertambah maju.
Curahan rasa Wan syahida @ ..Masalah Keputihan Wanita Yang Kerap Dirahsiakan
Comments are closed.