Permohonan baharu dan rayuan bantuan PRIHATIN dibayar Mei ini

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Bayaran bagi permohonan baharu serta rayuan bagi Bantuan PRIHATIN Nasional (BPN) akan dilakukan pada Mei 2020 selepas semakan dan pengesahan dilakukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata ia melibatkan sejumlah 2.77 juta permohonan baharu dan 274,000 permohonan rayuan.

Baca: i-Lestari KWSP: Cara daftar & permohonan pengeluaran secara online

“Sehingga 12 April 2020, apabila proses semakan dan permohonan BPN dibuka, adalah didapati jumlah yang diluluskan adalah 8.3 juta penerima. 6.6 juta telah menerima bantuan berjumlah RM4.9 bilion.

“Dalam minggu ini antara 13 hingga 15 April 2020, sebanyak RM750 juta akan disalurkan kepada lebih kurang 1.5 juta penerima.

“Permohonan baharu adalah 2.77 juta manakala jumlah permohonan rayuan adalah 274 ribu.

“Bagi golongan permohonan baharu dan rayuan, keputusan dan pembayaran akan dibuat dalam bulan Mei selepas semakan dan verifikasi dilakukan oleh LHDN,” katanya dalam ucapan khas hari ini.

Baca: Cara Memohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Di bawah BPN, Kerajaan memperuntukkan antara RM500 hingga RM1,600 untuk golongan rakyat B40 dan M40 untuk meringankan beban ketika waktu mencabar akibat penularan COVID-19.

Sumber: Awani


Spread the love

7 Comments

  1. I single mum,semak permohonan lulus dgn RM800 (category single).sampai skrg apa pun tak dpt.bila check,minta kemaskini,dah cuba byk kali utk tukar category kahwin dan kemaskini,tak blh juga.
    any one can help to solve my problem.

  2. Saya dh buat permohonan bpn , lulus tp duit blom terima lagi… Kwn saya dh buat permohonan ..bla semak jawapan permohonan diterima dan kat bawah ada tertera kemaskini permohonan. Blih tlg saya apa perlu saya buat?

  3. Tak tau lah orang lain, tapi saya sangat respect mereka yang disebalik tabir memproses permohonan Bantuan PRIHATIN ni, which involves millions of people… Semoga Allah mencatat kerja buat mereka sebagai amalan dan diberkati serta mendapat ganjaran di akhirat kelak…

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!