Perlu Ke Menjawab Azan Di Televisyen Atau Radio

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Hukum menjawab azan adalah sunnah. Apabila mendengar seruan azan, sunnah juga ke atas kita untuk menghormatinya dan menunggu sehingga ia selesai barulah boleh menunaikan solat.

Namun, adakah disunatkan juga untuk menjawab azan jika ia merupakan azan yang disiarkan melalui televisyen atau radio?

Dalam hal ini, Syeikh Abdul Karim Khudair telah menyebut – 

Jika azan yang diperdengarkan itu adalah daripada rakaman (kaset atau CD) dan bukan dilaungkan secara langsung, maka muazzin ini dianggap seperti tiada. Jadi, azan ini adalah tidak perlu dijawab dan hukumnya adalah tidak sama seperti azan secara langsung.”

Hal ini bermaksud, hukum azan yang bukan dilaungkan secara langsung adalah tidak sama dengan hukum menjawab azan.

Baca : Teruskan Berdoa Kerana Itu Adalah Senjata Umat Islam

Justeru, tidak mengapa untuk tidak menjawab azan pada waktu tersebut. Adapun, menerusi pendapat yang telah dikemukakan oleh jumhur ulama bahawa, tujuan azan itu tetap sama. Ia adalah untuk menyebarkan syiar Islam dan mengingatkan umat Islam untuk menunaikan solat.

Jadi, hukumnya juga adalah sama seperti menjawab azan yang dilaungkan secara langsung, iaitu sunat. Jika azan itu dilaungkan secara terus menerusi siaran televisyen atau radio seperti live azan di Mekah, maka hukum menjawabnya adalah sunat, sama seperti menjawab azan yang dilaungkan bilal di masjid-masjid.

Seeloknya, tetap amalkan adab-adab yang sama ketika azan dikumandangkan seperti diam dan menghormati azan, membaca doa selepas azan serta mendoakan apa yang dihajati di antara azan dan iqamah itu.

Baca : Hati-Hati Dengan Perangkap Jin Bernama Dasim

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Rumaysho.com


Spread the love

4 Comments

  1. Macam sebutan nama Nabi Muhammad juga. Sama ada dengar secara langsung atau melalui radio TV, juga sunat berselawat atas nabi.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!