Perkara-perkara yang anda boleh buat ketika krisis ekonomi

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Kembara tempat menarik di Amsterdam 2018”. Kali ini nak kongsi berita ekonomi yang sedang dibincangkan seluruh dunia, jangkaan ekonomi dunia yang sedang merudum.

Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Suasana ekonomi dunia yang tak stabil ini bukan main-main. Peperangan ekonomi antara Amerika dengan China semakin meruncing. Orang bisnis kena bersedia dan mula bertindak untuk menghindari tsunami dari sekarang bukan tunggu sudah bergulung-gulung baru nak buat sesuatu.

Biar keluar modal sikit sekarang dari rugi banyak kemudian hari. Mereka yang bersedia pun belum tentu dapat bertahan apatah lagi kalau harap nasib.

Orang bisnis kena rajin dapatkan kisah dan pengalaman dari orang bisnis yang pernah melalui zaman susah senang sebab mereka ada banyak rahsia untuk bertahan di zaman ekonomi merudum. Jangan tanya mereka sedang berjaya dan tak pernah gagal sebab mungkin mereka juga tak akan dapat bertahan apabila dilanda tsunami ekonomi.

Apa yang kita boleh buat semasa ekonomi menjunam

1. Pada yang baru habis belajar di Universiti usahakan dapat biasiswa untuk sambung belajar keperingkat master dan PHD. Kepada yang lain ini masa untuk belajar ilmu perniagaan dari seminar dan kelas-kelas yang dianjurkan oleh berbagai pihak.

2.Apabila ekonomi merosot ramai yang melalui fasa gangguan emosi kerana masalah kewangan. Jaga kesihatan paling utama makan makanan yang sihat supaya badan jadi sihat maka minda jadi lebih kreatif.

3. Selain menjaga makanan kita juga kena rajin bersenam. Bagus bersenam bersama keluarga atau bersama kawan-kawan seperti jogging bersama awal pagi atau petang, naik basikal, main badminton dan sebagainya. Senaman akan melancarkan pengaliran darah yang memberi kesegaran minda.

4. Jangan malu untuk menjadualkan balik segala pinjaman yang ada. Kalau perlu jual kereta mewah jangan malu untuk jual untuk mengurangkan kos kehidupan. Kereta mewah bukan sahaja perlu bayaran pinjaman yang tinggi juga kos servis yang tinggi. Bila ekonomi sudah baik boleh beli semula. Jangan kisah nak jaga maruah tapi hutang sekekliling pinggang yang akhirnya menjerut leher.

5. Urus semula bajet bulanan potong mana yang tak perlu contohnya kalau kita subcribe Astro pakej penuh boleh tukar kepada pakej yang lebih jimat.

ilmu pengurusan kewangan dan kehidupan

6. Banyakkan membaca kerana dengan membaca akan memberi idea-idea baru. Sebenarnya ketika ekonomi merudum ada peluang yang ramai tidak nampak. Dengan membaca kita akan akan dapat idea baru melalui pengalaman yang ditulis oleh tokoh-tokoh tertentu.

7. Banyakan menulis pengalaman-pengalaman yang pernah kita lalui samada di buku nota atau di blog peribadi. Menulis pengalaman sendiri boleh beri inspirasi pada diri sendiri. Kekadang kita sendiri terlupa pengalaman yang tidak ternilai yang pernah kita lalui. Rupanya dulu lagi susah dari sekarang.

8. Buat kumpulan kecil atau think tank team yang satu fikir untuk explore peluang ketika krisis ekonomi. Jangan kerja sorang-sorang. Setiap musibah pasti ada peluang dan peluang itu perlu dicari dalam jemaah.

9. Keluar dakwah empat bulan. Ini pengalaman mahal yang hanya mereka yang dipilih ALLAH sahaja boleh melakukan. Keluar berdakwah bukan nak dakwah orang tetapi mendakwah diri sendiri untuk melalui kehidupan akhir zaman yang sangat mencabar.

10. Banyak lagi yang mungkin kawan-kawan pembaca pernah lakukan yang boleh kongsikan di ruangan komen.

Paling penting semasa krisis ekonomi dekatkan diri kita dengan ALLAH.

Kejatuhan ekonomi kali ni tak sama dgn 1997 sebab masa tu Kerajaan yang memerintah menguasai politik tetapi sekarang Kerajaan baru yang baru nak mengubah macam-macam jadi bila diuji dengan ekonomi pasti lain cabarannya.

Sekadar cerita pengalaman dari padangan mata mungkin tak akan berlaku atau berlaku lebih teruk.

ALLAH dah ajar hambanya cara menguruskan hidup masa susah dalam Al Quran.

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. – Surah Al Imran ayat 134.

Yakinlah dengan apa yang ALLAH dah ajarkan pasti berjaya, jangan ikut logik akal pasti gagal.


Spread the love

123 Comments

  1. Zaman laa ni, tak boleh lah nak memilih pekerjaan sangat, buat jer apa apa kerja yang halal. tak kisah lah kerja apa pun.

  2. Dalam keadaan sekarang ni semua orang perlu berusaha untuk meningkatkan pendapatan melalui kerja-kerja part time yang boleh dilakukan dari rumah..

  3. Sekarang ni semua orang perlu berjimat cermat… Rancang perbelanjaan dengan teliti.. dahulukan keperluan melebihi kehendak..

  4. Terima kasih atas perkongsian ini Tuan. Tidak dinafikan, ekonomi makin merundum. Sngat sangat perlu bijak mengawal financial peribadi hari ini. Masa untuk bertenang daripada aktiviti yang melibatkan perbelanjaan besar.

  5. Yang terpenting adalah senantiasa mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Kami semua juga saat ini sedang mengallami hal yang sama. Terimakasih banyak untuk tips yang berharga nya

  6. Bila tiba zaman kegawatan ekonomi. tak boleh lah nak memilih pekerjaan sangat, buat jer apa apa kerja yang halal. tak kisah lah kerja apa pun.

    1. Rugilah sapa yang memilih kera. Lagi sangat rugi kl dia lebih prefer dok atas katil cari kerja, tidur makan, drp accept kerja biasa biasa

  7. Dizaman ekonomi tak ok, mana mana yang berniaga kecil kecilan tuh nak kena berani dan teruskan perjuangan tanpa mengenal erti “kalah”

  8. Bila kewangan makin ketat dan sukar, minda perlu kreatif dan fokus untuk mencari tambahan kewangan yang perlu. Jangan malu untuk berjimat. Bila susah bukan ada orang lain akan tolong.

    1. Jiwa nak kena kental dalam menghadapi isu kegawatan ekonomi nih. tak boleh asik nak layan perasaan je.

      1. Setuju tu kawan, bila kewangan makin ketat dan sukar, minda perlu kreatif dan fokus untuk mencari tambahan kewangan yang perlu

      1. betul sgt tu. Jiwa nak kena kental dalam menghadapi isu kegawatan ekonomi nih. tak boleh asik nak layan perasaan je.

    1. Betul tuh, apa apa pun nak kena sebelahkan sesiap segala hutang hutang yang memang kita bayar bulan bulan tuh.

      1. Setuj utu NK pasal Disiplin. Disiplin ni yang akn pacu kita ikut track yang betul. Kena sentiasa jaga disiplin ni kan

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!