Perkara-perkara yang anda boleh buat ketika krisis ekonomi

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Kembara tempat menarik di Amsterdam 2018”. Kali ini nak kongsi berita ekonomi yang sedang dibincangkan seluruh dunia, jangkaan ekonomi dunia yang sedang merudum.

Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Suasana ekonomi dunia yang tak stabil ini bukan main-main. Peperangan ekonomi antara Amerika dengan China semakin meruncing. Orang bisnis kena bersedia dan mula bertindak untuk menghindari tsunami dari sekarang bukan tunggu sudah bergulung-gulung baru nak buat sesuatu.

Biar keluar modal sikit sekarang dari rugi banyak kemudian hari. Mereka yang bersedia pun belum tentu dapat bertahan apatah lagi kalau harap nasib.

Orang bisnis kena rajin dapatkan kisah dan pengalaman dari orang bisnis yang pernah melalui zaman susah senang sebab mereka ada banyak rahsia untuk bertahan di zaman ekonomi merudum. Jangan tanya mereka sedang berjaya dan tak pernah gagal sebab mungkin mereka juga tak akan dapat bertahan apabila dilanda tsunami ekonomi.

Apa yang kita boleh buat semasa ekonomi menjunam

1. Pada yang baru habis belajar di Universiti usahakan dapat biasiswa untuk sambung belajar keperingkat master dan PHD. Kepada yang lain ini masa untuk belajar ilmu perniagaan dari seminar dan kelas-kelas yang dianjurkan oleh berbagai pihak.

2.Apabila ekonomi merosot ramai yang melalui fasa gangguan emosi kerana masalah kewangan. Jaga kesihatan paling utama makan makanan yang sihat supaya badan jadi sihat maka minda jadi lebih kreatif.

3. Selain menjaga makanan kita juga kena rajin bersenam. Bagus bersenam bersama keluarga atau bersama kawan-kawan seperti jogging bersama awal pagi atau petang, naik basikal, main badminton dan sebagainya. Senaman akan melancarkan pengaliran darah yang memberi kesegaran minda.

4. Jangan malu untuk menjadualkan balik segala pinjaman yang ada. Kalau perlu jual kereta mewah jangan malu untuk jual untuk mengurangkan kos kehidupan. Kereta mewah bukan sahaja perlu bayaran pinjaman yang tinggi juga kos servis yang tinggi. Bila ekonomi sudah baik boleh beli semula. Jangan kisah nak jaga maruah tapi hutang sekekliling pinggang yang akhirnya menjerut leher.

5. Urus semula bajet bulanan potong mana yang tak perlu contohnya kalau kita subcribe Astro pakej penuh boleh tukar kepada pakej yang lebih jimat.

ilmu pengurusan kewangan dan kehidupan

6. Banyakkan membaca kerana dengan membaca akan memberi idea-idea baru. Sebenarnya ketika ekonomi merudum ada peluang yang ramai tidak nampak. Dengan membaca kita akan akan dapat idea baru melalui pengalaman yang ditulis oleh tokoh-tokoh tertentu.

7. Banyakan menulis pengalaman-pengalaman yang pernah kita lalui samada di buku nota atau di blog peribadi. Menulis pengalaman sendiri boleh beri inspirasi pada diri sendiri. Kekadang kita sendiri terlupa pengalaman yang tidak ternilai yang pernah kita lalui. Rupanya dulu lagi susah dari sekarang.

8. Buat kumpulan kecil atau think tank team yang satu fikir untuk explore peluang ketika krisis ekonomi. Jangan kerja sorang-sorang. Setiap musibah pasti ada peluang dan peluang itu perlu dicari dalam jemaah.

9. Keluar dakwah empat bulan. Ini pengalaman mahal yang hanya mereka yang dipilih ALLAH sahaja boleh melakukan. Keluar berdakwah bukan nak dakwah orang tetapi mendakwah diri sendiri untuk melalui kehidupan akhir zaman yang sangat mencabar.

10. Banyak lagi yang mungkin kawan-kawan pembaca pernah lakukan yang boleh kongsikan di ruangan komen.

Paling penting semasa krisis ekonomi dekatkan diri kita dengan ALLAH.

Kejatuhan ekonomi kali ni tak sama dgn 1997 sebab masa tu Kerajaan yang memerintah menguasai politik tetapi sekarang Kerajaan baru yang baru nak mengubah macam-macam jadi bila diuji dengan ekonomi pasti lain cabarannya.

Sekadar cerita pengalaman dari padangan mata mungkin tak akan berlaku atau berlaku lebih teruk.

ALLAH dah ajar hambanya cara menguruskan hidup masa susah dalam Al Quran.

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. – Surah Al Imran ayat 134.

Yakinlah dengan apa yang ALLAH dah ajarkan pasti berjaya, jangan ikut logik akal pasti gagal.


Spread the love

123 Comments

  1. Setiap hari hidup makin mencabar..dgn ekonomi yg x menentu skrg ni,1 kerja kdg2 x ckup utk menampung keperluan hakiki..

  2. betul, kalau krisis ekonomi kena jimat jadi cut apa yang tak penting, nak biasakan diri kena mula dari sekarang dan anggap ekonomi sedang krisis jadi nanti tak ada rasa janggal bila cut itu ini

    1. Saat saat sebegini la kita kena sedut aura positif. kena stay positif dan fikir positif. InsyaAllah dalm hadapi krisis dgn baik

    2. Patut kena buat semua tu setipa masa. Kena sentiasa persiapkan diri untuk berdepan dengan dugaan yang tak disangka sangka

  3. Pelaburan yang terbaik adalah melabur terhadap diri sendiri. Beli banyak buku, banyak membaca. Hadiri seminar yang dianjurkan sama ada seminar yang memperbaiki diri, atau seminar yang meningkatkan perniagaan anda.

    1. Itulah yg sebaiknya..ilmu yg ckup dri pelaburan trhadap buku2 yg dibeli perlu dimanfaatkan sepenuhnya

      1. Tak dinafikan, beli buku juga satu pelaburan yang baik. Dengan syarat, kena praktikkan ilmu yang dibaca itu la kan

  4. Bagi yang pernah mengalaminya, mesti korang akan berasa takut dan risau kan? Sebab waktu korang alaminya dulu, ada yang sampai terpaksa tutup syarikat, ada ramai yang dibuang kerja, ada ramai yang keretanya kena tarik, rumahnya kena lelong, dan yang paling teruk, disenaraikan bankrap.

  5. Kitaran krisis ekonomi ini selalu akan berlaku setiap 10 tahun sekali. Macam pada tahun 1988, 1998, dan 2008. Kadang-kadang ia berlaku cepat sedikit, dan kadang-kadang ia berlaku lewat sedikit. Tetapi, ia tetap akan berlaku.

        1. betul tu, langkah terbaik, kena sentiasa persiapkan diri untuk berdepan dnegan dugaan yang tak disangka sangka seperti krisis ekonomi ni

  6. Tips Sangat Menarik…Ada Banyak Projek Yang Tak Dapat Diteruskan, Sehingga Memaksa Majikan Memberhentikan Pekerja Untuk Kurangkan Kos Operasi. Kena Lebihkan Usaha.

    1. Tapi… Nak buat macam mana ye. Sebab ini lah kitaran yang berlaku. Bukan hanya pada korang sahaja, tetapi negara-negara luar yang lain turut mengalami perkara yang sama.

    2. Sedih bila melihat mereka dibehentikan kerja disebabkan masalh ekonomi. Semoga ada rezek yg lebih baik buat mereka.

      1. Act krisis ekonomi ni boleh diramal apabila dah dekat. Dah boleh prepare. Lagi best apa bila kita sentiasa baik, samda ekonomi baik atau tak baik

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!