Peristiwa Istiwa Adzam, peluang untuk kita semak arah kiblat 16 Julai 2019

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Jabatan Mufti Negeri Selangor memaklumkan umat Islam di negara ini berpeluang menyemak dan menentukan arah kiblat berikutan fenomena Matahari Istiwa’ A’dzham pada Selasa depan.

Umat Islam di negara ini berpeluang menyemak dan menentukan arah kiblat berikutan fenomena Matahari Istiwa’ A’dzham pada Selasa depan.

Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Selangor dalam satu kenyataan berkata, matahari akan berada tepat di atas Kaabah pada jam 5.28 petang waktu Malaysia.

sumber gambar Harian Metro

Sehubungan itu, katanya pada waktu tersebut masyarakat Islam berpeluang melakukan semakan arah kiblat bagi mana-mana ruang solat yang didirikan.

Antara tatacara semakan kiblat termasuk memastikan masa yang tertera pada jam adalah tepat dengan menghubungi talian 1051 untuk mendapatkan waktu sebenar.

Penentuan arah kiblat boleh dilakukan dengan memerhatikan objek tegak seperti tiang, tingkap ataupun pintu rumah yang disinari cahaya matahari dan perhatikan bayang objek tegak terhasil pada jam 5.28 petang.

Berikut adalah tatacara semakan kiblat pada tarikh 16 Julai 2019:

  • Pastikan masa yang tertera pada jam adalah tepat mengikut waktu SIRIM. Sila hubungi 1051 untuk waktu yang sebenar.
  • Perhatikan objek tegak seperti tiang, tingkap ataupun pintu rumah yang disinari cahaya matahari.
  • Perhatikan bayang objek tegak yang terhasil pada 5.28 petang
  • Buat unjuran garisan bayang objek tegak tersebut menghala ke arah matahari.
  • Garisan tersebut menunjukkan arah kiblat yang sebenar.

Unjuran garisan bayang objek tegak tersebut perlu dibuat menghala ke matahari. Garisan tersebut menunjukkan arah kiblat yang sebenar.


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!