Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dijadual berakhir Isnin ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, dengan pelanjutan tempoh PKPP, tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342 masih boleh diambil.

“Ini adalah untuk memastikan semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan protokol kesihatan yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan khas mengenai perkembangan terkini PKPP yang disiarkan di televisyen tempatan malam ini.

Pada 7 Jun lepas, Perdana Menteri mengumumkan pelaksanaan PKPP sehingga 31 Ogos bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sumber: Awani


Spread the love

3 Comments

  1. Kesedaran bermula daripada diri sendiri. Selagi pandemik COVID-19 masih aktif di seluruh dunia, selagi itu mana-mana negara akan berisiko biar pun pelbagai kawalan ketat dilakukan, lorong tikus selalu menjadi kegunaan penceroboh.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!