Perginya Muhammad Adib meninggalkan kita…

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang parah dipukul ketika insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya bulan lalu disahkan meninggal dunia pada pukul 9.41 malam di Institut Jantung Negara (IJN).

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin di IJN. Muhammad Adib dimasukkan ke IJN akibat mengalami cedera parah selepas diserang susulan insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman pada 27 Nov lalu.

Jenazah Muhammad Adib akan dibawa ke Balai Bomba Hang Tuah pada hari Selasa untuk penghormatan terakhir sebelum dibawa ke Kedah untuk dikebumikan.

IJN melalui satu kenyataan memaklumkan kesihatan Muhammad Adib kembali merosot dengan fungsi paru-parunya yang menurun tahapnya.

Selepas menjalankan penilaian menyeluruh, paru-paru anggota bomba itu didapati menunjukkan tanda-tanda konsolidasi dan pengerasan tisu, justeru menjadikan pertukaran gas tidak berkesan.

Dalam kejadian awal pagi 27 November lalu, Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dipercayai dipukul sekumpulan perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.

Dia dimasukkan ke unit jagaan rapi di Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby, Subang Jaya, kira-kira 1 pagi, sebelum dipindahkan ke IJN, Kuala Lumpur, pada keesokan malamnya.

Al Fatihah.


Spread the love

96 Comments

    1. YUp, orang baik baik, di atas dunia lagi Allah dah tunjukkan balasan yang baik baik kan. Semoga kita semua juga tergolong dlm golongan ini

  1. serahkan pada pihak berkuasa. InsyaAllah kebenaran akan terbongkar jua. Ada pelbagi versi cerita ttg punca kejadian ini

  2. Ada 3 perkara yang menjadi tular dengan isu Adib ini

    1,Isu netizen yang memberi komen tanpa ada rasa senstiviti

    2,kad undangan perkahwninan

    3.video hari jadi arwah

    1. Memang ramai menangis pemergian arwah..katanya arwah seorang insan yang baik semasa hayatnya, tu pasal bila arwah pergi, ramai mengenangkan kebaikan arwah.

  3. Dalam pergaduhan atau rusuhan memang dijangka perkara buruk seperti ini boleh berlaku …

    sebab itu elakkan sama sekali kejadian seperti ini berlaku tidak kira di mana tempat sekalipun

  4. tidak sangka juga anggota bomba pun boleh dipukul oleh pihak perush sedangkan kedatangan mereja untuk memadam api..

    bukan datang untuk meleraikan rusuhan..

  5. insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman memang mengemparkan seluruh negara…

    sampai ke hari ini masyarakat Malaysia masih terkejut..

    semoga tidak berulang lagi pada masa yang akan

  6. sehingga ke hari ini isu Adib masih panas di media sosial..

    paling kasihan keluarganya dan apakan daya takdir Illahi tiada siapa yang mampu melawannya.

    1. Pasti ada hikmah di sebalik kejadian ini. Moga keluarga arwah Muhd Adib redha menerima ketentuan drp Allah ini

  7. Tahun ini sahaja dah berapa orang penjawat awam pergi meninggalkan kita. They died as a Hero. Semoga arwah tenang di sana. Amin

    1. perginya mereka ketika bertugas merupakan pengorbanan yang besar nilainya kepada rakyat negara ini..semoga roh para pejuang negara ditempatkan bersama-sama orang yang beriman

  8. Semoga rohnya tenang dan keadilan yang telus perlu diberikan kepada hero muda berkenaan yang sanggup mengorbankan nyawa demi melaksanakan tugas,

    1. anggota bomba memang dilatih untuk menyelamatkan orang lain sehingga tidak memikirkan keselamatan diri sendiri..

      tidak semua oramg sanggup memikul tanggungjawab ini..

      memang berat dan mulia

  9. Hari yang suram buat negara Malaysia. Al fatihah semoga arwah Muhammad Adib ditempatkan dikalangan orang yang beriman..Allahuakbar

    1. semua kita akan pergi mengadap Illahi..

      yang berbeza cara,bila dan dimana..

      namun bagi arwah Adib memang dikenang sebagai hero sepanjang zaman

  10. Walaupun tak mengenali Adib namun pemergiannya seperti kehilangan ahli keluarga sendiri. Semoga roh beliau dicucuri rahmat

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!