Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang parah dipukul ketika insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya bulan lalu disahkan meninggal dunia pada pukul 9.41 malam di Institut Jantung Negara (IJN).
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin di IJN. Muhammad Adib dimasukkan ke IJN akibat mengalami cedera parah selepas diserang susulan insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman pada 27 Nov lalu.
Jenazah Muhammad Adib akan dibawa ke Balai Bomba Hang Tuah pada hari Selasa untuk penghormatan terakhir sebelum dibawa ke Kedah untuk dikebumikan.
IJN melalui satu kenyataan memaklumkan kesihatan Muhammad Adib kembali merosot dengan fungsi paru-parunya yang menurun tahapnya.
Selepas menjalankan penilaian menyeluruh, paru-paru anggota bomba itu didapati menunjukkan tanda-tanda konsolidasi dan pengerasan tisu, justeru menjadikan pertukaran gas tidak berkesan.
Dalam kejadian awal pagi 27 November lalu, Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dipercayai dipukul sekumpulan perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.
Dia dimasukkan ke unit jagaan rapi di Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby, Subang Jaya, kira-kira 1 pagi, sebelum dipindahkan ke IJN, Kuala Lumpur, pada keesokan malamnya.
Al Fatihah.
96 Comments
Yg sedihnya, ada yg menokok tambah cerita adib ni semata mata utk dpt jumlah likes
Khabarnya adib seorang yg baik dan disenangi oleh rakan rakan bombanye. Kalaau org yg baik meninggal psti akan di kenang
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
YUp, orang baik baik, di atas dunia lagi Allah dah tunjukkan balasan yang baik baik kan. Semoga kita semua juga tergolong dlm golongan ini
serahkan pada pihak berkuasa. InsyaAllah kebenaran akan terbongkar jua. Ada pelbagi versi cerita ttg punca kejadian ini
betull. msing masing tak nak mengaku salah. kita tunggu sahaja siasatan dan perintah mahkamah
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
tu la..kena tunggu siasatan. jangan kita buat andaian sendiri. Boleh memburukkan lagi keadaan
Dah macam macam kits dgn ttg isu ini. Lebih baik serahkan pada yg berkuasa.
Ada 3 perkara yang menjadi tular dengan isu Adib ini
1,Isu netizen yang memberi komen tanpa ada rasa senstiviti
2,kad undangan perkahwninan
3.video hari jadi arwah
Memang ramai menangis pemergian arwah..katanya arwah seorang insan yang baik semasa hayatnya, tu pasal bila arwah pergi, ramai mengenangkan kebaikan arwah.
Orang baik ni selalu dijemput awal. Tapi, dia pastinya sudah bahagia disisi Allah.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Video hari jadi tu buat saya sebak. Kalau kwn kawan raikab birthday mesti dia seorang yg disenangi
Jenazah Muhammad Adib dibawa ke Kedah menggunakan helikopter bomba…
diberitakan urusannya tersebut berjalan dengan lancar
Ye, pada hari tu juga cuaca mendung mengiringi seolah-olah sedih akan pemergiannya
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Dalam pergaduhan atau rusuhan memang dijangka perkara buruk seperti ini boleh berlaku …
sebab itu elakkan sama sekali kejadian seperti ini berlaku tidak kira di mana tempat sekalipun
Yang pilu, mereka ini adalah bomba yang bertugas tetapi turut diserang serta diperlakukan sesuka hati mengikut undang undang sendiri.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Sebab itulah polis tak galakkan perhimpunan. Takut nnti perkara mcm ni berlaku
tidak sangka juga anggota bomba pun boleh dipukul oleh pihak perush sedangkan kedatangan mereja untuk memadam api..
bukan datang untuk meleraikan rusuhan..
Tu lah. Semua nak dihentamnya.
Tak pasal pasal menyebabkan kematian orang lain. Undang undang sendiri bahaya.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman memang mengemparkan seluruh negara…
sampai ke hari ini masyarakat Malaysia masih terkejut..
semoga tidak berulang lagi pada masa yang akan
Hairan kan. Ada juga manusia yang suka cetuskan masalah dan pergaduhan sesama kaum di Malaysia ni
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
sehingga ke hari ini isu Adib masih panas di media sosial..
paling kasihan keluarganya dan apakan daya takdir Illahi tiada siapa yang mampu melawannya.
Takdir Tuhan tiada siapa dapat melawannya. Semoga Allah kurniakan darjat yang tinggi kepada arwah Adib
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Pasti ada hikmah di sebalik kejadian ini. Moga keluarga arwah Muhd Adib redha menerima ketentuan drp Allah ini
Tahun ini sahaja dah berapa orang penjawat awam pergi meninggalkan kita. They died as a Hero. Semoga arwah tenang di sana. Amin
perginya mereka ketika bertugas merupakan pengorbanan yang besar nilainya kepada rakyat negara ini..semoga roh para pejuang negara ditempatkan bersama-sama orang yang beriman
Belum reda lagi kes bomba 6 orang tu meninggal ketika menjalankan tugas, ini ditambah lagi dengan pemergian Adib.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
sangat menyedihkan apabila mereka maut ketika menjalankan tugas untuk kita semua.. semoga mereka tenang di sana
Yup. Pemergian mereka ditangisi oleh majoriti rakyat Malaysia. Semoga roh mereka tenang di sana
Semoga rohnya tenang dan keadilan yang telus perlu diberikan kepada hero muda berkenaan yang sanggup mengorbankan nyawa demi melaksanakan tugas,
anggota bomba memang dilatih untuk menyelamatkan orang lain sehingga tidak memikirkan keselamatan diri sendiri..
tidak semua oramg sanggup memikul tanggungjawab ini..
memang berat dan mulia
Hari yang suram buat negara Malaysia. Al fatihah semoga arwah Muhammad Adib ditempatkan dikalangan orang yang beriman..Allahuakbar
semua kita akan pergi mengadap Illahi..
yang berbeza cara,bila dan dimana..
namun bagi arwah Adib memang dikenang sebagai hero sepanjang zaman
Cara pemergiannya tragis tetapi pengakhirannya disisi Allah tiada siapa yang tahu. Semoga dikurniakan syurga buatnya.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Walaupun tak mengenali Adib namun pemergiannya seperti kehilangan ahli keluarga sendiri. Semoga roh beliau dicucuri rahmat
Ramai yang terasa dengan kehilangan Muh Adib.. pasti semasa hayatnya ,beliau seorang yang sgt disenangi ramai
Comments are closed.