Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang parah dipukul ketika insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya bulan lalu disahkan meninggal dunia pada pukul 9.41 malam di Institut Jantung Negara (IJN).
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin di IJN. Muhammad Adib dimasukkan ke IJN akibat mengalami cedera parah selepas diserang susulan insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman pada 27 Nov lalu.
Jenazah Muhammad Adib akan dibawa ke Balai Bomba Hang Tuah pada hari Selasa untuk penghormatan terakhir sebelum dibawa ke Kedah untuk dikebumikan.
IJN melalui satu kenyataan memaklumkan kesihatan Muhammad Adib kembali merosot dengan fungsi paru-parunya yang menurun tahapnya.
Selepas menjalankan penilaian menyeluruh, paru-paru anggota bomba itu didapati menunjukkan tanda-tanda konsolidasi dan pengerasan tisu, justeru menjadikan pertukaran gas tidak berkesan.
Dalam kejadian awal pagi 27 November lalu, Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dipercayai dipukul sekumpulan perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.
Dia dimasukkan ke unit jagaan rapi di Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby, Subang Jaya, kira-kira 1 pagi, sebelum dipindahkan ke IJN, Kuala Lumpur, pada keesokan malamnya.
Al Fatihah.
96 Comments
2018 adalah tahun yang menyedihkan bagi JBPM. Dia (Allahyarham) sepatutnya melangsungkan perkahwinan minggu ini dan berharap tunangnya kuat dan terus bersabar dengan dugaan.
Semoga keluarga dan tunang tersayang diberikan kekuatan dalam menempuhi dugaan yang besar ini.
sebak melihat bagaimana bomba malaysia mengebumikan adib.. malah seluruh rakyat malaysia juga mendoakan kesejahteraannya
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
Sedih kan tengok acara pengkebumian tuh. Alhamdullilah ramai yang mengiringan dia masa di di kebumikan. damailah dikau di sana wahai sang wira merah.
seluruh rakyat malaysia mendoakan kesejahteraan arwah adib.. mulia sungguh.. matinya seorang hero
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
Ya Allah, Kau permudahkan lah urusannya di alam barzakh.
Semoga asbabnya berkhidmat kepada masyarakat membolehkannya masuk ke syurga dengan rahmat-Mu
Subhanallah ramainya orang mendoakan kematiannya.
Saya mencemburui apakah amalannya semasa hayatnya didunia ini.
Hanya Adib yang tahu siapa yang pukul dia. Dan tentunya yang paling tahu adalah Allah. Kalau pelakunya terlepas atas muka bumi ini. Allah pasti tidak akan lepaskan di akhirat nanti.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Kurang Dua tahun Bisnes Di Ebay Sudah Kumpul RM145,291!
Betul.
Dia membawa bersama bukti dengan kematiannya.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Huwaaa.. sedihnya bila mengenangkan masa dia kena pukul tuh, allahu sakit sungguh lah. Dah ler reramai yang memukul dia… allahhuuu akbar…
Betul tu. Rakyat Malaysia sekarang ni tengah sakit. Masyarakat kita sakit. Sampai bila agaknya isu perkauman mcm ni nak habis.
perkara ini sudah pun berlaku dan kes Adib akan menjadi lipatan sejarah bahawa kes rusuhan bukan perkara yang bagus ..
janganlah berulang lagi kerana ia memberi imej yang negatif kepada rakyat di negara ini sendiri
dalam keadaan yang kelam kabut dan sukar memang rasa kemanusiaan hilang ..
sebab itu kes pembunuhan boleh berlaku..
moga kes seperti ini tidak berulang lagi
betul tu tuan. terlepas di muka bumi tidak bermaksud akn terlepas di akhirat sana.. semoga kes ini dapat diselesaikan dengan baik
Mereka yang bertanggungjawab mesti didakwa segera. Jika dibiarkan lama-lama, rakyat akan marah. Mungkin rakyat tidak merusuh, mereka akan protes di peti undi.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Kurang Dua tahun Bisnes Di Ebay Sudah Kumpul RM145,291!
keadilan untuk Adib mesti dilakukan segera.
tujuannaya agar menjadi pengajaran dan tauladan kepada orang ramai bahawa jangan mengambil undang-undang di tangan sendiri
Ramai yang suka buat undang-undang sendiri, sampaikan orang yang tak bersalah oun jadi mangsa.
Tragis sungguh .
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Mesti ditegakkan keadilan untuk arwah. Beliau pergi untuk berbakti tetapi diserang bertubi tubi sehingga cedera teruk
Betul!
Keadilan untuk Muhammad Adib.
Pemergiannya mesti mendapat pembelaan sepatutnya.
Jika tidak, rakyat marah berdendam dengan kerajaan.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
betul tu. Rakyat sangat marah dengan apa yang terjadi pada Muhd Adib. Pihak berkuasa perlu lakukan sesuatu
Curahan rasa JMR @ ..Aktiviti Hujung Minggu Di Kampung, Lebih Dekat Dengan Alam.
Perginya diiringi doa seluruh rakyat Malaysia. InShaAllah matinya tidak dihisab. Tempatnya di Jannah.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Kurang Dua tahun Bisnes Di Ebay Sudah Kumpul RM145,291!
Kehilangan yang dirasai. Salam takziah buat keluarga arwah. Pasti ada hikmah di sebalik semua ini
Al Fatihah untuk arwah dan salam takziah untuk keluarga …
kejadian yang menimpa Adib ini memberi satu peringatan kepada kita bahawa demi tugas nyawa sanggup di pertaruhkan.
semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan bersama orang-orang beriman ..
aamiin
kalau buka media sosial hari ini pasti akan dipenuhi dengan ucapan takziah kepada keluarga arwah dan tunangnya.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
Harap tunangnya bersabar. Juga orang tua arwah. Ada hikmah kematian ini. Hanya Allah yang tahu, manusia tidak tahu.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Kurang Dua tahun Bisnes Di Ebay Sudah Kumpul RM145,291!
Kesian tenglk tunang arwah. Ujian dan cabaran yang berat bagi dia, apatah lagi tarikh perkahwinan yang dirancang begitu hampir
tahun 2018 merupakan tahun yang menyedihkan buat anggota bomba.. baru tempoh hari kita kehilangan 6 anggota yg mati lemas
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
Itulah, abang saya bomba Selangor kehilangan banyak anggota bawahannya tahun ni.
Walau mereka bukan ahli keluarga tapi kehilangannya turut dirasai.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Seluruh negara bersedih. Yang tiada hati nurani sahaja tidak terasa apa-apa akan peristiwa ini.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Kurang Dua tahun Bisnes Di Ebay Sudah Kumpul RM145,291!
Wira kebanggaan negara.
Perginya dikala menjalankan tugas kepada masyarakat.
Semoga diampunkan dosanya.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Sesungguhnya Allah sangat menyanyangi Muhammad Adib.
Kita kehilangan sebutir permata yang banyak beri sumbangan pada masyarakat.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
kan..arwah dikatakan seorang yang sangat baik semasa hayat. siap belikan myvi baru utk ibu bapa guna.
Comments are closed.