Perginya Muhammad Adib meninggalkan kita…

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang parah dipukul ketika insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya bulan lalu disahkan meninggal dunia pada pukul 9.41 malam di Institut Jantung Negara (IJN).

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin di IJN. Muhammad Adib dimasukkan ke IJN akibat mengalami cedera parah selepas diserang susulan insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman pada 27 Nov lalu.

Jenazah Muhammad Adib akan dibawa ke Balai Bomba Hang Tuah pada hari Selasa untuk penghormatan terakhir sebelum dibawa ke Kedah untuk dikebumikan.

IJN melalui satu kenyataan memaklumkan kesihatan Muhammad Adib kembali merosot dengan fungsi paru-parunya yang menurun tahapnya.

Selepas menjalankan penilaian menyeluruh, paru-paru anggota bomba itu didapati menunjukkan tanda-tanda konsolidasi dan pengerasan tisu, justeru menjadikan pertukaran gas tidak berkesan.

Dalam kejadian awal pagi 27 November lalu, Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dipercayai dipukul sekumpulan perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.

Dia dimasukkan ke unit jagaan rapi di Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby, Subang Jaya, kira-kira 1 pagi, sebelum dipindahkan ke IJN, Kuala Lumpur, pada keesokan malamnya.

Al Fatihah.


Spread the love

96 Comments

  1. 2018 adalah tahun yang menyedihkan bagi JBPM. Dia (Allahyarham) sepatutnya melangsungkan perkahwinan minggu ini dan berharap tunangnya kuat dan terus bersabar dengan dugaan.

  2. Semoga keluarga dan tunang tersayang diberikan kekuatan dalam menempuhi dugaan yang besar ini.

    1. Sedih kan tengok acara pengkebumian tuh. Alhamdullilah ramai yang mengiringan dia masa di di kebumikan. damailah dikau di sana wahai sang wira merah.

    1. Huwaaa.. sedihnya bila mengenangkan masa dia kena pukul tuh, allahu sakit sungguh lah. Dah ler reramai yang memukul dia… allahhuuu akbar…

    2. Betul tu. Rakyat Malaysia sekarang ni tengah sakit. Masyarakat kita sakit. Sampai bila agaknya isu perkauman mcm ni nak habis.

    3. perkara ini sudah pun berlaku dan kes Adib akan menjadi lipatan sejarah bahawa kes rusuhan bukan perkara yang bagus ..

      janganlah berulang lagi kerana ia memberi imej yang negatif kepada rakyat di negara ini sendiri

    4. dalam keadaan yang kelam kabut dan sukar memang rasa kemanusiaan hilang ..

      sebab itu kes pembunuhan boleh berlaku..

      moga kes seperti ini tidak berulang lagi

    5. betul tu tuan. terlepas di muka bumi tidak bermaksud akn terlepas di akhirat sana.. semoga kes ini dapat diselesaikan dengan baik

    1. keadilan untuk Adib mesti dilakukan segera.

      tujuannaya agar menjadi pengajaran dan tauladan kepada orang ramai bahawa jangan mengambil undang-undang di tangan sendiri

  3. Al Fatihah untuk arwah dan salam takziah untuk keluarga …

    kejadian yang menimpa Adib ini memberi satu peringatan kepada kita bahawa demi tugas nyawa sanggup di pertaruhkan.

    semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan bersama orang-orang beriman ..

    aamiin

      1. Kesian tenglk tunang arwah. Ujian dan cabaran yang berat bagi dia, apatah lagi tarikh perkahwinan yang dirancang begitu hampir

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!