Perginya Muhammad Adib meninggalkan kita…

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang parah dipukul ketika insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya bulan lalu disahkan meninggal dunia pada pukul 9.41 malam di Institut Jantung Negara (IJN).

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin di IJN. Muhammad Adib dimasukkan ke IJN akibat mengalami cedera parah selepas diserang susulan insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman pada 27 Nov lalu.

Jenazah Muhammad Adib akan dibawa ke Balai Bomba Hang Tuah pada hari Selasa untuk penghormatan terakhir sebelum dibawa ke Kedah untuk dikebumikan.

IJN melalui satu kenyataan memaklumkan kesihatan Muhammad Adib kembali merosot dengan fungsi paru-parunya yang menurun tahapnya.

Selepas menjalankan penilaian menyeluruh, paru-paru anggota bomba itu didapati menunjukkan tanda-tanda konsolidasi dan pengerasan tisu, justeru menjadikan pertukaran gas tidak berkesan.

Dalam kejadian awal pagi 27 November lalu, Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dipercayai dipukul sekumpulan perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.

Dia dimasukkan ke unit jagaan rapi di Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby, Subang Jaya, kira-kira 1 pagi, sebelum dipindahkan ke IJN, Kuala Lumpur, pada keesokan malamnya.

Al Fatihah.


Spread the love

96 Comments

  1. Salam takziah untuk keluarga arwah.. diharap pihak berkuasa dapat membongkat kisah sebenar sehingga meragut nyawa Muhd Adib ini.

  2. Harap harap mereka yang melakukan perkara tak elok kat arwah menerima balasan yang setimpalnya.

  3. Berita sedih untuk rakyat Malaysia yang mana inginkan Adib kembali pulih tapi Allah lebih menyanyanginya.

    1. Allahuakbar, sedih sungguh dapat berita nih. Semoga rohnya di tempatkan di kalangan mereka mereka yang beriman. ameen.

      1. aamiin dan semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT.

        kita juga berharap pihak yang bertanggungjawab di atas kecelakaan Adib segera diadili …

        jalankan siasatan terperinci dan jangan biarkan ia berulang lagi pada masa yang akan datang

    2. Takleh bayangkan kesediahan tunangnya. Tengok gambar masa pengebumian arwah, bengkak teruk matanya akibat menangis

    1. Anggota penyelamat pula yang menjadi mangsa kegeraman perusuh perusuh ini. apa lah dosa mereka sampai di perlakukan sedemikian rupa.

    2. YUp, tugas seorang ahli memang sangat mencabar. Tapi tak patutlah dia diperlakukan sebegitu. Tak fahm gak aishhhhh

    1. Begitu besar pengorbanan anggot bomba. Lepas ni, kerajaan bolehlah buat sesuatu untuk lebih menjaga kebajikan mereka.

    2. Sangat sedih sungguh dapat berita nih. Semoga rohnya di tempatkan di kalangan mereka mereka yang beriman. Ada hikmah. Allahuakbar..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!