Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
cukup meriah dengan Hari Peladang, Penternak & Nelayan 2017 (HPPN2017) bersama #YouCanDuit peringkat negeri Perlis bermula 24 sehingga 27 Ogos 2017. Ramai pengunjung hadir melihat sektor agro yang tidak kurang pentingnya di utara tanahair ini.
Dan ramai juga pengusaha-pengusaha di gerai jualan yang menyertai HPPN2017 ini di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra. Di antara yang menarik perhatian adalah pengusaha skarf dan biskut, Puan Saidatul Nadila Saad dari Pendang.
Beliau yang baru menceburkan diri dalam bidang perniagaan ini empat bulan lalu setelah berhenti kerja di Gurun, Kedah. Minat yang mendalam terhadap bidang tersebut membuatkan beliau mewujudkan Syaisya Modern Scarf di mana rekabentuknya daripada ilham beliau sendiri.
Bermula dengan perniagaan di rumah, Puan Saidatul menguruskan sendirian dibantu oleh suami yang memberikan sokongan. Untuk langkah awal, beliau telah membuka akaun instagram dan memasarkan juga secara atas talian. Kesedaran tentang permintaan atas talian ini semakin tinggi di kalangan peniaga kerana ia dapat meluaskan pendapatan di samping secara offline.
Puan Saidatul yang melihat #YouCanDuit sebagai ‘pucuk dicita ulam mendatang’ kerana selama ini memang memerlukan khidmat dan tunjukajar dalam bidang yang diceburi. Teruja dengan program #eUsahawan itu, beliau tanpa lengah terus mendaftar program yang dibawa oleh MDEC untuk menambahbaik perniagaan yang sedang berjalan.
Buat permulaan ini, produk biskut yang diusahakan banyak dihantar secara ‘Cash On Delivery’ bagi menambah pengalaman bersama pelanggan.
Optimis dengan perniagaan secara atas talian ini, Puan Saidatul berharap pada suatu hari nanti akan dapat melebarkan sayap perniagaannya tanpa sempadan batasan negeri. Beliau melihat teknik pemasaran #eUsahawan adalah sesuatu yang amat baik serta perlu belajar kerana pencapaian dan disiplin adalah penting untuk penghasilan jualan.
Impian beliau untuk menjadikan Saisya Exclusive ini sesuatu yang mampu milik oleh ramai orang dengan kualiti yang ada pada produk setanding di pasaran dunia. Bagi yang ingin melihat dan membuat belian biskut serta shawl, boleh ke Saiya.Exclusive
36 Comments
terima kasih udah di share artikel nya menarik dan menginsfirasi
Curahan rasa grosir gamis murah bekasi @ ..0812-8811-9011, GROSIR GAMIS TANAH ABANG, HARGA MURAH BERKUALITAS
janji berani mencuba dan usaha sungguh-sungguh.
insya Allah boleh capai apa yang kita nak.
Mintak aje pada Allah.
Curahan rasa titan @ ..Cuti Rehat KHAS
Kreativiti dan unik dalam merekabentuk shawl memang menjadi pilihan untuk peminat shawl.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Asid Lemak Omega 6 Hasilkan Hormon Prostaglandin untuk Tingkatkan Sistem Imun
Kaum wanita tak cukup dengan 5 helai tudung, mesti nak ada lebih 😊
Curahan rasa Ikhwan @ ..8 Hartanah Dengan Kerja Minyak Dan Gas
kreatif la pulak jual tudung dalam gelas tu.. macam macam sekarang ni.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Titian Cinta di Tv3
Kreatif dan bijak seller zaman sekarang. Semoga terus maju jaya dan pertingkatkan lagi mutu jualan itu.
Curahan rasa Ainun Kalisah @ ..Mak Surirumah, Ayah Kena Strok. Apa Yang Pelajar Ni Buat Untuk Sambung Belajar
unik dan kreatif kemasan hijabnya, moga makin berjaya usaha jual hijabnya
Curahan rasa ade sunandar @ ..Agen ICP Capsule Makassar
sekarang trending untuk bisnes fesyen seperti Shawl..
semoga mereka yang terlibat terus sukses dalam platform digital ini..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Tahniah Jurulatih eUsahawan Sarawak Edisi Kenyalang 2017
bisnes hijab adalah antara bisnes yg paling mendapat sambutan sekarang. peniaga atau pereka wajar sertai kursus mcm ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem IT 2017
Comments are closed.