Perdana Menteri Lancarkan Tabung Covid-19

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Kredit gambar: MalaysiaGazette

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelancaran Tabung COVID-19 bagi membantu pesakit yang terjejas.

Kabinet memberi tumpuan kepada Wabak COVID-19 yang melanda dunia ketika ini. Satu tabung COVID-19 Akan dilancarkan dengan dana awal RM1 juta – PM Muhyiddin

Perdana Menteri berkata, semua pihak sama ada orang ramai dan syarikat diminta menyumbang kepada tabung berkenaan yang akan diagihkan semula kepada pihak yang memerlukan.

Dana yang dikutip melalui tabung berkenaan bakal disalurkan kepada pesakit yang tidak dapat bekerja kerana dikuarantin.

Turut hadir ke masjlis pelancaran tersebut adalah Menteri Kanan; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Alam Sekitar, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Baca: Beberapa langkah mengekang jangkitan koronavirus

Majlis dilancarkan di Bangunan Perdana Putra hari ini.

Setakat ini, seramai 129 pesakit COVID-19 dikesan di Malaysia dengan pertambahan dari hari ke hari akibat penyebaran melalui kontak rapat.

Sumber: Bernama


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!