Peraturan guna cermin gelap bermula 8 Mei, RM5000 untuk pengecualian yang diluluskan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kementerian Pengangkutan telah mengumumkan pindaan terbaru bagi peraturan penggunaan cermin gelap ke atas kenderaan motor. Menurut Anthony Loke, peraturan baharu ini bakal dikuatkuasakan mulai 8 Mei 2019, tetapi penguatkuasaan terhadapnya hanya akan bermula tiga bulan selepas tarikh ia dikuatkuasakan tersebut.

Peraturan sedia ada sebelum ini menetapkan peratusan ketelusan cahaya (VLT) bagi cermin depan utama kenderaan ialah 70%, untuk cermin tepi kiri dan kanan pemandu pula ialah 50% manakala cermin tepi kiri dan kanan serta cermin belakang (penumpang belakang) ialah 30%.

Pindaan yang telah dibuat adalah bertujuan untuk meningkatkan aspek ketelusan dalam proses pertimbangan ke atas permohonan menggunakan cermin yang lebih gelap di samping menyumbang untuk meningkatkan hasil pendapatan kerajaan.

Pindaan ini akan melibatkan perkara-perkara utama iaitu pindaan ke atas VLT menerusi cermin tepi kiri dan kanan penumpang belakang serta cermin belakang. Pada masa ini, peraturan semasa menetapkan bahawa VLT bagi cermin tepi kiri dan kanan penumpang belakang serta cermin utama di belakang adalah pada kadar 30%.

Berdasarkan pindaan tersebut, ia akan membenarkan penggunaan lapisan cermin gelap yang mana VLT menerusi cermin sisi kiri dan kanan penumpang serta cermin belakang kenderaan boleh kurang daripada 70% cahaya tampak dengan syarat bahawa kenderaan itu dilengkapi dengan cermin sisi pandang belakang di kanan dan kiri (side mirrors). Walau bagaimana pun, VLT pada cermin hadapan dan cermin sisi kanan dan kiri pemandu adalah masih kekal seperti sedia ada.

Kebenaran ini hanyalah untuk kenderaan motor milik persendirian sahaja. Kenderaan motor yang didaftar dan digunakan untuk pengangkutan awam dan barangan, VLT tidak boleh kurang daripada 70%.

Ini bermaksud, cermin selain daripada cermin hadapan dan cermin tepi kiri dan kanan pemandu boleh kurang daripada 70% cahaya tampak ataupun kurang daripada 30% berdasarkan peraturan semasa, dengan syarat terdapat dua cermin side mirror (kiri dan kanan) dipasang pada kenderaan tersebut.

Permohonan dan pemprosesan serta kelulusan bagi penggunaan cermin yang lebih gelap akan dikenakan yuran khas atau fi bagi meningkatkan hasil kerajaan. Anggaran pendapatan setahun daripada fi ini adalah dalam lingkungan RM6 juta setahun kepada kerajaan.

Loke berkata, “Mana-mana individu boleh memohon untuk menggunakan cermin yang lebih gelap (sama ada menerusi penggunaan lapisan filem atau penggunaan kaca yang lebih gelap) yang menjadikan peratusan cahaya tampak adalah kurang berbanding peraturan (atau lebih gelap) atas sebab-sebab yang khusus seperti faktor keselamatan atau faktor kesihatan.

Bagi setiap permohonan yang dikemukakan di atas faktor keselamatan, akan dikenakan fi perkhidmatan sebanyak RM50 bagi setiap permohonan. Manakala setiap permohonan yang diluluskan pula akan dikenakan fi sebanyak RM5,000.

Setiap kelulusan yang diberikan adalah untuk tempoh selama dua tahun. Individu yang telah diluluskan bagi penggunaan cermin lebih gelap hendaklah memohon semula apabila tempoh sah laku tamat dan akan dikenakan fi yang sama dalam setiap permohonannya.

Walau bagaimana pun, permohonan pengecualian di atas faktor kesihatan hendaklah mendapat pengesahan bertulis daripada pakar perubatan Kerajaan dan akan dikecualikan daripada sebarang bayaran.


Spread the love

3 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!