Penzinaan Selepas Bercerai

Spread the love

Adakah dibenarkan bersetubuh jika perceraian masih belum disahkan di mahkamah?

Apabila berlaku perceraian, setiap pasangan perlu mengambil berat soal hak dan tanggungjawab serta perkara yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan agar tidak terjerumus melakukan perkara bertentangan hukum syarak.

Antara perkara penting wajib diketahui berkaitan hukum talak dan rujuk berserta prosedurnya mengikut ketetapan mahkamah syariah.

Dalam perkahwinan yang sah, seorang suami mempunyai hak menceraikan isterinya tiga kali. Perceraian pertama dan kedua masih boleh dirujuk selagi mana masih dalam tempoh ʿiddah.

Baca : Kriteria Perempuan Yang Lelaki Suka Untuk Dijadikan Isteri

Sekiranya tempoh ʿiddah tamat, suami tidak boleh rujuk isterinya kembali melainkan perlu mengulang semula akad nikah berserta maharnya sekali seperti perkahwinan pertama kali.

Daripada segi hukum syarak, sejurus sahaja talak diucapkan, maka talak satu jatuh serta-merta tidak kira sama ada lafaz talak diucapkan di mahkamah ataupun luar mahkamah.

Kesannya, tidak boleh bekas suami tinggal bersama isteri yang diceraikan di dalam satu rumah apatah lagi melakukan persetubuhan, sama ada talak raji atau talak bain.

Ini kerana, isteri yang ditalak adalah wanita ʿajnabi (asing) kepada bekas suami. Inilah pendapat muktamad disebutkan Imam al- Nawawi Rahimahullah dalam  raudhah al-talibin

Baca : Siapakah suami dan isteri kelak di syurga?

Kekeliruan timbul apabila ada pihak mengatakan talak hanya jatuh apabila dilafazkan di depan hakim di mahkamah tidak di luar. Menjawab kekeliruan ini, persoalan di atas boleh dijawab berdasarkan pembahagian wajib.

Lebih dahsyat apabila kedua-dua pasangan melakukan persetubuhan sedangkan proses rujuk tidak dibuat di dalam tempoh ʿiddah sehingga memberi kesan kepada nasab anak yang lahir.

Jika berlaku, suami dan isteri itu wajib bertaubat kepada Allah SWT kerana terbabit dengan dosa zina.

Berdasarkan keterangan di atas, boleh disimpulkan bahawa haram bagi suami untuk bersetubuh dengan isterinya sepanjang tempoh perceraian walaupun belum mendapat pengesahan mahkamah.

Kuasa mahkamah syariah berperanan sebagai institusi kehakiman dalam melaksanakan dan memelihara hukum syarak sedia ada demi memelihara kebaikan dan kepentingan anggota masyarakat.

Baca : “Isteri amanah ALLAH”, bukan hanya jaga bila suka, ceraikan bila tak suka

Persetubuhan yang terjadi sebelum proses rujuk boleh dianggap sebagai zina. Suami dan isteri itu wajib bertaubat kepada Allah SWT atas keterlanjuran dilakukan.

Akhirnya, apabila suami melafazkan kata-kata meragukan segeralah merujuk ke mahkamah syariah yang berhampiran untuk penerangan lanjut.

Sikap berdiam diri boleh membawa padah pada kemudian hari.

Sumber: Al Kafi li Al Fatawi Mufti Wilayah Persekutuan

Baca : Hargai apa yang kita miliki, isteri bukan bebanan suami


Spread the love

5 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!