Penyakit-penyakit hati

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Hati yang sihat tidak berpenyakit akan memancarkan sinar kebahagiaan pada dirinya, Kerana itulah kita melihat orang yang hatinya sihat akan sentiasa tenang, bahagia, ceria tidak stress, sebagaimana orang yang tubuhnya sihat akan sentiasa gembira, dan bahagia. Itulah yang diinginkan oleh setiap manusia.

Firman Allah di dalam Surah Ar-Ra’d ayat 28 :

13:28

Maksudnya; “Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, Hanya dengan mengingati Allah-lah
hati menjadi tenteram. “

Sebaliknya orang yang hatinya sakit, hatinya sentiasa gelisah dan keluh kesah dalam menghadapi kerenah kehidupan, hidupnya tidak pernah bahagia bahkan sentiasa stress dan tertekan. Keadaan ini disebabkan penyakit yang ada dalam hati mereka.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Penyakit hati ialah sifat-sifat mazmumah yang ada dalam hati rohani manusia. Kita mesti bermujahadah untuk melawan sifat-sifat mazmumah, (penyakit hati yang dihidupkan oleh nafsu) setiap kali ia menyerang kita. Penyakit dalam hati Rohani boleh dibahagikan kepada dua bahagian;

1) Penyakit hati terhadap Allah.
2) Penyakit hati terhadap manusia.

Antara penyakit hati terhadap Allah

1. Lalai dalam beribadah
2. Lalai dari mengingati Allah
3. Ragu-ragu terhadap dengan Allah
4. Tidak ikhlas dengan Allah
5. Tidak takut pada ancaman Allah
6. Tidak harap pada rahmat Allah
7. Tidak redha akan takdir Allah
8. Tidak puas dengan pemberian Allah
9. Tidak sabar atas ujian Allah
10. Tidak syukur atas nikmat Allah
11. Tidak terasa diawasi Allah
12. Tidak terasa hebatnya Allah
13. Tidak rindu dan cinta dengan Allah
14. Tidak tawakal pada Allah
15. Tidak rindu pada syurga dan tidak takut pada neraka
16. Cintakan dunia.
17. Penakut (takut pada selain Allah)
18. Ujub
19. Riak
20. Sukakan pujian dan kemasyhuran

Antara penyakit hati terhadap manusia

1. Benci membenci
2. Gembira atas kesusahan orang lain.
3. Dukacita atas kejayaan orang lain.
4. Harap keburukan terhadap orang lain.
5. Tidak mau minta maaf dan tidak memaafkan orang lain
6. Hasad dengki
7. Dendam
8. Bakhil
9. Buruk sangka
10. Tidak bertolak ansur
11. Tidak bertimbang rasa
12. Rasa Berat Tulang,Tidak tolong-menolong
13. Tamak
14. Degil dan keras hati
15. Mementingkan diri sendiri
16. Sombong
17. Tidak sabar dengan ragam manusia
18. Memandang hina kepada seseorang
19. Riak
20. Ujub
21. Rasa diri bersih dan suci

Semoga Allah SWT memelihara kita semua dari segala sifat yang tidak selayaknya untuk kita peroleh dan memandu kita ke arah redha-Nya InsyaAllah.


Spread the love

5 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!