Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Saban minggu ada sahaja berita mengenai pemandu mabuk di jalan raya. Lebih teruk lagi, ia menyebabkan kemalangan yang melibatkan orang lain. Malah, boleh menjadikan insiden kecederaan dan juga kematian. Haih, Geram je rasa.
Baru-baru ini, pemandu kereta jenis Ford Fiesta yang memandu secara melawan arus di Kilometer 17.5 Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS) berdekatan susur keluar Tol Pajam menghala ke Seremban sehingga mengakibatkan seorang maut pagi tadi disahkan memandu dalam keadaan mabuk.
Disebabkan terlalu banyak kes kecuaian di jalan raya seperti pemandu mabuk sehingga menyebabkan kematian kepada orang lain, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Liew Vui Keong mencadangkan supaya mereka ini dikenakan hukuman penjara selama 20 tahun.
Beliau berkata Kabinet secara prinsipnya bersetuju dengan cadangan Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap pemandu yang membuat kesalahan tersebut.
“Saya serahkan kepada MOT untuk ambil langkah menggubal undang-undang di Dewan Rakyat. Mereka yang cuai atau mabuk kenalah ambil tanggungjawab dan pastikan diberi hukuman setimpal sekiranya didapati bersalah,” katanya kepada media selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2020 Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang).
Pada 29 Jan lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 akan dipinda untuk memberi hukuman lebih berat kepada mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah serta memandu secara berbahaya hingga mengakibatkan kematian.
Loke dilaporkan berkata ia melibatkan pindaan tiga seksyen di bawah APJ 1987 iaitu Seksyen 41, 44 dan 45.
Pada masa ini, pesalah jalan raya yang memandu secara berbahaya dan di bawah pengaruh alkohol dikenakan hukuman mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM20,000.
Ditanya mengenai cadangan pihak tertentu supaya pemandu mabuk yang membabitkan kemalangan maut didakwa mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian tanpa niat, Liew berkata, kesalahan jalan raya adalah tertakluk di bawah APJ 1987.
Menurutnya, ia terpulang kepada budi bicara mahkamah selepas meneliti hujahan pihak pendakwa raya.
Sumber: BERNAMA
4 Comments
Elok sangat la tu, membahayakan pengguna jalan raya yg lain jer. baru ni pun kereta kawan sy pun dilanggar oleh pemandu mabuk.
jika kesalahan yang boleh membahayakan pemandu lain elok letak hukuman berat. spy kita sentiasa beringat dan menjadi iktibar buat pemandu lain
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Seindah Warna Pelangi di Tv3
Kalau sudah melibatkan kematian…patut masuk dalam kes membunuh! Apa pun, sesetengah orang mengatakan ini ‘tulah’ yang menimpa kerajaan. Bukankah dulu mereka janji, bila menang…. kilang arak akan diharamkan?
Curahan rasa ahmadyani @ ..Saloma Link Yang Cantik Jadi Tumpuan Ramai Dan Menjadi Mercu Tanda Terkini Kampung Baru
setuju sangat merbahayakan nyawa orang lain yang tak bersalah. kesian tak pasal2 ja tanggung susah sebab orang bermasalah mcm ni
Curahan rasa sakinah @ ..Cara Buat FB Ads yang Berkesan untuk Newbie
Comments are closed.