Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini sebelum ini. Kali ini Abang nak berkongi kisah benar penipuan umrah tajaan.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Beberapa tahun lepas seorang sahabat kampung dapat pakej umrah special hanya perlu bayar RM3 ribu sahaja selebihnya ditaja oleh seorang Usahawan Dermawan. Alhamdulillah pergerakkan dia lancar pergi dan balik.
Cerita umrah tajaan ini sudah terdengar sejak beberapa tahun lepas, ada yang kata orang politik yang taja dan ada yang kata usahawan yang menaja. Ada juga dengar kes jemaah yang ambil pakej tajaan ini tersangkut di Jeddah atau Madinah kerana tiada tiket nak balik.
Tahun lepas abang mengopi dengan seorang sahabat Patani di Kuala Lumpur. Dia orang Patani yang lahir di Mekah menguruskan hotel di Mekah untuk jemaah umrah. Dia datang KL nak berjumpa seorang Dato yang janji nak bayarkan hotel untuk jemaah umrah tajaan. Dia berhutang lebih RM1 juta dengan hotel. Duit yang dijanjikan oleh Dato tersebut tidak kunjung datang. Ketika Abang jumpa dia sudah tiga hari di KL tapi masih tak dapat berjumpa dengan Dato tersebut. Berbagai alasan yang diberikan oleh Dato tersebut.
Baru-baru ini Abang jumpa seorang pengusaha travel umrah. Dia dan beberapa belas syarikat travel umrah lain dijemput oleh seorang usahawan untuk membentangkan kertas kerja untuk bawa 400 jemaah umrah. Segala kos umrah akan ditaja oleh beliau. Syarikat travel yang datang bukan syarikat baru ada yang sudah berpuluh tahun dan sudah terkenal seluruh Malaysia.
Setelah beberapa kali pembentangan akhirnya syarikat beliau telah terpilih. Dipendekkan cerita maka dia bawalah 400 orang jemaah mengerjakan umrah. Namun setelah mengeluarkan belanja berjuta-juta ringgit membawa jemaah umrah dengan berpegang pada surat perjanjian bahawa usahawan tersebut akan membayar semua kos. Rupanya semua itu hanya sebuah scam. Usahawan tersebut tidak membayar sesen pun pada travel umrah malahan mengenakan bayaran kepada jemaah yang masuk terus kekoceknya.
Bila dianalisa dari kisah pertama, kedua dan ketiga barulah Abang faham cara mereka menipu. Penipuan ini sudah berlaku sejak beberapa tahun lepas dan sedang berlaku dengan janji manis yang mengiurkan.
Syarikat travel umrah tidak dapat berbuat apa-apa kerana semua pembayaran adalah antara syarikat travel dengan pihak yang berkaitan seperti syarikat penerbangan, hotel, syarikat bas dan sebagainya tidak ada lansung dengan individu yang janji untuk menaja tersebut. Manakala majoriti jemaah umrah yang terkena adalah orang-orang kampung yang tidak berani untuk mengambil tindakan.
Semuga tiada lagi penipuan begini terutama untuk ibadah mulia penjadi tetamu ALLAH.
Kalian pernah ke dengar kes begini?
8 Comments
manusia akhir zaman sanggup menipu walaupun dalam bab agama.
kesalahan dan kesilapan kita mungkin percaya perkara yang mudah dan ‘ajaib’
memang ada orang yang sanggup menaja jemaah umrah dan haji secara betul namun jumlah segelintir sahaja.
mereka ini memang kaya luar biasa.
namun jika ada yang sanggup menaja tetapi kekayaan yang tidak pasti lebih baik jangan percaya kerana orang menipu suka mengambil kesempatan kepada mereka hati bersih dan lurus bendul.
Islam mengajar kita untuk berhati-hati untuk mempercayai sesuatu perkara…
cari bukti dan fakta yang sahih
Curahan rasa mrhanafi @ ..Pengalaman guna blog WordPress AMP
Tunggu balasan Allah, jika tidak didunia pastinya DI AKHIRAT. Ingat balasan Allah itu amat pedih.
Sebenarnya orang yang menipu itu telah menjual imannya dengan harga yang sedikit. Kerana kesenangan dunia yang sementara dia menolak kesenangan di syurga.
Curahan rasa ahmadyani @ ..22 Perkara Yang Patut Anda Fikirkan Dulu Sebelum Berhenti Kerja Untuk Buat Bisnes Sepenuh Masa
memang sunggung di sayangkan orang mau beribadah masi aja di tipu juga,memang jaman sekarang orang mencari rezeki dengan cara harapun meraka lakukan asalkan mereka dapat penghasilan.
Banyak sangat sekarang ini penipuan umrah tajaan nih. Dah ada masuk dalam tv cerita pasal kena tipu dengan ejen umrah tuh. So kena hati2. jangan malu untuk mengadu kepada pihak berwajib. kena tengok dan fikir kenapa boleh murah sangat, kemudian kena check betul-betul syarikat nih wujud atau alibaba
Curahan rasa zik @ ..Mengukur menggunakan nombor
Baru2 ayah saya kena tipu dengan penipuan umrah ni? Apa patut saya lakukan? Ayah saya stress hingga masuk hospital…. saya taktau nak buat apa….
Sebaiknya tuan kena buat laporan polis supaya penipu umrah ini dikenakan hukuman yang setimpal dan lebih penting tiada lagi mangsa yg kena.
Curahan rasa Denaihati @ ..5 tips pilih ayam segar di pasar
kok bisanya ya mereka menipu, padahal kan yang ditipu mau beribadah, kalau aku punya ilmu dari jauh, dah kuberi godem tu orang hehehe
Curahan rasa ibrahim @ ..7 Teknik dalam seni Lukis yang Perlu Kamu ketahui
Comments are closed.