Pengeluaran secara dalam talian di myASNB bermula 20 April 2020

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kepada kalian yang ada akaun pelaburan di ASNB kini disediakan fasiliti pengeluaran secara online. Kepada yang sangat-sangat memerlukan bolehlah gunakan fasiliti ini. Kalian boleh mengeluarkan wang pelaburan dalam ASNB secara dalam talian menerusi portal myASNB. Had pengeluaran secara dalam talian ialah RM500 sebulan dari mana-mana akaun unit amanah ASNB anda.

Maklumat lanjut layari : https://www.asnb.com.my/onlineredemption.php

Apakah kemudahan pengeluaran dalam talian @ myASNB?

Kemudahan pengeluaran secara dalam talian @ myASNB ini membolehkan pemegang unit mengeluarkan wang pelaburan dari mana-mana unit amanah ASNB menerusi portal dan aplikasi myASNB. Wang akan dipindahkan dari akaun unit amanah ASNB ke akaun bank pemegang unit.

Berapakah had minimum dan maksimum pengeluaran yang dibenarkan menerusi kemudahan ini?

Had maksimum pengeluaran yang dibenarkan ialah RM500 sebulan, terkumpul dari mana-mana akaun unit amanah ASNB pemegang unit.

Jumlah minimum untuk sekali pengeluaran ialah RM100. Jumlah transaksi dibenarkan sebanyak 3 kali sebulan. Pemegang unit hanya dibenarkan mengeluarkan wang dari akaun sendiri sahaja.

Bilakah kemudahan pengeluaran dalam talian ini dilancarkan?

Kemudahan ini boleh digunakan melalui portal myASNB pada 20 April 2020, manakala aplikasi mudah alih myASNB pada 27 April 2020.

Adakah sebarang caj dikenakan untuk kemudahan ini?

Kemudahan ini adalah PERCUMA sahaja

Adakah pemegang unit boleh mengeluarkan wang mereka dari mana-mana unit amanah ASNB secara dalam talian?

Pemegang unit boleh mengeluarkan pelaburan mereka secara dalam talian dari mana-mana unit amanah ASNB kecuali ASN Equity 5 dan ASN Sara 2.

Apakah waktu urus niaga untuk pengeluaran secara dalam talian?

Sama seperti waktu urus niaga sedia ada myASNB seperti berikut:
– Unit Amanah Harga Tetap: 7:00 pagi-6:00 petang, Isnin – Ahad*
– Unit Amanah Harga Berubah: 7:00 pagi-4:00 petang, Isnin- hingga Ahad*
(*kecuali cuti umum)
Wang anda akan dimasukkan ke akaun bank pada hari berikutnya.

Jika saya belum mendaftar sebagai pengguna myASNB, bolehkah saya menggunakan kemudahan ini?

Tidak boleh. Anda perlu mendaftar sebagai pengguna myASNB terlebih dahulu untuk menggunakan kemudahan ini.

Anda boleh mendaftar dengan mudah di portal myASNB di www.myASNB.com.my. Klik pautan di sini berikut untuk cara-cara mendaftar myASNB.

Sebelum mendaftar, pemegang unit yang belum mengemaskini nombor telefon, perlu berbuat demikian terlebih dahulu di mana-mana cawangan atau ejen ASNB. Sila bawa bersama kad pengenalan anda untuk tujuan pengesahan diri.

Saya terlupa kata laluan dan nama pengguna/ Akaun myASNB saya telah dorman. Bagaimana saya hendak menetapkan semula/ mengaktifkan semula akaun saya?

Untuk sebarang masalah berkaitan myASNB, anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03 – 7730 8899.

Mengapa ASNB membenarkan pemegang unit mengeluarkan wang secara dalam talian?

Kemudahan pengeluaran dalam talian ini ditawarkan selaras saranan kerajaan supaya institusi kewangan mengaplikasikan kemudahan urus niaga digital serta untuk memenuhi permintaan pemegang unit yang inginkan fleksibiliti dalam pengurusan pelaburan mereka.

Pemegang unit bagaimanapun dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan pengeluaran ini dengan bijak dan berhemah serta hanya mengeluarkan wang sekiranya benar-benar memerlukan.

Pelaburan dalam unit amanah sebaiknya dilakukan untuk jangka masa sederhana dan panjang supaya wang yang dilaburkan boleh menikmati kuasa faedah kompaun dan terus berkembang.

Mengapakah pengeluaran dihadkan sebanyak RM500 sahaja sebulan?

Melabur dalam unit amanah sepatutnya dilakukan untuk jangka masa sederhana dan panjang supaya pelabur dapat mengembangkan modal pelaburan mereka, Namun ASNB juga memahami bahawa pelabur memerlukan sumber kewangan pada waktu memerlukan.

Sehubungan itu had pengeluaran maksimum RM500 sebulan adalah satu jumlah yang memadai sebagai sumber kewangan segera pada waktu memerlukan.

Untuk mengeluarkan wang dalam jumlah lebih besar, pemegang unit boleh berbuat demikian di Cawangan atau Ejen ASNB.

ASNB akan sentiasa berusaha memastikan keperluan kewangan pelabur dapat dipenuhi pada setiap masa terutamanya dalam keadaan yang sukar, namun pada masa yang sama kami komited untuk membantu mereka mencapai matlamat pelaburan yang diinginkan.

Cara keluarkan duit ASNB secara online

Baca juga: Cara Memohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Baca juga: Cara Mohon Bantuan RM600 PERKESO Secara Online

Baca juga: i-Lestari KWSP: Cara daftar & permohonan pengeluaran secara online


Spread the love

4 Comments

  1. bila ada kemudahan jangan keluarkan semua, simpan sikit untuk masa depan. Tapi mungkin ramai akan di buang kerja jd boleh guna duit ini sebagai modal utk berniaga tapi kena rujuk yang pakar dan berpengalaman kalau tak habis macam tu jer.

  2. Apa yang saya suka tentang perkhidmatan ini, samada untuk tambah pelaburan. Ya, bagus bila ada tambahan untuk pengeluaran… ialah ia berfungsi pada waktu cuti iaitu sabtu dan Ahad. Bila tiada PKP orang yang bekerja sukar hendak berurusan sebab berada di pejabat. (tidak boleh guna harta pejabat untuk urusan peribadi) jadi hanya boleh buat Sabtu dan Ahad sahaja.
    Curahan rasa ahmadyani @ ..7 Idea Bisnes Dari Rumah Yang Boleh Dilakukan Secara Sambilan Untuk Menambah PendapatanMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!