Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Usahawan dan Pengasas kicap terkenal jenama Jalen, Datuk Ab Jalil Long meninggal dunia pada usia 82 tahun di Hospital Pakar KPJ Puteri di sini, petang semalam.
Berita pemergiannya dikongsikan oleh pihak pengurusan Syarikat Jalen Sdn Bhd kepada umum menerusi satu hantaran dalam laman Facebook rasmi mereka, Kicap Jalen, malam ini.
Hantaran itu menyatakan Ab Jalil menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3.55 petang, namun, tidak menyatakan sebab kematian Allahyarham.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Taman Perkuburan Taman Kebun Teh di sini selepas waktu solat isyak.
Menerusi maklumat dalam laman sesawang syarikat itu, Jalen Sdn Bhd memulakan operasi perniagaannya pada November 1981 sebagai Jalil Enterprise.
Aktiviti utama syarikat berkenaan ketika itu ialah untuk membekalkan secara kontrak kicap yang diberi jenama Habhal.
Bagaimanapun, perjanjian telah ditamatkan pada November 1986, mengakibatkan syarikat terpaksa bergerak sendiri sebelum akhirnya berjaya memulakan era baharu pada Ogos 1988 iaitu membekalkan kicap dengan nama baharu, Kicap JALEN di pasaran.
Ibu pejabat dan kilang Jalen beroperasi di Jalan Kempas Lama, Kampung Sinaran Baru, Skudai, di sini dan kini produk syarikat itu tidak hanya terikat kepada kicap semata-mata malah turut mencakupi sos tomato, sos cili, sos tiram, cuka, dan kordial berbagai perisa seperti oren, sirap ros, barli, laici dan lain-lain.
Kredit: Bernama
5 Comments
Jalen, jenama yang terkenal. Satu yang boleh diambil pengajaran… bina jenama sendiri! Walaupun ambil kontrak keluarkan jenama orang…bina jenama sendiri juga. Bila pemilik jenama mahu pindahkan kilang pengeluaran…kilang kita sudah ada jenama yang boleh dipasarkan.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Saloma Link Yang Cantik Jadi Tumpuan Ramai Dan Menjadi Mercu Tanda Terkini Kampung Baru
jenama kicap Jalen popular kerana iklan dan ia juga merupakan produk yang bermutu tinggi
Curahan rasa mrhanafi @ ..Kisah nostalgia disebalik ayam goreng
semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.
Banyak jasa beliau untuk umat Islam Malaysia
Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang2 beriman .
Beliau banyak memberi sumbangan kepda kita dengan pengeluaran produk kicapnya dan produk2 yg lain yg sering digunakan didalam masakan .
Produk kicap jalen haruskan disupport kerana ia keluaran muslim
Curahan rasa sakinah @ ..Travel Baby Set Tasneem Barangan yang Harus Dibawa semasa Travel bersama Bayi
Semoga bakti sumbangan beliau dalam keusahawanan dapat dimanfaatkan selama lamanya. Banyak produk beliau dilihat di kedai kedai makan dan restoran Melayu terutamanya kicap Jalen.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Tanah Achi Jaya 29833.32 Ekar Untuk Dijual
Comments are closed.