Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan pengarah penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), menjadikannya individu ke-9 ditahan dalam kes melindungi perniagaan haram dan perjudian di Sungai Buloh setakat ini.
Lelaki berusia 59 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM 10 pagi tadi dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok pagi untuk mendapatkan perintah reman.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu, tetapi enggan mengulas lanjut.
Terdahulu, 3 lagi anggota penguatkuasa MBSA direman 6 hari kerana disyaki menjadi sebahagian daripada sindiket perlindungan kendalian anggota penguatkuasa yang mengutip bayaran bulanan daripada perniagaan haram.
Difahamkan, pegawai berkenaan akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.
Sebelum ini, tular dua klip video dibuat oleh secara langsung oleh pentadbir akaun Facebook Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, 42, atau dikenali sebagai Asri Janggut, mendakwa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap premis perniagaan haram dan perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh.
Wallahua’alam.
3 Comments
Dah sekian lama orang berjudi di situ, maknanya dah ramai orang yang makan duit suapan tauke judi.
Curahan rasa Ikhwan @ ..4 Langkah Buat Dropship USD 7 Ribu Seminggu
Ramai yang dah kena ni. Bersangkut paut. Baguslah juga banteras rasuah makan duit suapan premis haram ni. Moga bertaubat
Tak pasal pasal.. itulah, benda dah tular, terbongkar.. semoga semua mendapat pengajaran sewajarnya
Curahan rasa Syazni Rahim @ ..Kisah Sadis Cekodok Pisang
Comments are closed.