Pengalaman Pegawai Daerah kena Kuarantin Covid-19

Spread the love

Sebagai penyelaras kepada frontliners, saya terpaksa keluar rumah dan ke sana ke sini, ke sana ke sini, ke sana ke sini (sila baca dalam nada techno) 

Dan itu memang tuntutan untuk saya terpaksa keluar daripada rumah sebab keperluan untuk menyelaras tugasan semua agensi kerajaan kendalian saya untuk mengoperasikan stesen kuarantin.

Bila bermesyuarat ni, walaupun ada social distancing dengan menjarakkan satu kerusi antara satu sama lain, tetiba bila habis mesyuarat dapat tau yang salah sorang tu , beberapa hari selepasnya positif covid19, memang berderau darah. Masing-masing mula terfikir, aku ke yang duduk sebelah dia hari tu?

jusni-hashim

Begitulah kami, frontliners yang sentiasa berhadapan dengan PUS dan PUI, dan selepas tu kena pulak hadir mesyuarat dengan ketua-ketua jabatan. Maknanya risiko untuk dijangkiti itu sangatlah besar. Oleh itu, anda yang setia duduk di rumah, bersyukurlah kerana risiko untuk dijangkiti adalah amat rendah, berbanding kami.

Maka terjadilah kisah, pada satu hari tu saya perlu mempengerusikan mesyuarat. Semua agensi hadir sebab urusan segera kerana perlu membuka satu lagi stesen kuarantin sebagai tambahan kepada satu stesen kuarantin yag sedia ada.

Esoknya, di bilik gerakan. Salah sorang yang hadir mesyuarat wasap saya “boss, saya swab test hari ni sebab 2 minggu lepas saya ada bersama sorang yang baru dapat result positif hari ni.”

Fuhhhhh…rasa nak terduduk bila tau. Sebab saya bersama dengan dia semalam berbincang dalam 15 minit jugak.

pegawai-daerah-hulu-langat

Saya rasa bertuah jugak sebab di dalam bilik gerakan tu ramai doktor dan pekerja kesihatan. Jadi saya rujuklah doktor-doktor yang ada.

Jawapan mereka :

1. Kena home quarantine sehinggalah dapat result pegawai yang swab test tu.

2. Kalau ada rumah lain, lebih elok duduk di sana sorang sebab dapat elakkan anak dan isteri

3. Kalau berada di rumah sendiri pun, perlu duduk dalm bilik seorang, jangan bersentuhan dengan anak isteri, pakai mask dan selalu cuci tangan dengan sabun.

Bila tau tak boleh bersentuhan dengan anak isteri, lemah betul rasanya. Sebab anak sulung memang suka peluk ayah dia setiap kali ayah muncul depan rumah lepas balik kerja.

jusni-hashim-pegawai-daerah

Maka, selepas dapat nasihat tu, saya pun terus memandu balik ke rumah sambil dalam kepala dah fikir apa nak buat kat rumah nanti. Sambil tu wasap kepada isteri bagitau anak-anak jangan peluk ayah bila sampai depan rumah sekejap lagi.

Setiba je di rumah, terus naik bilik dan kunci pintu, mandi, solat asar dan terus berbaring atas katil.Sambil tu wasap isteri perkara-perkara ni :

1. Jangan bagi anak masuk bilik.

2. Kalau sampai waktu makan, letak je makanan tu depan pintu dan ketuk pintu. Nanti abang keluar sendiri ambil makanan depan pintu bilik.

3. Lepas makan, abang letak balik bekas makan tu depan pintu bilik, nanti awak kutiplah dan terus basuh bekas makanan tu.

Sebagai ketua penyelaras stesen kuarantin, saya memerhatikan bagaimana pasukan medical saya yang terdiri daripada Pejabat Kesihatan Daerah bekerja menghadap PUS/PUI. Mereka sangat particular dengan pematuhan di red zone dan yellow zone selain pemakaian PPE di red zone serta penggunaan hand sanitizer yang kerap selesai menanggalkan PPE.

Selesai person under surveillance (PUS) melalui satu laluan, kawasan tu akan dibuat disinfeksi. Bahkan nak bercakap dengan PUS pun perlu diminimakan seberapa yang boleh. Sebab itu bila hantar makanan pun , team Angkatan Pertahanan Awam (APM) tak berdepan dengan PUS. Sebaliknya, mereka akan mengetuk pintu sebagai isyarat dan PUS akan ambil makanan selepas APM tersebut berlalu daripada pintu bilik mereka. Memang sangat-sangat detail.

Jadi, amalan-amalan mereka ini saya terbawa-bawa bila dikenakan home quarantine. Apa yang berlaku di stesen kuarantin, itulah juga yang saya amalkan bila buat home quarantinre.

jusni-hashim-DO-hulu-langat

Tapi paling kesian, si anak lah. Sebab dorang tak dapat nak peluk ayahnya. Itu pun sampai berjejeh airmata tengok ayahnya di depan pintu bilik tidur sahaja. Masa nilah saya terbayang semula kisah di fb di mana sorg nurse berasa sayu sebab hanya dapat melihat anak dan suaminya daripada jauh sahaja sebab si anak rindu kat emaknya yang bertugas berbelas jam menghadapi pesakit covid.

Keywordnya di sini, jangan bersentuhan dan amalkan social distance walaupun dengan anak dan isteri sendiri bila home quarantine.

Kadang-kadang saya rasa, bilik tidur saya ni dah mcm hotel yang saya incharge la pulak. Mujur juga ada aircond dan komputer dalam bilik. Bolehlah jgk beraktivitri sendiri,layan youtube bagai. Memang betullah boring. Tapi kena kuatlah. Sebab nak elakkan covid ni sifirnya mudah saja, elakkan rantaian penyebaran. Kalau keluar rumah belum tentu lagi selamat.

Esoknya, setelah selesai 24 jam, Berkurung, dapat wasap daripada pegawai yang buat swab test tu. Katanya “ keputusan dilaporkan not detected” Fuhhhh lega sangat! Sebab bukan positif dan bukan negative.

Dah satu hal pulak saya nak kena tau apa maksud not detected tu. Maka saya pun wasaplah doctor yang saya kenali itu dan balasnya “ not detected tu maknanya tiada virus dikesan daripada sample. Tapi tidak boleh takrif sebagai bebas dari virus sehingga 14 hari dari last date contact dengan orang yang positif”.

Dengar jawapan doctor tu pun dah lega sangat sebab pegawai yang buat swab test tu jumpa orang yang positif tu 15 hari yang lepas. So insyallah ok.

Selepas dapat khabar tu, saya pun terus siap berpakaian kerana perlu mempengerusikan mesyuarat untuk membuka stesen kuarantin yang ketiga pula…fuhhhh.

Begitulah kami sebagai frontliners, walaupun risiko depan mata tapi berkhidmat untuk negara tetap no 1.

Kawan-kawan, bila kita kena home quarantine, jangan ambil mudah walaupun di rumah sendiri.

Sama-samalah kita ambil langkah pencegahan supaya covid19 ini dapat kita atasi secepat yang mungkin.

Tuan Jusni Hashim, Pegawai Daerah Kuala Langat


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!