Pengalaman naik ke Top Burj Khalifa, Dubai

Spread the love

Burj Khalifa adalah bangunan paling tinggi di dunia dengan ketinggian 828 meter iaitu lebih 160 tingkat. Berdiri dari tingkat 148 dapat melihat sejauh mata memandang yang sangat cantik teramat.

Tak lama lagi rekod bangunan tertinggi di dunia ini akan diambil alih oleh Burj Mubarak Al Kabir yang sedang dibina di Kuwait dengan ketinggian 1001 meter.

Namun #BurjMubarakAlKabir tidak akan memegang lama rekod tersebut kerana akan di ambil alih oleh Kingdom Tower yang juga sedang di bina di Jeddah pada ketinggian 1008 meter.

KingdomTower juga tidak akan memegang rekod lama sebab sebuah lagi bangunan yang lebih tinggi akan di bina di Shanghai China. Perlumbaan ini tidak tamat di Shanghai kerana sebuah lagi bangunan dengan ketinggian 1300 meter akan siap di bina pada tahun 2022.

Siapa tahu dimana dan apa namanya?

Nak tahu ke?

Lakaran Dubai Creek Tower

Pengalaman naik Burj Khalifa

Lampu dipadamkan apabila kami masuk sahaja ke dalam lift menuju tingkat 125. Apabila lift mula bergerak dinding lift menayangkan montage seolah-olah kami dibawa terbang melalui celah-celah bangunan tertinggi didunia pada zamannya seperti big bank london dan petronas twin towers.

Semakin tinggi kami naik semakin kecil bangunan itu kelihatan dicelah-celah awan. Setelah 77 saat dibawa mengembara pintu lift dibuka pada tingkat 125 Burj Khalifa. Laju sungguh lift ini bergerak terasa seperti tersumbat telinga.

Burj Khalifa merupakan bangunan tertinggi di dunia bermula pada tahun 2009 mengambil alih rekod yang dipegang oleh Taipei 101. Ianya mula dibina pada tahun 2004.

Pakej Tour Burj Khalifa

Bangunan setinggi 828 meter di bina oleh Emaar Properties di Jalan Sheikh Mohammed Bin Rashid Boulevards. Pada asalnya dinamakan sebagai Burj Dubai kemudian di tukar kepada Burj Khalifa sempena nama President UAE.

Pelancong boleh menaiki puncak #BurjKhalifa untuk melihat keindahan Kotaraya Dubai mengikut pakej-pakej At The Top yang disediakan.

Antara pakej-pakej yang disediakan adalah :

  1. The Lounge Burj Khalifa (level 152, 153 & 154)
  2. At the Top Burj Khalifa Sky (level 148, 125 & 124)
  3. At the Top Burj Khalifa (level 125 & 124)

Tiket boleh di beli di kaunter sebelum naik ke Burj Khalifa di level Under Ground Dubai Mall. Tiket bermula dari AED149 mengikut jenis pakej yang kita pilih. Boleh juga beli tiket fast track untuk potong barisan.

Tips beli tiket pakej Burj Khalifa

Terdapat juga pakej istimewa yang disediakan oleh agen seperti pakej melihat sunrise, pakej melihat sunset dan pakej makan tengahari bersama pasangan.

Beli tiket di kaunter kadang-kadang kena suprise bila tiket habis terutama musim cuti sekolah. Bagus beli tiket secara online bukan sahaja confirm boleh dapat biasanya agen online akan beri diskaun lumayan sehingga 30%.

Contoh baru-baru ini kami beli tiket pakej VIP Burj Khalifa Sky harga di kaunter AED550 tapi dapat AED370 secara online. Kelebihan pakej VIP ini ada tour guide yang bawa kami dari lounge depan sambil bercerita sejarah Burj Khalifa sampai level 125 kemudian level 148 melalui fast track.

Kepada yang takut kepada ketinggian memang gayat melihat Kotaraya Dubai dari tingkat 148. Namun coffee hangat dengan cookies yang dihidangkan akan menghilangkan rasa gayat tersebut.

Semua senarai agen online boleh kalian dapat di google search dengan menggunakan keywords “tour Burj Khalifa”. Buat perbandingan tiga empat agen sebelum membuat tempahan tiket.

Nak merasai pengalaman kami naik ke tingkat 125 dan 148 jom tonton video ini

Pada 2022 Dubai Creek Tower dengan ketinggian lebih 1300 meter akan mengambil alih sebagai bangunan tertinggi di dunia.

Amir Hassan
Blogger @ Denaihati.com


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!