Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Kembara tempat menarik di Amsterdam 2018”. Kali ini nak kongsi pengalaman panjat gunung yang tak boleh dilupakan.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Seronok baca kisah sahabat Abang, tuan Iskandar Z. Hasan sesat ketika panjat gunung Ledang selama tiga hari sampai taubat tak nak panjat lagi.
Memori sesat dalam hutan Gunung Ledang. Akhirnya syor aku diterima pada mesyuarat malam kedua.
Menggunakan radio sebagai KOMPAS. Siaran FM di kaki Gunung Ledang memang TIADA GELOMBANG. Kena guna MW. Mesyuarat itu adalah sunnah dan setiap sunnah nabi s.a.w ada kejayaan dunia akhirat – Iskandar Z. Hasan.
Seumur hidup Abang ada dua pengalaman mendaki Gunung. Pengalaman pertama pada usia 15 tahun mendaki Gunung Lambak setelah tamat peperiksaan SRP ketika belajar di Sekolah Sains Johor Kluang. Gunung Lambak dengan ketinggian 1670 kaki terletak tidak jauh dari Bandar Kluang Johor. Pertama kali dapat panjat gunung memang seronok tapi sedihnya ketika panjat gunung tu Abah datang ziarah dari kampung jadi tak dapat jumpa. Abah tinggalkan rendang ayam pada kawan sebilik.
Pengalaman kedua mendaki Gunung Ledang semasa tahun pertama belajar di UKM. Gunung Ledang dengan ketinggian 4186 kaki terletak di sempadan Johor dan Melaka. Kami panjat melalui laluan Asahan Melaka. Sebelum panjat kena lapor diri di Balai Polis terdekat, ini memang prosedur wajib sebelum panjat gunung. Memanjat Gunung Ledang lebih mencabar dari Gunung Lambak. Kami bermalam di kaki Gunung sebelum mendaki sebab ada waktu yang sesuai untuk mulakan pendakian bukan suka-suka hati boleh panjat. Kalau tidak ikut aturan itu yang boleh sesat dan kekadang boleh sebabkan kemalangan.
Pengalaman paling best panjat Gunung Ledang. Kalau kita biasa dengar cerita-cerita mistik dengan Gunung Ledang memang betul. Macam-macam benda mistik yang kami jumpa ketika memanjat Gunung Ledang tapi tak lah sampai jumpa Puteri Gunung Ledang. Gunung Ledang memang terkenal dengan legendanya.
Masa tahun tiga UKM ada rancangan panjat Gunung Tahan tapi sebab komitment belajar maka Abang tak dapat ikut kawan-kawan memanjat Gunung Tahan. Rugi juga rasanya.
Kamaruzaman Padalilah : Saya sempat daki dua gunung masa join kelab mendaki gunung selangor. Gunung Datuk dengan Gunung Angsi di Negeri Sembilan. Ada sejarah yang takkan dilupakan seumur hidup. Tapi tak boleh citer malu.
Iskandar Z. Hasan : Memang ada sedikit mistik ketika kami enam orang sesat di Gunung Ledang. Tetapi tak begitu ketara atau tak begitu jelas kemistikan. Seperti dengar ayam dan itik yang banyak seolah ada kampung dalam hutan tu. Bunyi riuh ayam dan itik sayup-sayup. Kami tak mengendahkannya walau salah seorsng kami memgeluarkan pendapat nak mintak bantuan daripada orang kampung tu katanya. Saya sound dia – bapak kau tu bomoh tapi kau anaknya tak faham-faham. Sesekali kami azan. Setiap seorang mengingatkan zikirkan dan baca tasbihat. Sungguh banyak jeram air terjun yang cantik-cantik. Malah ada jeram dah hampir mati sebab air sedikit saja yang mengalir.
Nor Ariffin Hamzah : Gunung Ledang pernah daki masa study kat Tangkak. Gunung lain yang pernah daki Gunung Jerai dan Gunung Tahan.
Khir Khalid : Paling tak lupa, naik Gunung Pulai lebih 10 kali berbasikal selama 2 jam dari Pontian zaman sekolah dan pernah kena halau sebab tak apply report camping kat balai. Gunung Ledang sekali je dan basecamp Gunung Bromo, tapi ada yang kena ganguan dan meracau-racau.
Normala Binti Tajuddin : Saya. Gunung Tahan dan Gunung Kinabalu.
Siti Hajar Masran : Yang seram masa trip rentas Transtitiwangsa. Yang gunung lain Alhamdulillah dilindungi matanya. Murung jugak bila penat-penat hiking, nampak macam-macam, tak bole tidur sepanjang dalam hutan enam hari tu
Azuraa Rahman : Mount Shosha, himeji. Tak nampak jalan nak turun. Kena ikut dengan gagak. Buka surah yassin dari hp. Baca sama-sama gagak hilang terus nampak orang untuk sama-sama turun.
Siapa kat sini ada pengalaman panjat gunung seperti kami?
38 Comments
Pengalaman mistik di gunung pernah saya dan keluarga alami, ketika kami berwisata di gunung galunggung. Sungguh sangat menakutkan.
Curahan rasa Dawaihati @ ..Hotel Nyaman di Pantai Kuta
aku kesana sudah 4 kali, sungguh senang dan sangat bagus pemandangannya, gunung ini rekomende bgt, apa lagi kalo bawa tamu bule, pasti jadwalnya minta naik gunung , tapi kesopanan tetep harus dijaga, karena ada penghuni yang tidak terlihat juga…
Curahan rasa Bromo Ijen Tourism @ ..4 Days Tours ( Red Island,Merubetiri – Kawah Ijen – Baluran Packages )
Takut juga kalau ada yang menumpang kita balik selepas memanjat gunung atau bukit ni kan. Nauzubillah
Murung jugak bila penat-penat hiking, nampak macam-macam, mesti tak boleh nak tidur dan pejamkan mata
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Ada yang pernah bagitau, setiap gunung biasanya akan ada penjag yang jag. Ntah betul ntah tidak. Tapi tu lah
Benda ghaib yang kita tak nampak ni memang kena percaya sebab mereka juga makhluk Allah, cuma tak nampak di mata kita
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Seumur hidup hanya ada satu pengalaman mendaki Gunung. Pengalaman pertama pada usia 12 tahun mendaki Gunung Jerai sahaja.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Mesti ada yang taubat tak nak panjat lagi kalau dah jumpa benda mistik semasa pendakian
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Gunung Ledang memang terkenal dengan legendanya. Mesti ada pelbagai cerita mistik yang didengar
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Kalau tidak ikut aturan yang ditetapkan memang ada yang boleh sesat dan kekadang boleh sebabkan kemalangan.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Memang kena bermohon pada Allah saja kalau dah sesat dalam hutan semasa mendaki gunung ni, kan!
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Seram baca pengalaman mistik ketika mendaki gunung ni. Memang benda ghaib pun ada menghuni hutan. Cuma, kita tak nampak
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Kena pastikan prosedur wajib sebelum panjat gunung dibuat. Jika terjadi apa-apa mudah untuk pihak Renjer bertindak.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Seram pulak bila baca ada pengalaman sampai murung bila penat-penat hiking, nampak macam-macam, sehingga tak boleh tidur
Dah lama tak mendaki bukit atau gunung. Selalu bca update pendaki je yang berkongsi pengalaman mereka mendaki. Tapi jarang baca kisah mereka terjumpa dengan benda-benda mistik ni.
Curahan rasa JMR @ ..Duyung Secekak Ditemui Di Pantai Remis!
Kalau baca mau muram juga sebulan ni kan. Seram pengalamam mistik ni. Pengalaman lain tak apa
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Kalau dah mendaki bukit atau gunung ni mesti ada jumpa juga benda mistik ni kan.
Comments are closed.