Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Kembara tempat menarik di Amsterdam 2018”. Kali ini nak kongsi pengalaman panjat gunung yang tak boleh dilupakan.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Seronok baca kisah sahabat Abang, tuan Iskandar Z. Hasan sesat ketika panjat gunung Ledang selama tiga hari sampai taubat tak nak panjat lagi.
Memori sesat dalam hutan Gunung Ledang. Akhirnya syor aku diterima pada mesyuarat malam kedua.
Menggunakan radio sebagai KOMPAS. Siaran FM di kaki Gunung Ledang memang TIADA GELOMBANG. Kena guna MW. Mesyuarat itu adalah sunnah dan setiap sunnah nabi s.a.w ada kejayaan dunia akhirat – Iskandar Z. Hasan.
Seumur hidup Abang ada dua pengalaman mendaki Gunung. Pengalaman pertama pada usia 15 tahun mendaki Gunung Lambak setelah tamat peperiksaan SRP ketika belajar di Sekolah Sains Johor Kluang. Gunung Lambak dengan ketinggian 1670 kaki terletak tidak jauh dari Bandar Kluang Johor. Pertama kali dapat panjat gunung memang seronok tapi sedihnya ketika panjat gunung tu Abah datang ziarah dari kampung jadi tak dapat jumpa. Abah tinggalkan rendang ayam pada kawan sebilik.
Pengalaman kedua mendaki Gunung Ledang semasa tahun pertama belajar di UKM. Gunung Ledang dengan ketinggian 4186 kaki terletak di sempadan Johor dan Melaka. Kami panjat melalui laluan Asahan Melaka. Sebelum panjat kena lapor diri di Balai Polis terdekat, ini memang prosedur wajib sebelum panjat gunung. Memanjat Gunung Ledang lebih mencabar dari Gunung Lambak. Kami bermalam di kaki Gunung sebelum mendaki sebab ada waktu yang sesuai untuk mulakan pendakian bukan suka-suka hati boleh panjat. Kalau tidak ikut aturan itu yang boleh sesat dan kekadang boleh sebabkan kemalangan.
Pengalaman paling best panjat Gunung Ledang. Kalau kita biasa dengar cerita-cerita mistik dengan Gunung Ledang memang betul. Macam-macam benda mistik yang kami jumpa ketika memanjat Gunung Ledang tapi tak lah sampai jumpa Puteri Gunung Ledang. Gunung Ledang memang terkenal dengan legendanya.
Masa tahun tiga UKM ada rancangan panjat Gunung Tahan tapi sebab komitment belajar maka Abang tak dapat ikut kawan-kawan memanjat Gunung Tahan. Rugi juga rasanya.
Kamaruzaman Padalilah : Saya sempat daki dua gunung masa join kelab mendaki gunung selangor. Gunung Datuk dengan Gunung Angsi di Negeri Sembilan. Ada sejarah yang takkan dilupakan seumur hidup. Tapi tak boleh citer malu.
Iskandar Z. Hasan : Memang ada sedikit mistik ketika kami enam orang sesat di Gunung Ledang. Tetapi tak begitu ketara atau tak begitu jelas kemistikan. Seperti dengar ayam dan itik yang banyak seolah ada kampung dalam hutan tu. Bunyi riuh ayam dan itik sayup-sayup. Kami tak mengendahkannya walau salah seorsng kami memgeluarkan pendapat nak mintak bantuan daripada orang kampung tu katanya. Saya sound dia – bapak kau tu bomoh tapi kau anaknya tak faham-faham. Sesekali kami azan. Setiap seorang mengingatkan zikirkan dan baca tasbihat. Sungguh banyak jeram air terjun yang cantik-cantik. Malah ada jeram dah hampir mati sebab air sedikit saja yang mengalir.
Nor Ariffin Hamzah : Gunung Ledang pernah daki masa study kat Tangkak. Gunung lain yang pernah daki Gunung Jerai dan Gunung Tahan.
Khir Khalid : Paling tak lupa, naik Gunung Pulai lebih 10 kali berbasikal selama 2 jam dari Pontian zaman sekolah dan pernah kena halau sebab tak apply report camping kat balai. Gunung Ledang sekali je dan basecamp Gunung Bromo, tapi ada yang kena ganguan dan meracau-racau.
Normala Binti Tajuddin : Saya. Gunung Tahan dan Gunung Kinabalu.
Siti Hajar Masran : Yang seram masa trip rentas Transtitiwangsa. Yang gunung lain Alhamdulillah dilindungi matanya. Murung jugak bila penat-penat hiking, nampak macam-macam, tak bole tidur sepanjang dalam hutan enam hari tu
Azuraa Rahman : Mount Shosha, himeji. Tak nampak jalan nak turun. Kena ikut dengan gagak. Buka surah yassin dari hp. Baca sama-sama gagak hilang terus nampak orang untuk sama-sama turun.
Siapa kat sini ada pengalaman panjat gunung seperti kami?
38 Comments
Saya belum pernah mendaki atau bermalam di gunung ledang. Tapi saya pernah mandi air terjun di sana.. masa saya tengah mandi air terjun ada seorang lelaki berbangsa cina jatuh dari atas batu air terjun hingga ke bawah.. Betul-betul dekat tempat kami sedang mandi.. masa tu saya tengok kepala lelaki cina tu berdarah.. tapi Alhamdulillah beliau masih hidup lagi masa tu…
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Sebelum ni saya juga pernah dengar beberapa kisah mistik dari pendaki gunung ledang.. macam-macam cerita ada tentang sesat, tentang nenek kebayan, tentang gangguan mahluk halus dan sebagainya..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
tu pasal orang tua tua pesan, masuk hutan, banyak pantang nak kena jaga. Bukan nak percay tapi sememangnya mahluk ghaib itu wujud kan
Macam-macam pengalaman ye. CN tak pernah lagi panjat gunung ni, paling tinggi pun bukit larut. Tu pun masa belajar dekat matrikulasi perak dulu. Penatnya masa tuh, alahai..
yang banyak pengalaman mendaki pasti ada pengalaman mistik. maklumlah, hutan tebal. mesti ada penghuni yang kita tak nampak
Saya suka mendaki gunung, masuk hutan walaupun tau banyak nyamuk kat hutan tetap tenang. Saya suka tengok pokok hijau rasa nyaman je tak serabut sambil tu boleh kuar kan peluh mendaki ni
Pernah membawa ahli kelab remaja semasa bekerja di Serdang ke Gunung Angsi. Memang mengalami peristiwa pelik. Terserempak dengan seorang lelaki berpakaian ahi sukan memanjat gunung dengan laju. Saya berada di pertengahan perjalanan menjaga beberapa remaja yang kesemputan. Saya kira lelaki itu sudah turun naik 10 kali. Dengan kecuraman gunung yang boleh tahan juga. Pelik. Tanpa toleh ke arah sesiapa. Lebih menyeramkan bila rakan yang turun dari puncak menceritakan hal yang sama. Maknanya ‘dia’ memanjat gunung tanpa henti. Bertanya kepada ranger yang bertugas. Beliau beritahu, itu kejadian biasa. ‘Dia’ memang sentiasa ada. Diamkan saja. Lain kali kalau nampak jangan pandang mata ‘dia’.
Jadi beruntung sesiapa yang terserempak dengan ‘dia’. Seram.. Taknak naik lagi!!
seramnya ! kalau pandang mata dia entah apa lah jadi ye. Tapi tulah, pengalaman mistik ni best gak bila dibaca. Macam-macam
Curahan rasa Cekgu Norazimah @ ..Dah daftar ke AEON Member Plus Visa Card & AEON Wallet?
Menarik kisah ni. Tapi bila fikir balik, kalau la diri sendiri yang terserempak, mahu menggigil ketakutan gak..apalah agaknya kan
Menarik perkongsian pengalaman mistik mendaki gunung yang tidak dapat dilupakan oleh tuan. Belum ada peluang lagi mendaki gunung, kalau mendaki di kawasan air terjun tu selalu juga termasuk Hutan Lipur Lata Belatan yang merupakan starting point untuk mendaki Gunung Tebu.
Curahan rasa Al-Manna Ameer @ ..Chia Seeds Organik Ameer
Belum pernah mendaki gunung macam tu, hanya pernah ke kawah Gunung Galunggung yang dekat dengan tempat tinggal (di Tasikmalaya). Itupun bukan mendaki, karena sudah ada anak tangganya.
Curahan rasa Dawaihati @ ..Review Lumpia Semarang
heeh anak tangga pun masih perlu mendaki untuk ke puncak kan. boleh tahan penat tu
Setakat ni belum ada pengalaman mistik lagi, semua pengalaman normal, belum berkesempatan melaluinya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..3 Tips Mulakan Bisnes Printing Dengan Mudah
Boleh juga dijadikan aktiviti keluarga. Sesekali bawa sekeluarga panjat bukit-bukit yang rendah berdekatan kampung. Panjat bukit yang kurang pokok dan semak untuk latihan bagi anak yang kecil.
Curahan rasa kidslovehijab @ ..One Stop Centre Online Shopping (Pakaian) Untuk Anak-Anak
Bagus aktivit ini sebgini untuk bagi pendedahan kepada anak kecil. Asalkan ikut prosedur yang tidak membahayakan mereka kan
Tak penah lagi panjat gunung. Kalau ada org ngajak, onzz je haha. Plg bisa pon bukit jela
Curahan rasa Kauthar mohd @ ..Langkah Untuk Memperbaharui & Mengekalkan Kulit Gebu. Skincare Youth Memperkasakan Teknologi Terkini
Pernah sekali je panjat gunung, masa tuh kat Cameron Highland. Masa naik ok je, takda masalah. Cuma masa turun tuh, fellow yang ikut kami tuh terseliuh kaki. Tapi puas hati sebab dapat tengok lumut2 yang cantik dalam hutan masa turun dari gunung. Yang best dapat tengok air terjun yang cantik, air sungai yang jernih dan juga bunga2 ros yang tumbuh mekar kat tengah laman rumah. 🙂
Aktiviti yang menyihatkan. Walau badan letih, fikiran rasa tenang melihat keindahan alam. Cuma kena berhati-hati untuk tidak buat perkara-perkara yang ‘tidak bagus’ kerana alam ini terutama di gunung dan rimba…bukan manusia sahaja penghuninya.
Curahan rasa Penjual Makanan @ ..Ikut 7 Langkah Ini Sebelum Mulakan Bisnes Burger Dan Jana RM 4-5 Angka Sebulan!!!
Kata orang-orang tua, kalau mahu masuk hutan atau daki gunung, ‘minta izin’ dulu kerana hutan dan gunung ada penjaga dan penghuninya. Tidak perlu buat benda-benda yang syirik…cukup sekadar beri salam dan beritahu ‘nak tumpang’ lalu.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Bagaimana Bina Content Media Sosial Untuk Naikkan Follower Dan Menjual
Pernah juga dulu naik gunung masa belajar di UiTM Machang. Gunung Stong & Gunung Tebu….memori terbaik.
Curahan rasa Suriya Majid @ ..Menonton TV Punca Kencing Manis, Ye Ke?
Pertama kali dengar nama Gunung Stong n Gunung Tebu. Kat mana tu. tinggi ke?
Comments are closed.