Pengalaman mistik mendaki gunung yang tidak dapat dilupakan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Kembara tempat menarik di Amsterdam 2018”. Kali ini nak kongsi pengalaman panjat gunung yang tak boleh dilupakan.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

Seronok baca kisah sahabat Abang, tuan Iskandar Z. Hasan sesat ketika panjat gunung Ledang selama tiga hari sampai taubat tak nak panjat lagi.

Memori sesat dalam hutan Gunung Ledang. Akhirnya syor aku diterima pada mesyuarat malam kedua.
Menggunakan radio sebagai KOMPAS. Siaran FM di kaki Gunung Ledang memang TIADA GELOMBANG. Kena guna MW. Mesyuarat itu adalah sunnah dan setiap sunnah nabi s.a.w ada kejayaan dunia akhirat – Iskandar Z. Hasan.

Seumur hidup Abang ada dua pengalaman mendaki Gunung. Pengalaman pertama pada usia 15 tahun mendaki Gunung Lambak setelah tamat peperiksaan SRP ketika belajar di Sekolah Sains Johor Kluang. Gunung Lambak dengan ketinggian 1670 kaki terletak tidak jauh dari Bandar Kluang Johor. Pertama kali dapat panjat gunung memang seronok tapi sedihnya ketika panjat gunung tu Abah datang ziarah dari kampung jadi tak dapat jumpa. Abah tinggalkan rendang ayam pada kawan sebilik.

Pengalaman kedua mendaki Gunung Ledang semasa tahun pertama belajar di UKM. Gunung Ledang dengan ketinggian 4186 kaki terletak di sempadan Johor dan Melaka. Kami panjat melalui laluan Asahan Melaka. Sebelum panjat kena lapor diri di Balai Polis terdekat, ini memang prosedur wajib sebelum panjat gunung. Memanjat Gunung Ledang lebih mencabar dari Gunung Lambak. Kami bermalam di kaki Gunung sebelum mendaki sebab ada waktu yang sesuai untuk mulakan pendakian bukan suka-suka hati boleh panjat. Kalau tidak ikut aturan itu yang boleh sesat dan kekadang boleh sebabkan kemalangan.

Pengalaman paling best panjat Gunung Ledang. Kalau kita biasa dengar cerita-cerita mistik dengan Gunung Ledang memang betul. Macam-macam benda mistik yang kami jumpa ketika memanjat Gunung Ledang tapi tak lah sampai jumpa Puteri Gunung Ledang. Gunung Ledang memang terkenal dengan legendanya.

Masa tahun tiga UKM ada rancangan panjat Gunung Tahan tapi sebab komitment belajar maka Abang tak dapat ikut kawan-kawan memanjat Gunung Tahan. Rugi juga rasanya.

Kamaruzaman PadalilahSaya sempat daki dua gunung masa join kelab mendaki gunung selangor.  Gunung Datuk dengan Gunung Angsi di Negeri Sembilan. Ada sejarah yang takkan dilupakan seumur hidup. Tapi tak boleh citer malu.

Iskandar Z. HasanMemang ada sedikit mistik ketika kami enam orang sesat di Gunung Ledang. Tetapi tak begitu ketara atau tak begitu jelas kemistikan. Seperti dengar ayam dan itik yang banyak seolah ada kampung dalam hutan tu. Bunyi riuh ayam dan itik sayup-sayup. Kami tak mengendahkannya walau salah seorsng kami memgeluarkan pendapat nak mintak bantuan daripada orang kampung tu katanya. Saya sound dia – bapak kau tu bomoh tapi kau anaknya tak faham-faham. Sesekali kami azan. Setiap seorang mengingatkan zikirkan dan baca tasbihat. Sungguh banyak jeram air terjun yang cantik-cantik. Malah ada jeram dah hampir mati sebab air sedikit saja yang mengalir.

Nor Ariffin HamzahGunung Ledang pernah daki masa study kat Tangkak. Gunung lain yang pernah daki Gunung Jerai dan Gunung Tahan.

Khir KhalidPaling tak lupa, naik Gunung Pulai lebih 10 kali berbasikal selama 2 jam dari Pontian zaman sekolah dan pernah kena halau sebab tak apply report camping kat balai. Gunung Ledang sekali je dan basecamp Gunung Bromo, tapi ada yang kena ganguan dan meracau-racau.

Normala Binti TajuddinSaya. Gunung Tahan dan Gunung Kinabalu.

Siti Hajar Masran : Yang seram masa trip rentas Transtitiwangsa. Yang gunung lain Alhamdulillah dilindungi matanya. Murung jugak bila penat-penat hiking, nampak macam-macam, tak bole tidur sepanjang dalam hutan enam hari tu

Azuraa RahmanMount Shosha, himeji. Tak nampak jalan nak turun. Kena ikut dengan gagak. Buka surah yassin dari hp. Baca sama-sama gagak hilang terus nampak orang untuk sama-sama turun.

Siapa kat sini ada pengalaman panjat gunung seperti kami?


Spread the love

38 Comments

  1. Saya belum pernah mendaki atau bermalam di gunung ledang. Tapi saya pernah mandi air terjun di sana.. masa saya tengah mandi air terjun ada seorang lelaki berbangsa cina jatuh dari atas batu air terjun hingga ke bawah.. Betul-betul dekat tempat kami sedang mandi.. masa tu saya tengok kepala lelaki cina tu berdarah.. tapi Alhamdulillah beliau masih hidup lagi masa tu…
    Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018My Profile

    1. tu pasal orang tua tua pesan, masuk hutan, banyak pantang nak kena jaga. Bukan nak percay tapi sememangnya mahluk ghaib itu wujud kan

  2. Macam-macam pengalaman ye. CN tak pernah lagi panjat gunung ni, paling tinggi pun bukit larut. Tu pun masa belajar dekat matrikulasi perak dulu. Penatnya masa tuh, alahai..

  3. Saya suka mendaki gunung, masuk hutan walaupun tau banyak nyamuk kat hutan tetap tenang. Saya suka tengok pokok hijau rasa nyaman je tak serabut sambil tu boleh kuar kan peluh mendaki ni

  4. Pernah membawa ahli kelab remaja semasa bekerja di Serdang ke Gunung Angsi. Memang mengalami peristiwa pelik. Terserempak dengan seorang lelaki berpakaian ahi sukan memanjat gunung dengan laju. Saya berada di pertengahan perjalanan menjaga beberapa remaja yang kesemputan. Saya kira lelaki itu sudah turun naik 10 kali. Dengan kecuraman gunung yang boleh tahan juga. Pelik. Tanpa toleh ke arah sesiapa. Lebih menyeramkan bila rakan yang turun dari puncak menceritakan hal yang sama. Maknanya ‘dia’ memanjat gunung tanpa henti. Bertanya kepada ranger yang bertugas. Beliau beritahu, itu kejadian biasa. ‘Dia’ memang sentiasa ada. Diamkan saja. Lain kali kalau nampak jangan pandang mata ‘dia’.
    Jadi beruntung sesiapa yang terserempak dengan ‘dia’. Seram.. Taknak naik lagi!!

    1. Menarik kisah ni. Tapi bila fikir balik, kalau la diri sendiri yang terserempak, mahu menggigil ketakutan gak..apalah agaknya kan

  5. Menarik perkongsian pengalaman mistik mendaki gunung yang tidak dapat dilupakan oleh tuan. Belum ada peluang lagi mendaki gunung, kalau mendaki di kawasan air terjun tu selalu juga termasuk Hutan Lipur Lata Belatan yang merupakan starting point untuk mendaki Gunung Tebu.
    Curahan rasa Al-Manna Ameer @ ..Chia Seeds Organik AmeerMy Profile

    1. Bagus aktivit ini sebgini untuk bagi pendedahan kepada anak kecil. Asalkan ikut prosedur yang tidak membahayakan mereka kan

  6. Pernah sekali je panjat gunung, masa tuh kat Cameron Highland. Masa naik ok je, takda masalah. Cuma masa turun tuh, fellow yang ikut kami tuh terseliuh kaki. Tapi puas hati sebab dapat tengok lumut2 yang cantik dalam hutan masa turun dari gunung. Yang best dapat tengok air terjun yang cantik, air sungai yang jernih dan juga bunga2 ros yang tumbuh mekar kat tengah laman rumah. 🙂

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!