Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Ramadan Kareem. Syukur ALLAH panjangkan usia kita bertemu dengan 1 Ramadan 1438H. Dah baca ke entri sebelum ini “soal jawab solat jamak yang ramai keliru“. Kali ini Abang nak berkongi pengalaman berniaga di bulan Ramadan.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Ramai suka berniaga di bulan Ramadan, yang sudah biasa berniaga sambung berniaga itu biasa dan tidak kurang ramai juga yang tidak berniaga pada sebelas bulan tapi nak berniaga pada bulan Ramadan. Ada juga peniaga yang berniaga sebelas bulan dan bercuti sebulan pada bulan Ramadan.
Kali ini nak kongsi kisah benar Abang berniaga pada bulan Ramadan. Semangat nak berniaga sebab kawan-kawan kata boleh untung besar tapi mereka tidak pernah kongsi kisah susah berniaga di bulan Ramadan.
Inilah kisah Abang berniaga di bulan Ramadan yang boleh dijadikan panduan kepada kawan-kawan yang ada hati nak berbisnis di bulan Ramadan.
Jual kuih raya tart nenas
Kisah yang tak boleh lupa apabila seorang teman kepada teman pesan tart nenas tak ingat berapa ribu balang tapi hantar pakai lori 1 tan. Setelah dia bayar deposit 50%. maka team Abang hantar biskut tart nenas yang dipesan ke sebuah stor di Nilai 3. Sahabat itu terima semua balang tart nenas pada keadaan baik, tiada yang pecah. Katanya nak kirim kepada pelanggannya di Kuching.
Selepas beberapa hari kami tuntut bayaran baki 50% tapi dia tak nak bayar sebab tart nenas yang dihantar banyak yang hancur bila sampai pada pelanggan di Kuching. Abang kata itu bukan salah kami sebab tugasan kami menghantar kepada beliau di Nilai sudah sempurna dalam keadaan yang baik.
Sampai hari ini dia dia buat bodoh dan tak bayar baki 50%, nasib baiklah Abang minta deposit 50% jadi boleh guna untuk bayar kepad pembekal. Abang tak untung tapi tidaklah rugi duit, cuma rugi tenaga dan masa, mesti kawan yang tak bayar sekarang sudah jadi jutawan.
Jual dodol di bazar Ramadan jalan Tunku Abdul Rahman
Ini satu lagi kisah yang tak boleh dilupakan. Sahabat Abang dapat sewa sebuat gerai di Jalan Tunku Abdul Rahman untuk jualan Bazar Ramadhan. Dia berniaga jual tudung tapi bisnis lansung tak jalan sebab terlalu ramai perniaga yang menjual tudung dan pakaian, jadi Abang cadangkan dia menjual berbagai jenis dodol. Dia setuju dan Abang jadilah pembekal sebab kawan baik Abang di Melaka memang buat dodol.
Semua jenis dodol ada di gerai antaranya dodol kelapa, dodol pandan dan dodol durian dengan berbagai packaging ada yang sekilo, setengah kilo, dodol bungkus kecil 5 gm dan juga dodol bungkus upih serta dodol bungkus mengkuang. Wajik sirat pun ada. Memang unik sebab tiada gerai yang menjual khusus dodol. Alhamdulillah bisnis terjual laris, bolehlah senyum kawan Abang.
Selang tiga empat hari Abang akan tambah stok. Kawan Abang ini kurang modal jadi Abang bagi stok dulu, bila dah terjual guna hasil jaulan untuk beli stok baru. Stok terakhir Abang hantar sehari sebelum hari raya dan itulah kali terakhir Abang berjumpa dengan kawan itu. Dah 10 tahun entah kemana bawa duit Rm5K hasil jualan terakhir yang sepatut modal yang dia pinjam daripada Abang.
Mungkin dia dah jadi jutawan sekarang tetapi nilai persahabatan dia dengan Abang hanya RM5 ribu.
Jual biskut almond london dan tart nenas
Kawan sekolah adik Abang pesan biskut tart nenas dan almond london tak ingat berapa ribu balang untuk dijual kepada kawan-kawan kilang. Oleh kerana kawan sekolah yang sangat rapat jadi adik Abang tak minta sesen pun deposit walaupun nilai pesanan beratus ribu, percaya punya pasal.
Dua minggu sebelum raya dia batalkan order dengan selamba setelah beribu balang sudah siap untuk di hantar. Terpaksalah Abang bantu adik Abang menjual biskut-biskut yang sudah dihantar oleh pembekal. Kami jual di Parit Raja, Sungai Besi dan Kompleks PKNS Shah Alam. Dua kali musim raya baru habis jual beribu balang biskut raya. Sampai sekarang tengok biskut tart nenas dan almond london yang dulu punyalah feberet tapi kini dah tak ada selera.
Kisah tidak habis begitu sahaja, pembekal biskut kejar adik Abang berbulan-bulan nak kan duit bayaran yang dijanjikan sehingga ugut nak culik anak. Semuga sahabat adik Abang itu sudah menjadi jutawan sekarang.
Tips berniaga dalam bulan Ramadan
Bukan senang nak jadi senang, semua pengalaman ini menjadikan Abang lebih tabah untuk berniaga. Berniaga bukan sahaja bulan Ramadan tetapi pada bulan-bulan lain pun boleh untung berganda-ganda apabila dibuat dengan cara yang betul dan jujur. Menipu dalam perniagaan boleh untung sekejap tetapi untuk jangka masa panjang pasti rugi lebih berganda sebab kita sudah tidak dipercayai.
Pengajarannya apabila berniaga di bulan Ramadan mesti ambil deposit apabila kawan-kawan pesan banyak sebab kawan-kawan kita belum tentu mulia seperti mulianya bulan Ramadan.
Pasti kawan-kawan juga ada pengalaman berniaga di bulan Ramadan yang boleh dikongsikan dengan kami semua.
Amir Denaihati
Founder Denaihati Network
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
134 Comments
ciri khas bulan ramadhan penjualan paling laris adalah kue dan pakaian, mudah-mudahan bisa menjadi inspirasi bisnis nich
Curahan rasa ade sunandar @ ..Kenapa Tasly Ginseng RH2 Capsule Bisa Menyembuhkan kanker
Niche kuih angin
Makan masa berbuka terus naik angin
Harga mahal
Hari ini saya luangkan masa ke bazar ramadan di UNITEN, amat puas hati sebab dapat popia basah yang betul-betul rasa popia, sebelum ni beli di bazar yang lain.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Sudah Kerja Tapi Perlu Pendapatan Sampingan
Pernah terdengar tips dari penjual biskut raya, bagaimana beliau boleh buat sales tinggi di bulan Ramadan. Dia buat kuih raya seperti apa yang dia ‘expect’ untuk makan. Memang kena sedap lah kan? Jadi letakkan ‘attitude’ begitu sewaktu kita nak menjual sepatutnya.
Curahan rasa Faezah @ ..Mengapa Shaklee Patut Menjadi Perniagaan Pilihan Anda?
sebab itu wajib buat biskut tart nenas yang sesedap yang boleh..
dah sedap orang akan cari dan pasti tak cukup tangan untuk memcubanya..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Selamat Hari Gawai Dayak 2017 Dan Alkisahnya
Jual benda yang kita sendiri nak beli
Kalau buat ala kadar memang alamat tak laku
Cabaran berniaga di bulan Ramadhan untuk Hari Raya lebih besar impaknya kan.
Sampai boleh putus kawan
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Diusia Muda Pun Dah Osteopenia!Bagaimana Nak Kurangkan Risiko Tulang Rapuh?
Putus kawan sebab harap kan pagar \
pagar makan padi
Duit ni menyerlah sifat sebenar seseorang
Memang jarang orang nak kongsi kisah yang pahit-pahit dalam perniagaan. Kalau kisah kejayaan… banyak yang orang kongsikan.
Curahan rasa sabree hussin @ ..Pengalaman bercuti ke Sabah (7) – Kinabalu Park dan permulaan pendakian ke Gunung Kinabalu
Memang kental mereka yang masuk alam perniagaan ni.
Pastinya bukan sedikit cabaran yang perlu ditempuh
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Diusia Muda Pun Dah Osteopenia!Bagaimana Nak Kurangkan Risiko Tulang Rapuh?
Ada saja nak kongsi
Cuma ada ke telinga nak mendegar
Lainlah kalau yang kongsi tu tengah senang
Semuga nak dengar. Masa susah semua lari. Nampak muka dah benci
nak berniaga perlu ikhlas dan bersungguh2. kadang2 geram dengan peniaga di bazar ramadan yg pikir nak untung je.
baru2 ni beli air mangga kat bazar dgn harga RM4 utk 1 bungkus. ikutkan mmg mahal. tapi rasa air 90% guna pewarna. tak sedap langsung. takde rasa mangga sgt pun
Curahan rasa Mohd Rasul @ ..Panduan Mudah Cara Pasang Google Analytics Dalam Blog
Kan?
Mengaut keuntungan dengan cara yang tidak berhemah langsung. Mana nak dapat keberkatan kalau macam itu berniaga
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Diusia Muda Pun Dah Osteopenia!Bagaimana Nak Kurangkan Risiko Tulang Rapuh?
Meniaga cara macam ni harapkan sekali saja pelanggan datang
Takkan ada repeat customer
belum pernah ada pengalaman lagi berniaga masa bulan puasa. perit jugak ye..
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Ku Kirim Cinta di Tv3
dalam dunia ini mana ada perkara yang sangat mudah…buat satu perkara atau jual sesuatui dapat duit..
dugaan itu tetap ada..
lebih lebih lagi berniaga dalam bulan ramadan
Curahan rasa mrhanafi @ ..100 Idea Perniagaan Kecil Dalam Blog Hidup Ringkas
Baik tak payahlah kan Nik.
Berniaga nak keuntungan, ni kena tipu dan rugi berganda-ganda. Takut pulak
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Diusia Muda Pun Dah Osteopenia!Bagaimana Nak Kurangkan Risiko Tulang Rapuh?
Berniaga bukan sebab ada duit
Tapi sebab minat dan nak selesaikan masalah orang
Baru boleh tahan lama
Good info. Here all information’s are very useful to everyone. Thanks for sharing the important points with us. – chennai to shirdi flight package, chennai to shirdi tour package
https://vimeo.com/173170656
Betul tu… Bukan senang nak berniaga di bulan Ramadhan ni… Saya pun ada pengalaman berniaga di Bulan Ramadhan yang boleh dijadikan ikhtibar kepada pembaca..
Curahan rasa Anuar @ ..Homestay di Seri Iskandar Perak hampir menjadi kenyataan
Pada tahun lepas saya berniaga kuih raya… Kebetulan dekat tempat saya bekerja ni ada kilang buat biskut raya…
Curahan rasa Anuar @ ..Homestay di Seri Iskandar Perak hampir menjadi kenyataan
Tak untung banyak sangat dan tak rugi… Tapi adalah dalam beberapa balang kuih yang tak habis dijual… Bagi sedekah buat ahli keluarga…
Curahan rasa Anuar @ ..Homestay di Seri Iskandar Perak hampir menjadi kenyataan
Sebelum tu pernah jual cadar Patchwork Cotton…. Dapat 3 kali oder sahaja… Order stok kali pertama Sold out… Order stok kali kedua Sold out… Oder stok kali ketiga, rasa macam nak menagis bila stok dah tak boleh nak jalan… huhuhu…
Curahan rasa Anuar @ ..Homestay di Seri Iskandar Perak hampir menjadi kenyataan
Kesudahannya semua stok habis dijual… Tapi memakan masa yang agak lama sehingga kami terpaksa lanjutan tempoh pajakan emas yang kami buat sebagai modal perniagaan..
Curahan rasa Anuar @ ..Homestay di Seri Iskandar Perak hampir menjadi kenyataan
pengalaman tuan dalam bidang berniaga memang mengujakan..
lebih lebih lagi kalau berniaga dalam bulan ramadan
Curahan rasa mrhanafi @ ..100 Idea Perniagaan Kecil Dalam Blog Hidup Ringkas
Pernah baca kisah tuan di blog. Pedih mata. Tapi saya yakin, banyak pengalaman yang tuan dan isteri dah lalui. Mungkin dah dapat ganjarannya dari Tuhan.
Curahan rasa Faezah @ ..Mengapa Shaklee Patut Menjadi Perniagaan Pilihan Anda?
Pengalaman tu sebenarnya pengajaran yang paling bagus dalam hidup individu kan. Boleh dijadikan iktibar oleh orang lain juga.
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Diusia Muda Pun Dah Osteopenia!Bagaimana Nak Kurangkan Risiko Tulang Rapuh?
macam macam pengalaman berniaga ketika ramadan. ada yg untung ade yg sebaliknya
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Ku Kirim Cinta di Tv3
Yang untung dengan cara yang hikmah, baguslah kan.
Tapi ada juga peniaga yang mengambil kesempatan jual lebih mahal di bulan Ramadhan
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Diusia Muda Pun Dah Osteopenia!Bagaimana Nak Kurangkan Risiko Tulang Rapuh?
Biasa lah tu tuan
Agak nya tuan berniaga dengan pelanggan yang sama saja
Kalau dengan orang tak kenal lain
Fuh…memang macam-macam dugaan dan cabaran yang bor hadapi ni
Semoga ianya menjadi sumber inspirasi dan memberi semangat kepada semua terutama rakan-rakan blogger yang berniaga pada bulan Ramadhan ini
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Mencari Idea Dan Mood Blogging Yang Hilang
hanya orang yang berjiwa kental dan cekal boleh hadapi ujian berniaga..
lebih-lebih berniaga dalam bulan ramadan..
Curahan rasa mrhanafi @ ..100 Idea Perniagaan Kecil Dalam Blog Hidup Ringkas
lain orang lain cabarannya.. ade yang happy je sebab berniaga dpt pulangan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Ku Kirim Cinta di Tv3
Sebab itu berniaga ni kena betul cekal hati dan minda.
Kalau tak kuat memang cepat mengalah
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Diusia Muda Pun Dah Osteopenia!Bagaimana Nak Kurangkan Risiko Tulang Rapuh?
Berniaga ni pun sunnah
Sebab dari berniaga kita kenal orang
Pergi tempat orang
Dakwah tu pun marketing juga.
Tadi beli kuih popiah di bazar ramadan di sungai merab, rasa kulit popiah lebih ketara dari isinya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Sudah Kerja Tapi Perlu Pendapatan Sampingan
tak pelah kalau rasa popia begitu…
kalau sedap tak pe lah bro,,
redha sahajalah kerana ada sekali sekala mereka terbuat silap tu..
mungkin kesan dari bulan ramadan.
Curahan rasa mrhanafi @ ..100 Idea Perniagaan Kecil Dalam Blog Hidup Ringkas
Mujur saya tak minat makan popia
Popia pun boleh tahan mahal harganya
Sedangkan modal tak banyak pun
dulu rajin niaga air aje.
laa ni. malas plak bila dah pindah sini.
Dok layan duit online aje la jawabnya.
Curahan rasa titan @ ..Tambah Duit Raya dengan Jobdirumah
yang penting duit online masuk..
kalau terer online kasi can juga untuk mereka cari duit offline lupa..
lebih lebih lagi berniaga dalam bulan ramadan
Curahan rasa mrhanafi @ ..100 Idea Perniagaan Kecil Dalam Blog Hidup Ringkas
Duit online pun berniaga juga
Modal masa dan kemahiran
Selesaikan masalah
Betullah orang cakap bukan senang nak jadi senang. Oleh itu kita perlu berusaha ke arah kejayaan
Curahan rasa Cuti Umum @ ..Senarai Lokasi Kamera AES Terkini Di Malaysia
untuk berjaya..orang kata mesti kerja keras dan buat tanpa berputus asa..
in shaa Allah akan ada hasilnya..
sama juga untuk mereka yang berniaga dalam bulan ramadan
Curahan rasa mrhanafi @ ..100 Idea Perniagaan Kecil Dalam Blog Hidup Ringkas
MEmang begitulah lumrah berniaga
Kalau tak berusaha
Mana nak berjaya
Bukan calang-calang orang yang boleh berniaga. Betullah rezeki berniaga itu 9/10 kerana yang perlu dikorbankan juga bukan sedikit, bukan sekejap tetapi berbaloi pulangannya.
Semoga Allah sentiasa memberikan kita rezeki yang tidak putus-putus dengan meniaga.
Curahan rasa Faezah @ ..11 Kesan Kehilangan Kolagen
itulah yang sebetulnya..
rezeki dari berniaga 9/10 dan jangan lupa cabaran pun sama ..
sebab dunua ini sangat adil
Curahan rasa mrhanafi @ ..100 Idea Perniagaan Kecil Dalam Blog Hidup Ringkas
Terharu bila baca post kali ini. Berapa banyak kali tertipu tetapi masih lagi mampu membantu. Harap tuan sabar dengan dugaan yang ditempoh. Walau pun kayanya sahabat tuan nanti pastinya jauh disudut hati mereka akan mengenang apa yang telah dilakukan.
Minta dijauhkan dengan dugaan seperti ini.
Curahan rasa Panduan Terkini @ ..RM 8000 Sehari Mendulang Emas Di Gua Musang Bukan Kerja Mudah
tuan denaihati memang seorang yang tabah dan berhati yang mulia..
orang tipu beliau masih boleh memaafkan ..
saya harap rezeki tuan denaihati tidak putus-putus dan melimpah ruah setiap masa..
Curahan rasa mrhanafi @ ..100 Idea Perniagaan Kecil Dalam Blog Hidup Ringkas
Comments are closed.