Pengalaman jadi speaker digital di IAIN Batusangkar Indonesia

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri-entri blog ini antaranya entri  “Anak-anak pasti suka apabila ibu bapa buat begini ketika cuti panjang“. Kali ini Abang nak berkongsi pengalaman menjadi speaker di seminar antarabangsa bisnis online di Institut Agama Islam Negeri Batusangkar, Padang, Indonesia.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Hampir setahun yang lalu pada 24/12/2017 Abang telah dijemput untuk berkongsi ilmu menjana pendapatan dengan blog kepada lebih 500 mahasiswa Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Batusangkar. Lamaran telah dibuat beberapa bulan sebelum itu oleh rakan blogger dari Pontianak, Dwi Wahyudi yang pernah bergabung dalam Majlis Sepetang Bersama Blogger 2017. Peluang berdiri di atas pentas di Indonesia adalah peluang yang tidak boleh dilepaskan.

Padang tempat yang sangat cantik untuk dilawati. Ini kali ke empat Abang menjejaki kaki ke bumi Padang. Pernah sekali Abang singgah di Padang, Solok dan Bukit Tinggi ketika bermusafir memandu Suzuki Jimny Malaysia dari Bengkulu ke Pekanbaru. Abang datang lagi setahun kemudian untuk bercuti selama dua minggu di Padang Panjang dan Bukit Tinggi. 2017 Abang datang dengan keluarga.

Kami mendarat dengan Airasia di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau pada jam 8.00 am, 23/12/2017. Sahabat lama Bapak Handriansyah sudah menunggu kami. Dari Bandara International Minangkabau kami terus dibawa melawat beberapa lokasi menarik di Padang antaranya Pantai Air Manis yang terkenal dengan kisah Malim Kundang, Jambatan Siti Nurbaya dan Pantai Padang.

Selepas melawat tiga lokasi ini kami bergerak ke Hotel Emersia di Batu Sangkar, jarak lebih kurang 101 km. Perjalanan ke Batu Sangkar memang cantik dengan memandangan sawah padi dilereng bukit. Sempat kami singgah bergambar di Air Terjun Lembah Anai yang terletak tepi jalan menuju ke Bukittinggi. Kami singgah makan di rumah makan padang di Kota Padang Panjang. Kota Padang Panjang ada tempat kelahiran Buya Hamka, ilmuan yang sangat terkenal di Indonesia. Perjalanan bertambah cantik terutama apabila melalui jalan yang di kiri Gunung Marapi dan di kanan Gunung Singgalang. Kedua-dua ini gunung berapi yang masih aktif.

Alhamdulillah sessi perkongsian ilmu digital berjalan sangat lancar. Bukan sahaja terkejut dengan sambutan beratus pelajar dan pensyarah malahan paling indah dapat berkenalan dengan ramai insan-insan hebat dari berbagai bidang antaranya Pak Anas pakar SEO dari Jakarta dan anak muda hebat Edo Pratama.

Dari Batu Sangkar kami meneruskan perjalanan melalui jalan darat lebih kurang 230 km ke Pekanbaru Riau melalui jalan kelok sembilan yang menjadi ikon Bukitinggi. Perjalanan lebih enam jam memang mencabar melalui jalan pinggir banjaran dan tebing sungai yang airnya mengalir deras.

Suatu pengembaraan yang tidak akan dapat dilupakan,


Spread the love

47 Comments

    1. Memang seronok dapat berkongsi pengetahuan kat tempat yang cantik nih.. alang alang menyelam sambil minum air gittew

  1. Bukan mudah nak berblog nih, nak kena ada banyak idea dan pandai membuat ayat yang power demi nak menarik ramai singgah & baca nukilan kita.

  2. Jauh perjalanan luas pemandangan..kt indonesia mmg byk tempat2 yg menari utk dilawati..byk jgk tempat2 bersejarah..tugu malim kundang tu dibuat ke mmg asal ada kt situ?

    1. Kan.. memang banyak dah tengok gambar gambar kat negara seberang nih, memang banyak tempat yang menarik tuk di jadikan latarbelakang gambar kita nih.

  3. Tahniah tuan..bkn calang2 orang yg dpt jadi speaker mcm tu..semoga terus berjaya di masa2 mendatang..

    1. Tahniah tahniah. Memang terbaik pengalman macam ni. Dah terbukti blogger Malaysia juga boleh mendapat tmpt di sana

    1. Aa kan.. memang hebat admin kita sorang nih… negara jiran tuh menjemput dia jadi speaker. dah lah tuh dapat bawak family menikmati permandangan pulak tuh.

  4. Beruntung lah org orang di seberang bisa mendengar sharing dari dr salah seorang blogger yang hebat dari Malaysia

    1. Kan.. memang sangat bertuah orang di seberang berpelaung mendengar sharing dari dr salah seorang blogger yang hebat dari Malaysia

  5. Haya mereka yang hebat hebat je yg dapat panggilan jadi speaker n.. tetambah dari negara jiran.

  6. Cantiknya permandangan kat tempat yg admin lawati.. mohon semua doakan saya sefamily pun dapat g sini jugak ye…

  7. Tahniah admin… wah bukan calang calang tuh.. jadi speker digital tuh… semoga terus suksesss weyyy

  8. Mudah-mudahan suatu hari nanti sebelum menutup mata buat selamanya, kakcik berpeluang ke Bukit Tinggi. Di sanalah tempat asal atok kakcik sebelah bapa… InsyaAllah.

    Orang Indonesia pun sudah berpeluang menimba ilmu dari Tuan Denaihati. Alhamdulillah.
    Curahan rasa kakcik @ ..Peraduan si comel DRD…My Profile

      1. Perkongsian oleh team DH memang best dan penuh dgn ilmu baru. Blogger Indonesia sgt beruntung dpt dengar perkongsian ini

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!