Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, senyum sengit aku apabila membaca entri Blogger Faizal dengan tajuk yang tak kurang hebat “Pengalaman digoda oleh lelaki Gay“. Kalau nak tahu kisahnya klik jelah pada tajuk tu, memang panjang lebar ceritanya naik seram pulak aku baca. Fenomena lelaki homeseksual ni bukan sekarang sahaja tetapi telah berlaku sejak Nabi Luth sehingga terjadinya Laut Mati di sempadan Jordan dan Palestine yang pernah aku jejaki. Akhir zaman ini semua yang berlaku di zaman Nabi terdahulu telah berlaku kembali.
Aku pun ada pengalaman digoda lelaki Gay Melayu Malaysia. Kisah ini sudah lamu berlaku ketika aku masih bujang, ketika itu bertugas di Taiping. Seperti biasa setiap bulan aku perlu ke Ibu Pejabat di Kuala Lumpur untuk bermesyuarat tu lah susah nya menjadi Ketua Jabatan pada usia muda. Biasanya aku naik bas lewat malam dan sampai di Kuala Lumpur awal pagi dan terus ke lokasi Mesyuarat.
Ada suatu trip bas aku sampai awal, biasalah pemandu bas memandu laju kalau trip malam. Sementara nak menunggu waktu pagi aku berehat disebuah kerusi panjang di luar Pasar Seni sehingga terlena kepenatan. Tiba-tiba aku rasa kaki aku diraba-raba, terkejut katak ingatkan awek mana yang meraba rupanya seorang jejaka. Apa lagi bergegaslah aku bangun terus hilang rasa mengantuk yang amat sangat.
Rupanya mamat Melayu ini seorang gay yang cuba memujuk rayu aku. Ceehh aku lelaki sejati jadi tak berjayalah mamat ini menggoda aku kalau dia goda Abang Ensem atau Eyriqazz mungkinlah. Kami sempat berbual, katanya ramai lelaki gay di Kuala Lumpur. Kebetulan ketika kami berbual di suboh hari beberapa lelaki melintas lalu dan paling mengejutkan bawa yang lalu tadi itu adalah gay.
[box type=”shadow”]Dan (Kami telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). Ingatlah takkala mereka berkata kepada mereka: “Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah (homoseksual) itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seseorang pun (di dunia ini sebelummu)? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. – Surah Al-A’raaf, Ayat 80 – 81
[box type=”shadow”]Dan datanglah kepadanya kaumnya dengan bergegas-gegas. Dan sejak dahulu mereka selalu melakukan perbuatan-perbuatan yang keji (liwat, homoseksual). Luth berkata: “Hai kaumku, inilah puteri-puteriku, mereka lebih suci bagimu, maka bertakwalah kepada Allah dan janganlah kamu mencemarkan (nama)ku terhadap tamuku ini. Tidak adakah di antaramu seorang yang berakal?” – Surah Huud, Ayat 78.
Anda ada ke pengalaman digoda lelaki Gay kalau ada jom kongsi kisah.
160 Comments
Entri ni sangat bagus untuk dikongsi.
Entahlah, sejak kerja dalam dunia Airline ni, ramai sungguh lelaki yang suka lelaki.
Takut, seram semua ada.
Doakan saya jauh dari semua ini.
Curahan rasa Asyrof Asri @ ..Hidupku Berubah 360 Darjah
semoga bro dilindungi Allah, risau juga kalau sekeliling golanongan macam tu…heee
Curahan rasa Denaiihati @ ..Barack Hussein Obama agamanya dipertikaikan
nafsu songsang..ujian berat pada lelaki yang dikurniakan sifat lelaki suka lelaki, tapi kalaulah boleh mereka mengatasinya dengan sabar, pasti besar ganjaran pahalanya, kebanyakannya tewas dengan nafsu songsang tu, semoga mereka bertaubat dan kembali ke pangkal jalan
Curahan rasa KelipKelip @ ..Galleta Biskut Homemade Rasa Mengasyikkan
Amin, mudahan Allah diberikan mereka petunjuk kejalan yang benar. bagi orang Islam rasanay kebanyakan golongan ni tahu apa yang diaorang buat tu salah.
Curahan rasa Denaiihati @ ..Hati Seorang Pengantin
Satu topik yang dari dulu saya x pernah faham pasal minat dengan kaum sejenis nie.. macam mana la ble suka sedangkan berlawan dengan fitrah…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Fotografi interaksi manusia dan haiwan yang sangat unik (4 gambar)
tu lah, kita tak pernah tau macam mana sebenarnya naluri diaorang ni.
Curahan rasa Denaiihati @ ..Hati Seorang Madu
Senyum sorang2 layan celoteh denaihati.. Untunglah digoda lelaki gay… 😀
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Fotografi interaksi manusia dan haiwan yang sangat unik (4 gambar)
takkan untung la…kalau masa tu awek yang goda lain cerita sikit….heee
Curahan rasa Denaiihati @ ..Cara permohonan trademark
mane mane ade pasangan sonngsang…hati hati la bnde yg di murkai allah ni….
Curahan rasa Vimax Malaysia Original @ ..Cara Mudah Pembelian Vimax Malaysia Original
pasangan sonsang, pasangan luar fitrah manusia, lebih merisaukan lagi mengaku secara terbuka di media social dan sebagainya.
Curahan rasa Denaiihati @ ..Hasrul Hassan Pakar SEO Malaysia
Menarik pengalaman tuan. Luas perjalanan, byk pengalaman.
Curahan rasa hafizmd @ ..8 Cara Menguruskan Badan dengan Selamat
dengan ada pengalaman sikit-sikit ni bolehlah dikongsi dengan kawan-kawan…
Curahan rasa Denaiihati @ ..Minum Yeo’s dapat RM500k tak nak ke?
Baca sambil senyum..Nasib baik DH tak tergoda ya…he..he
Curahan rasa Raudzah @ ..Musim Luruh Di Japan
insyaAlllah masih diberikan kekuatan, kalau tergoda mungkin tak jadi macam sekaran…heee
Curahan rasa Denaiihati @ ..Hati Seorang Pengantin
aku pernah lari lintang pukang kat cow kit road, konon2 nak tengok apa aktiviti diaorang, tapi rupanya dia org ni garang dan keras kalau macam lelaki sejati kalau rasa terganggu….ikut kawan2 punya pasal la tu…
Curahan rasa KelipKelip @ ..Galleta Biskut Homemade Rasa Mengasyikkan
memang lelaki pun diaorang ni, ntah apa masalah sampai macam tu….
Curahan rasa Denaiihati @ ..Hati Seorang Madu
Tajuk entri ni Memang ganas…Memang geli geleman kalau digoda oleh species ini
Curahan rasa weschairs @ ..100 peluangtercipta – inspirasi blog
memang terperanjat dan seriau dibuatnya, Alhamdulillah takkan tergoda….heee
Curahan rasa Denaiihati @ ..Cara permohonan trademark
Makin berani pulak mereka ni
Curahan rasa GreenLava @ ..Fixing Facebook Share Showing Wrong Thumbnail
pusat gay pun berkembang, bermakna dia orang makin berani.
Curahan rasa Denaiihati @ ..Emak orang kat Taiping ni beli buku teks
Sampai macam tu skali dorang berani? Bahaya jugak.
Curahan rasa muhammad hizwan @ ..Laman Iklaneka Khusus Motosikal Malaysia http://www.biker.my
kalau sekarang kena kacau macam tu, mungkin diaorang kena sergah balik…heee
Curahan rasa Denaiihati @ ..Minum Yeo’s dapat RM500k tak nak ke?
Kalau tak dibendung, bimbang nanti kita akan ditimpa musibah juga sama seperti di zaman Nabi Luth..
Curahan rasa Hairul Azni @ ..Bagaimana Cara Buat Duit Dari Rumah Dengan Job Di Rumah
betul, pihak berkuasa kena banyak lagi buat operasi ke pusat gay.
Curahan rasa Denaiihati @ ..Misteri lawatan Presiden Barack Obama ke Malaysia
Kadang-kadang mereka ini bertindak berani, berkelakuan tidak senonoh depan orang lain. Mungkin kerana mereka anggap tiada yang berani mengambil tindakan.
Curahan rasa ahmadyani @ ..8 Manfaat Yang Kita Dapat Bila Selalu Makan Betik
dalam berita ada operasi ke pusat-pusat hiburan gay dan sebagainya, harap ini beri amaran pada yang belum kena cekup
Curahan rasa Denaiihati @ ..Minum Yeo’s dapat RM500k tak nak ke?
aikk, digoda ngan gay? Sedar tak sedar golongan seperti ini semakin ramai sehingga terbuka tanpa rasa segan.
Curahan rasa Bahrain @ ..Muka Putih Berseri Bersama Nikko Placenta White
kalau dah ramai diaorang dah kuat agaknya, tak sedar kuasa tuhan jauh lebih kuat.
Curahan rasa Denaihati @ ..Hasrul Hassan Pakar SEO Malaysia
aduhh lawak pula pengalaman admin digoda gay….
semoga mereka cepat2 bertaubat
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Roti Teloq Goyang
sama-sama kita doakan diaorang ni diberikan petunjuk supaya bertaubat.
Curahan rasa Denaihati @ ..Minum Yeo’s dapat RM500k tak nak ke?
Comments are closed.