Assalamualaikum dan salam sejahtera,
harini isnin biasa dikaitkan dengan monday blues, namun begitu, monday blues tak beerti kita perlu mulakan hari dengan perasaan yang tidak bagus. Kita perlu mulakan setiap hari dengan penuh semangat, sebagai tanda memanjatkan syukur atas kurniaan nyawa untuk satu hari lagi.
Semasa program daya eUsahawan yang telah diadakan beberapa minggu yang lalu, kami sempat menemubual seorang usahawanita muda yang telah bergiat dalam bidang perniagaan sejak 3 tahun yang lalu. Beliau menjalankan perniagaan latihan menjahit kepada sesiapa yang ingin belajar bagaimana untuk menjana pendapatan melalui aktiviti jahitan.
Latihan jahitan untuk semua
Nurul Nadiah Mat Zin atau lebih selesa dipanggil Yuyu menjalankan perniagaan memberikan latihan jahitan kepada sesiapa yang berminat. Beliau menggunakan jenama Yuyu Design untuk perkhidmatan yang disediakan. Sebelum ini, Yuyu berjaya menjana sekitar RM5,000 hingga RM6,000 sebulan.
Yuyu telah menyertai program eUsahawan untuk mendalami ilmu pemasaran online dan selepas itu, beliau telah menjenakaan diri sebagai Sifu Jahit tudung.
Alhamdulillah peningkatan ketara telah berlaku dalam perniagaan Yuyu, di mana beliau telah berjaya meningkatkan pendapatan ke paras RM30,000 hingga RM50,000 sebulan. Ini sememangnya sesuatu yang amat membanggakan.
Menggunakan pelbagai medium penyampaian
Sehingga kini, Yuyu menggunakan pelbagai medium penyampaian antaranya menyediakan ebook, kelas online, membuat pemasaran melalui isi kandungan dan banyak lagi. Yuyu juga menyediakan khidmat konsultasi untuk sesiapa yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan jahitan.
Jika suatu ketika dahulu, ramai yang takut untuk menceburkan diri dalam perniagaan online, harini Yuyu telah berjaya membantu ribuan individu meningkatkan pendapatan melalui aktiviti menjahit tudung.
Yuyu turut menyediakan pola-pola tudung yang menarik untuk tukang jahit di bawah bimbingan beliau, menyediakan tudung-tudung baru dengan rekaan yang terkini dan cantik.
Menerima permintaan luar
Sejak perniagaan Yuyu semakin berkembang, beliau juga mendapat permintaan dari negara jiran seperti Singapura untuk mengadakan latihan jahitan di sana juga. Semakin hari, Yuyu dan team semakin sibuk menguruskan latihan dan bimbingan kepada para tukang jahit di bawah program bimbingan jahitan Yuyu Design.
Semoga perkembangan ini akan dapat membantu lebih ramai individu di luar sana menambah pendapatan dengan aktiviti yang boleh dibuat di rumah.
Saban hari, kita dapat membaca pelbagai kisah-kisah kejayaan yang terhasil oleh kerana program eUsahawan yang dianjurkan oleh pihak Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Semoga usaha MDEC untuk memberi bimbingan dan latihan secara berterusan ini akan membantu lebih ramai usahawan mikro di seluruh negara.
Tahniah diucapkan kepada para peserta, pengajar dan pihak MDEC atas usaha yang telah dicurahkan.
- Jana pendapatan ribuan ringgit melalui program #YouCanDuit MDeC
- Daya eUsahawan – kesinambungan program eUsahawan oleh MDEC
- Program eU@Marketplace membuka peluang usahawan mikro meluaskan pasaran mereka
- Mahasiswi menjana pendapatan bulanan ribuan ringgit selepas hadiri program eUsahawan
- Karnival #YouCanDuit di Sabah Trade Centre
41 Comments
hebat yuyu…hopefully pun boleh raih pendapatan sebanyak yuyu even lebih lagi aminnn…
Curahan rasa huda @ ..Bisnes Shaklee Saya 6 Bulan Dari Sekarang
banyak produk berkaitan dengan perempuan memang laku dalam pasaran online dan offline macam pakaian ibu mengandung, jubah, baju kurung, tudung, produk kecantikan jadi perempuan yang monopoli bisnes ni. macam lelaki nak buat bisnes apa ye hurmmmm
Curahan rasa manis @ ..Kencing Manis – Cara Elak Kaki Anda Dipotong
Terbaik Yuyu, sumber inspirasi betui ler yuyu ni. Semoga terus sukses. Amiiiin
Seronok baca kisah-kisah inspirasi mcm kisah yuyu ni. kipidap admin, terima kasih banyak
Curahan rasa Nazri Bakar @ ..Panduan Membeli Penapis Air Terbaik
Tahniah kepada MDEC berjaya lahirkan usahawan berjaya macam Yuyu. Hebat dapat pendapatan 50k/sebulan tu!
Curahan rasa Fatin @ ..Tips for Visiting Matterhorn – Zermatt, Switzerland
kan…mmg hebat..moga dia terus sukses dan membantu mereka yg memerlukan latihan jahitan
Curahan rasa hafizmd @ ..Contoh Soalan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
wah ….. puan yuyu ini merupakan sumber inspirasi yang patut untuk di contoh …… semoga sukses selalu……..
sungguh menginspirasi sekali , sebagai tambahan , diperlukan usaha dan kerja keras untuk mencapai kesuksesan …….
Curahan rasa Ahmad @ ..Jasa Karikatur Murah
Income RM 30.000 – RM 50.000 ? Wah, hebat. Awesome !Hanya dgn memberi pelatihan menjahit. Ini sebuah inspirasi. Congratulation ! Keep success !
Curahan rasa Ranto N @ ..Moratorium Ujian Nasional, Tepatkah ?
Tahniah dan syabas buat Yuyu. Buat bisnes sampai berjaya dan patut dicontohi..
alhamdulillah semakin ramai anak muda yang berjaya dalam bisnes, ini semua hasil usaha yang berterusan tanpa kenal erti jemu dan penat
Curahan rasa Blogger Lelaki @ ..Minyak Herba Asmak Penawar Asma
Contoh usahawan muda terbaik..bnyk boleh belajar cara marketing Dari yuyu ni..lagi-lagi than punya tanah denai hati..
Banyak boleh belajar dari kisah kejayaan yuyu ini. Tahniah buat yuyu boleh berjaya ke tahap ini.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Paparan Senarai Blog Jadi Lebih Mudah
Tahniah dan syabas buat Yuyu. Bisnes yang wajar untuk dicontohi. Bukan senang nak berjaya.
Curahan rasa Panduan Terkini @ ..Panduan Resepi Nasi Beriyani Gam Batu Pahat Asli
Tahniah dan syabas buat Yuyu. Bisnes yang wajar untuk dicontohi. Bukan senang nak berjaya. Tapi jika kena dengan caranya. Semua itu tak mustahil berlaku.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Bila Blog Dah Naik Sawang
ya, kena mendalami ilmu pemasaran online dan berguru supaya berada di landasan yg betul
Curahan rasa Denaihati @ ..7 Sebab Menarik Perlu Tonton Filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng
Dapat hasil macam ni setiap bulan memang seronok. Kalah gaji orang jadi CEO. 50K banyak tu. Tahniah buat yang berjaya.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Bila Blog Dah Naik Sawang
antara bisnes evergreen jadi tukang jahit nih..
time raya orang nak melaram dengan baju baru, akak-akak keje pejabat pun asyik nak baju kurung ikut trend, akak-akak misi (nurse) pulak setiap tahun berapa pasang uniform nak kena tempah 🙂
Curahan rasa Amir Mazlan @ ..Template Facebook timeline cover free tapi smart untuk tokey ubat kurus
betul sangat tu, kalau hari raya kena tempat berbulan awal biasanya. tambah kalaukualiti pelanggan puashati memang maju lah.
Curahan rasa Denaihati @ ..Mahasiswi menjana pendapatan bulanan ribuan ringgit selepas hadiri program eUsahawan
Comments are closed.