Pendakwah begitu ramai tapi yang bangun Solat Tahjud sangat sedikit

Spread the love

Di dalam kitab Mutiara Para Daie di ceritakan satu malam Hadratji Inamul Hasan rah. Bermimpi bertemu Rasulullah Saw, Baginda Saw Pesan kepada hadratji di dalam mimpi lebih kurang mafhum “penceramah, pembayan begitu banyak (iaitu pada masa kini), tapi yang bangun Solat Tahjud sangat sedikit.”

Hadratji rah. terjaga dari mimpi dan menangis teresak-esak lalu berkata “apakah yang akan aku jawab di Akhirat nanti bila aku di Tanya, Wahai Inamul Hasan, Kenapa Kamu menyediakan Pendakwah yang Tidur (tak bangun Tahajud).

Begitu penting hubungan pendakwah dengan Solat Malam, Qiamulail, Tahjud, Doa sehinggakan setelah Allah perintahkan Rasulullah Saw untuk Berdakwah dalam surah Muddasir, Allah perintahkan juga untuk bangun malam, Qiamulail. Dalam surah Muzammil, Allahuakbar.. kalau kita orang yang bergerak hidup sebagai Pendakwah, penceramah, maka usahakanlah untuk istiqomah Tahajud.

Saya teringat pesan Almarhum Hazrat Mufti Azim Zainal Abidin rah, “kalau saya kata saya Mufti, Tahjud sunat Muakkad bagi saya. Tapi kalau saya mengatakan saya Daie (pendakwah), maka Tahjud wajib bagi saya”

4 Amalan di dalam Qiamulail yang menjadikan Qiam kita mirip seperti Qiamulail Rasulullah Saw

  1. 1. Solat malam(Tahajud dan lain2)
    2. Tilawah Quran
    3. Zikrullah
    4. Doa yang panjang

Semua penceramah dan pendakwah niat insyAllah untuk jaga tahjud di mana sahaja berada. Sebagaimana manusia perlukan udara untuk jalani kehidupan ini begitulah Daie perlukan Tahjud untuk Bergerak Dakwahkan Agama ini..

Ustaz Khann Daie
Muhajir Madani


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!